Bab 60
“MAAFKAN mak, Alia! Mak terlepas cakap.Mak tuduh kau yang bukan-bukan.Mak rasa berdosa sekarang.” Tengku Badariah mengusap lembut tangan Zahlia.
Zahlia baru sahaja sampai di rumahnya.Dia sedang duduk di birai katil di dalam biliknya.Dia tidak sedar bila Tengku Badariah berada di sisinya.
“Mak tak sangka Syah boleh ambil tindakan begini,” ujar Tengku Badariah dalam nada kesalnya.
“Alia dah lupakan semuanya mak.Dah lama perkara tu berlaku.Alia tak mahu fikirkan lagi.” Zahlia kelihatan tenang.Sesungguhnya memang dia tidak marahkan wanita itu lagi.
“Tak mungkin kau maafkan mak begitu mudah.”
Zahlia terdiam.Dia melirikkan matanya ke arah bingkai gambar yang terletak di almari kecil bersebelahan katilnya.Dicapai gambar itu ke dalam genggamannya dan diusap-usapnya lembut.Gambar Tengku Syahran tersergam indah.
“Alia tak marahkan mak.Alia yang bersalah kerana menipu mak selama ni.”
“Mak dah pun tak mahu ingatkan lagi hal tu.Apa yang mak kesalkan tindakan Syah meninggalkan kamu,” ujar Tengku Badariah sambil menggigit bibir.
“Itu bukan kesalahan abang, mak! Alia yang buat dia melarikan diri.Alia yang bersalah kerana menjadikan keadaan lebih rumit.Kalau Alia terima keputusan dia hari tu, dia takkan pergi dengan cara begini,” Zahlia sudah mula sebak.
“Hisyy… jangan cakap macam tu.Mak yakin dia ada berhampiran dengan kita.Dia mesti pulang.”
Zahlia tersenyum.Sesaat dua Zahlia terasa tubuhnya didakap.
“Pindah ke Villa Sakura semula, Alia,” pinta Tengku Badariah penuh harapan.
Zahlia melepaskan pelukan.
“Lebih elok begini, mak.Biarlah Alia duduk di sini aje.Abang pun entah ke mana! Lepas anak ni lahir, Alia ada rancangan sendiri.Alia ingat nak cari kerja,” ujar Zahlia tenang.
“Mak sayangkan kamu, Alia.” Tengku Badariah menarik tubuh itu ke pelukannya lagi.
“Alia pun sama.” Zahlia membalas.
Tengku Badariah menangis teresak-esak.
“Kamu tau tak yang Linda dah tak ada?” soal Tengku Badariah perlahan.
Pelukan mereka terlerai.
“Maksud mak?”
“Linda meninggal dunia masa hari kejadian kamu tu!”
“Haa?” Zahlia terkejut.
“Dia terjatuh dari tangga dan meninggal bersama anak tu.Mungkin itu balasannya.Dia yang mahu musnahkan hidup kamu dengan Syah! Dia yang hantar lelaki yang bertanggungjawab ke atas kejadian yang menimpa kamu.”
Zahlia tidak tahu hendak berkata apalagi.Berita itu sungguh mengejutkan.Dia hanya diam dan termenung.Sedar-sedar Tengku Badariah sudah meninggalkannya.
Zahlia bersendirian lagi.Perlahan-lahan dia merebahkan tubuhnya di tilam yang sudah dua hari ditinggalkan.Dingin sekali.Saat itu, Zahlia bagaikan terdengar bisikan halus Tengku Syahran yang berbaur usikan.Dan di kala itu juga, dia teringat satu ungkapan lelaki itu yang sering bermain-main di fikirannya.
‘Jangan sampai satu waktu, Alia yang menyerah kalah!Time tu, Alia hanya mahu melihat wajah abang sahaja bila Alia buka mata.’
Zahlia telan air liur.Perkara itu memang benar-benar terjadi ke atas dirinya.Tengoklah apa yang telah berlaku? Dia hampir menjadi gila kerana lelaki itu.
Zahlia melabuhkan tapak tangannya ke atas perut.Bibirnya tersenyum.Bingkai gambar lelaki yang di dalam genggamannya itu dicium sekali sebelum dilekapkan ke perutnya.
Kemudian dia memeluk bingkai gambar itu sambil memejamkan matanya.Entah mengapa lenanya mudah sekali datang menjelma dan cepat sekali dunianya yang ligat berpusing semakin berbalam.Fikirannya mula longgar dan tanpa disedari kelopak matanya tertutup rapat.
ZAHLIA tersedar lagi.Tapi, dia berasa pelik.Suasana di situ amat asing baginya.Di manakah aku? Dia tertanya-tanya.Dia memandang sekeliling.Tiada seorang pun di situ.Yang kelihatan hanyalah dunia yang dikelilingi padang pasir yang luas.Begitu luas sehingga dia sendiri tidak tahu di manakah penghujungnya.
Kemudian dia ternampak seorang lelaki menghampiri.Terus dia memanggil.Lelaki itu semakin mendekati.Kini sudah berada di hadapannya.Lelaki itu tersenyum.Zahlia pelik.Lelaki itu masih tersenyum.
Tiba-tiba dia terasa bahunya digoyang-goyang.Bayangan itu hilang.Dia cuba membuka mata.Wajah mamanya kelihatan.Dia menoleh ke sekeliling bilik.Semua ahli keluarganya ada di situ.
“Puteri, Puteri tak apa-apa?” lembut suara mamanya menangkap ke telinga.Zahlia tidak bersuara hanya memandang mamanya tanpa kata.
Zahlia kaku di situ.Sejak tadi bibirnya terkunci.Nafasnya sahaja yang kedengaran lemah.Lama dia merenung siling rumahnya.
“Mama, Puteri ada kat mana ni?” Zahlia bertanya tiba-tiba.
Semua mata yang memandang terkejut dengan soalan yang ditanya.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.Bukankah itu rumah yang diduduki oleh Zahlia selama ini? Persoalan itu bermain-main di benak masing-masing.
“Puteri… ni kan rumah Puteri.Kenapa ni?” Raja Khalida mula risau.
“Puteri tak pernah tengok bilik ni pun? Kenapa nampak lain?” Zahlia bertanya lagi.Wajahnya nyata mempamerkan yang dia tidak mengetahuinya.Tengku Ismail yang tadi terdiam, mula mendekati.
“Alia… Alia… kenal ayah tak?” lelaki itu bertanya.
Zahlia mengalihkan pandangan ke arah suara itu.Matanya tepat memandang lelaki di sebelahnya.Lama dia memandang.Bibirnya diketap.Perlahan-lahan dia tersenyum dan kemudian mengangguk.Dia menoleh ke wajah mamanya semula.
“Mama, tadi Puteri nampak abang… tapi dia datang sekejap aje,” ujar Zahlia membuatkan semua yang ada di bilik itu semakin risau.Berpandangan mereka sesama sendiri.
“Puteri rasa penatlah.Kepala Puteri ni pening sangat.Puteri rasa nak tidur.”
Zahlia memejamkan matanya kembali.Kemudian suaranya tidak kedengaran lagi.Terus tenggelam bersama lenanya.
Air mata Raja Khalida bergenang.Kemudian mengalir perlahan-lahan menjatuhi pipi.Hatinya sebak dan pilu.Wajah Zahlia yang sedang lena ditatap sayu.Lemah tidak bermaya.
Dia tersentak seketika apabila terasa bahunya disentuh seseorang.Lembut.
“Mak Su, sabarlah.Fiza rasa Kak Alia letih sangat agaknya.Mungkin selepas dia berehat, eloklah tu.” Tengku Hafizah memujuk.
“Yalah Ida.Akak pun rasa begitu.Entah-entah dia berfikir banyak sangat tu.” Tengku Badariah menyokong kata-kata Tengku Hafizah.Tengku Hakimi yang dari tadi berdiri di sisi Sofea mula mendekati.
“Mak Su, janganlah risau sangat.Kimi pun percaya, Alia tak apa-apa.Terlalu asyik fikir masalah sendiri agaknya.” Tengku Hakimi berkata.
“Dahlah.Tak payah bising-bising di sini.Biarlah Alia berehat puas-puas dulu.” Tengku Ismail berkata.Serentak itu mereka melangkah longlai keluar dari bilik itu.
Bab 61
S |
UDAH hampir tiga bulan peristiwa itu berlalu.Zahlia sudah sihat dan sabar menanti kehadiran bayi yang dinanti-nantikan.Soal Tengku Syahran cuba dipendamkan di dalam hati.Walaupun zahirnya dia nampak riang tetapi batinnya hanya kerinduan yang bermaharajalela.
“Puteri… mama nak minta maaf banyak-banyak.Hari ni mama tak dapat nak temankan Puteri pergi check up,” ujar Raja Khalida melalui telefon.
Zahlia terasa sedikit hampa tetapi dia harus mendengar alasan mamanya terlebih dahulu.
“Kenapa?”
“Mama terlupa yang mama kena hantar Mak Long Puteri ke airport.”
Zahlia terus terbayangkan wajah Raja Khalisah.Sudah lama dia tidak mendengar khabar tentang ibu saudaranya itu.Sihatkah dia?
“Mak Long nak ke mana?” soal Zahlia.
“Kan nak buat umrah.Takkan Puteri tak ingat, hari tu Mak Long ada buat kenduri,” jawab Raja Khalida.
“Yalah.Puteri lupa.Tapi Mak Long pergi Mekah ni seorang aje ke?” soal Zahlia.
“Eh, tak adalah.Last-last minute satu famili ayah mentua Puteri pun nak pergi.Kecuali Fiza.”
“Hmm… tak apalah.Kalau macam tu, Puteri pergi sendiri.”
“Sorry Puteri.Mama tak sangka boleh terlupa.Apa kata kalau Puteri suruh Fiza temankan?” Raja Khalida masih terasa bersalah.
“Tak apa.Puteri boleh pergi sendiri.Tapi… kenapa Fiza tak ikut?” tanya Zahlia lagi.
“Ada hal katanya petang nanti! Rugi betul… Mak Long nak belanja, dia kata nak jumpa kawan.Buatlah umrah dulu, kawan kan boleh jumpa bila-bila,” bebel Raja Khalida.
Zahlia tersenyum kecil.Teringat sewaktu dia dengan Tengku Syahran mengerjakan umrah sebelum bercuti ke Tokyo dahulu.Tidak sangka saat yang tidak pernah dihargai dahulu, seperti manis apabila dikenangi semula.
“Puteri?”
“Haa… ya! Puteri masih di sini.Nanti mama kirimkan salam Puteri pada Mak Long dan keluarga mak, ya? Ikutkan hati ni rasa nak pergi jugak.Tapi, appointment tu dah dekat sangat.” Zahlia berkata.
“Ehh, Puteri pergi appointment.Biar mama yang uruskan hal Mak Long! Puteri drive kereta elok-elok.Biar lambat asalkan selamat.Lepas check terus balik.” Raja Khalida berpesan.Risau dengan keadaan Zahlia yang sudah lapan bulan berbadan dua.
Terdengar ketawa kecil berbunyi di hujung telefon.
“Mama, baby ni belum nak keluar lagi,” ujar Zahlia masih ketawa.
“Puteri jangan cakap macam tu.Kandungan ni bukannya boleh diramal sangat.Lagipun, mama tengok perut Puteri tu besarnya semacam,” ujar Raja Khalida.
“Dahlah tu mama! Puteri tau jaga diri.Lagipun lepas appointment, Puteri nak pergi shopping,” ujar Zahlia seperti meminta kebenaran.
“Yalah.Elok-elok tau?”
“Ya… Puteri tau.”
“Okeylah… mama pergi dulu! Petang nanti mama singgah kat sana.Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Talian terputus.
ZAHLIA keluar dari klinik Doktor Yusliza.Penuh hati-hati dia berjalan dengan perutnya yang sudah berusia lapan bulan.Kakinya melangkah menghala ke kereta Proton Wira yang diparkir berhampiran dengan klinik itu.
Pergerakan yang laju dan pantas sedikit demi sedikit menjadi perlahan.Zahlia terasa bagaikan dirinya sedang diekori.Dia menghentikan langkah.Berpaling dan memerhati keadaan sekeliling.
Kemudian Zahlia melangkah semula ke kereta.Meletakkan beg tangannya di kusyen sebelah dan menghidupkan enjin.Beberapa minit kemudian, Zahlia sudah berada di pekarangan gedung Mother House.Dia membelek-belek baju bayi yang terdapat di gedung itu.Tanpa disedari, ada sepasang mata sedang memerhatikannya dari jauh.
Zahlia memilih beberapa helai pakaian dan melangkah ke kaunter untuk membuat bayaran.Selepas membayar harga barang, Zahlia ingin keluar.Tetapi Zahlia terpandang buaian bayi berwarna-warni di satu sudut berhadapan dengan cermin kedai.
Zahlia melangkah ke situ sambil tangan kanannya mengusap-usap perutnya.
“Baby nak tidur dalam buaian ni tak?” Zahlia menyoal perlahan.Ada senyuman kecil terukir di bibirnya.
Zahlia membelek-belek buaian itu.Senyuman manis masih terterap di bibir.Tetapi senyuman itu tiba-tiba menjadi kaku.Dengan sendirinya mata Zahlia menjamah sepasang mata yang sedang merenungnya di balik tiang tidak jauh dari kedai itu.
Perbuatan Zahlia terhenti.Dia ternampak lelaki itu ingin melangkah pergi.Zahlia panik apabila lelaki itu sudah bergerak meninggalkan tiang tersebut.Zahlia terus melangkah pantas keluar dari kedai itu.Dia ingin mendapatkan lelaki itu.
Sepantas manalah jalannya untuk mengejar lelaki yang bayangnya semakin jauh.Zahlia menghentikan langkahnya.Nafasnya terasa sesak.Dia mula melangkah ke sebuah kerusi kosong yang terdapat di situ.Dia duduk seketika.Penat.
Zahlia mengalihkan semula pandangan ke arah kelibat lelaki yang hilang tadi.Pandangannya tersebar berserta dengan satu perasaan hampa.Dia mula bangun dan sekali lagi membuang pandang ke tempat itu sebelum dia melangkah meninggalkan gedung itu.
TENGKU SYAHRAN menyepi diri.Dia sedang duduk di dalam kereta.Baru sekejap tadi dia berjaya melarikan diri dari terserempak dengan Zahlia.Entah apalah silapnya hari itu sehinggakan intipannya tidak mengena.
Tengku Syahran mengeluh.Rindunya saban hari telah membuatkan dia bertindak begitu.Memerhatikan gerak geri Zahlia setiap waktu.Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia mendapatkan tubuh Zahlia ke dalam pelukannya tetapi Tengku Syahran segera mengingatkan keputusan Zahlia dahulu.
Tengku Syahran terpaksa redha dengan keputusan yang diambil Zahlia.Dia tidak mahu memaksa walaupun dia yang terpaksa menanggung beban kerinduan yang teramat mencengkam dirinya.
Berita mengenai tragedi yang menimpa Zahlia dahulu masih tidak dapat dilupakan.Disebabkan itu Tengku Syahran telah mengambil keputusan untuk menjadi pemerhati sepenuh masa untuk Zahlia dalam diam.Kadangkala banyak maklumat diperoleh dari Tengku Hafizah.Tengku Syahran bersyukur kerana adiknya itu sudi membantu.
Dahulu ketika pertama kali dia menelefon Villa Sakura semenjak dia meninggalkan rumah itu, Tengku Hafizah yang menyambut panggilannya itu.Tengku Syahran mendapat tahu pelbagai cerita mengenai Zahlia dari adiknya.
Selain itu, Tengku Syahran juga telah meminta bantuan dari Tengku Hafizah untuk membawa keluar barang-barang Zahlia dan dipindahkan ke rumah baru yang kini diduduki oleh Zahlia.
Namun, peristiwa yang paling memilukan hati ialah ketika Tengku Syahran melawat Zahlia di hospital beberapa bulan yang lalu akibat peristiwa hitam yang diberitakan kepadanya.
Dengan pertolongan Tengku Hafizah, Tengku Syahran berjaya menyusup masuk ke dalam wad di mana Zahlia ditempatkan.
Sungguh, dia bagaikan mahu menangis apabila melihat wajah lesu Zahlia yang sedang terlena.Ingin dicapai jari-jemari halus itu.Namun, Tengku Syahran tidak berani.Takut-takut Zahlia terjaga dan menyedari kehadirannya di situ.
Setiap hari Tengku Syahran tidak lupa melawat Zahlia.Datangnya di tengah-tengah malam agar kehadirannya tidak disedari.Mujurlah Tengku Hafizah amat memahami lantas telah memberitahu Tengku Badariah dan Tengku Ismail agar gilirannya menjaga Zahlia adalah di waktu malam.
Peluang itu diambil sepenuhnya oleh Tengku Syahran.Dan yang paling penting, rindunya terubat setelah memerhati raut yang lembut itu.
Tengku Syahran mengeluh.Kasih sayangnya pada Zahlia telah menyebabkan dia sanggup melakukan apa sahaja.Dia seringkali berdoa agar isterinya itu sentiasa dilindungi dan janganlah kejadian buruk yang menimpanya beberapa bulan yang lalu berlaku lagi.
Tengku Syahran tersedar.Sudah terlalu lama dia berada di dalam kereta.Pantas teringatkan pertemuannya dengan Tengku Hafizah sekejap lagi.Dia ingin segera menemui adiknya untuk mengetahui perkembangan semasa perihal Zahlia.Terus Tengku Syahran menghidupkan enjin.Tidak lama kemudian, Honda Preludenya bergerak meninggalkan kawasan tempat letak kereta itu dan menuju ke tempat yang dijanjikan.
ZAHLIA duduk di ruang tamu rumahnya.Sebentar tadi, Raja Khalida datang dan kini sedang sibuk memasak di dapur untuk makan tengah hari.Zahlia ingin membantu tetapi dihalang.Akhirnya Zahlia hanya membeku di ruang tamu itu.
Mata Zahlia dilepaskan ke gambar perkahwinan yang tergantung di dinding bertentangan dengannya.Dia meneliti bingkai gambar emas yang berukir itu.Dipandang gambar perkahwinannya lama-lama.Fikirannya kemudian leka teringatkan novel-novel yang bersusun di rak khas di dalam biliknya.Dia juga tidak pernah melupakan saki-baki pakaiannya yang pernah ditinggalkan di Villa Sakura dahulu.
Zahlia telan air liur.Kalau Tengku Badariah pernah mengaku yang Tengku Syahran tidak pernah pulang ke Villa Sakura lagi sejak malam itu, habis bagaimana lelaki itu boleh mendapatkan semua barang-barangnya ini? Semua novelnya lengkap bertulis nama dan bertandatangannya.
Zahlia sedar Tengku Syahran menghilangkan diri malam itu tanpa apa-apa barang atau beg yang dibawa bersama.Malah Zahlia perasan lelaki itu tidak berkasut malam itu.Hanya sehelai sepinggang.Mungkinkah… ada seseorang dari Villa Sakura yang tahu di mana lelaki itu berada? Zahlia meneka.
Tiba-tiba Zahlia teringatkan kata-kata Raja Khalida pagi tadi tentang pemergian Tengku Farhana mengikut Raja Khalisah ke Mekah.Tengku Hafizah pula? Ingin berjumpa temannya petang ini! Tiba-tiba mulut Zahlia sedikit terbuka.Fiza?
Zahlia tersentak apabila terasa bahunya disentuh.Berdebar jantungnya.
“Kenapa dengan Puteri? Diam aje! Risau mama,” tegur Raja Khalida.
Raja Khalida gusar apabila Zahlia diam.Dia akan terkenangkan keadaan Zahlia ketika Zahlia masuk ke hospital.Betapa Raja Khalida takut melihat Zahlia yang bagaikan hilang arah kerana terlalu merindui Tengku Syahran.Setiap waktu apabila Zahlia terjaga dari tidur, apa yang disebut dahulu adalah Tengku Syahran.Raja Khalida risau ia akan memudaratkan Zahlia apatah lagi bayi yang sedang dikandungnya.
Zahlia bangun.Sepantas kilat dia berdiri meskipun tidak selincah dahulu.Dia tenung Raja Khalida seketika dan selepas itu berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah.
“Mengapa ni?” soal Raja Khalida semakin pelik.
“Puteri nak cari abang.” Pendek ucapan Zahlia.
Raja Khalida tercengang.Dia membalas renungan Zahlia.
“Kenapa tiba-tiba?”
“Bukan tiba-tiba.Memang sejak dulu Puteri dah fikirkan hal ni.Puteri perlu bertindak sekarang,” ucap Zahlia lagi.
“Tapi… Puteri nak cari kat mana?”
Zahlia terdiam.Dia menarik nafas dalam-dalam.
“Puteri rasa… Puteri dah dapat klunya!”
“Kita pergi sama-sama!”
“Tak usah.Biar Puteri pergi sorang.”
Raja Khalida tidak tahu hendak kata apalagi.Dia terus diam apabila Zahlia mencapai kunci kereta dan melangkah keluar.
Bab 62
Z |
AHLIA mematikan enjin kereta.Keluar dan melangkah pantas mendapatkan Tengku Hafizah yang sedang melangkah memasuki kawasan taman rekreasi petang itu.
“Fiza!” panggilnya kuat.
Tengku Hafizah mematikan langkah.Berpusing dan terkejut melihat Zahlia.
“Akak?”
Zahlia tersenyum.Sejak dari Villa Sakura, Zahlia mengekori kereta Tengku Hafizah sehinggalah ke taman rekreasi itu.Zahlia bertindak nekad apabila menyedari Tengku Hafizah adalah orang yang mengetahui tentang kehilangan Tengku Syahran.
“Fiza buat apa kat sini?” Zahlia serkap jarang.
Tengku Hafizah telan air liur.Cuba bersikap selamba.
“Fiza… err… saja jalan-jalan,” jawabnya.
Zahlia mengangguk.
“Jalan-jalan dengan akak boleh tak Akak pun sorang-sorang ni.” Zahlia sengaja menyoal lagi.
Tengku Hafizah mengetap bibir.Wajahnya kelihatan resah.
“Fiza nak jumpa kawan.” Gadis itu memberi alasan.
“Jumpalah kawan Fiza.Akak ikut.”
“Eh, tak boleh.Fiza nak privacy.”
Kali ini Zahlia terdiam.Dia merenung Tengku Hafizah yang nampak gusar.Lantas dia mencapai tapak tangan Tengku Hafizah dan menggenggamnya erat.Tengku Hafizah terkejut.
“Janganlah tipu akak lagi.Akak tau Fiza nak jumpa angah, kan?” Zahlia mula berterus-terang.
Tengku Hafizah mengigit bibir.Tertunduk ke bawah.Malu dengan renungan dan genggaman tangan itu.Akhirnya dia mengangguk perlahan-lahan.
“Izinkan akak jumpa dia, Fiza.”
“Haaa?”
“Tolonglah…”
“Tapi…” Tengku Hafizah masih gusar.Dia gementar dengan permintaan itu.
“Tolonglah Fiza.Akak rindukan dia.Bukannya akak seorang tapi baby ni jugak.” Zahlia sedikit merayu.
Tengku Hafizah tidak mampu meluahkan apa-apa.Ingin ditolak, dia rasa bersalah.Ingin diterima, dia takut angahnya tidak mahu berjumpa dengannya lagi seperti ugutan lelaki itu beberapa bulan yang lalu.
“Please… akak perlu berjumpa dengannya.Sekejap pun jadilah.Fiza nak suruh akak melutut pun akak sanggup.” Zahlia sudah bersedia untuk melutut tetapi segera dihalang oleh Tengku Hafizah.
Betapa hebatnya beban kerinduan itu sehingga kakak iparnya itu sanggup membuang harga diri di hadapan khayalak ramai.Tengku Hafizah semakin malu dengan pembohongannya tadi.Wajah Zahlia tetap kelihatan tenang walaupun menanggung penderitaan perasaan yang maha berat.
“Akak merayu pada Fiza.Kalau angah benar-benar melarikan diri dari akak, akak akan pergi sendiri.Akak cuma mahukan kata putus darinya.Betulkah dia ingin membuang akak dari hidupnya bersama-sama dengan anak yang akak kandung?” Zahlia berusaha memujuk.
Kali ini Tengku Hafizah mengeluh kecil.Dia hanya mengangguk sambil menunjukkan jari ke satu tubuh yang sedang kaku melayani perasaan di sebuah pokok yang rendang.
Zahlia memandang ke arah itu.Rindunya mula melimpah-ruah mengiringi jalannya yang semakin pantas.Dia terasa air matanya meleleh keluar dari kedua-dua belah mata.
Tidak sanggup lagi dia menunggu walaupun sesaat untuk berpisah dengan Tengku Syahran.Serasa ingin berlari sekuat hati mendapatkan tubuh itu jika dia tidak memikirkan keadaan dirinya.
Zahlia menghentikan langkahnya betul-betul berhadapan dengan kerusi yang menempatkan tubuh yang kelihatan kurus tidak bermaya.Lelaki itu sedang melayani lamunan.
Zahlia sedut nafasnya dalam-dalam.Gerak kaki yang diatur semakin tidak menentu.Membuak-buak menyertai perasaan tidak sabarnya.
“Abang!” sapa Zahlia bersama sendu.
Tengku Syahran terkejut.Lamunannya hilang dengan sendiri.Dunianya bagaikan terhenti berputar.Tengku Syahran terasa suasana di sekelilingnya begitu hening dan sunyi dengan tiba-tiba.Dalam waktu yang sama, anak matanya dapat menangkap dengan jelas sekujur tubuh yang tegak berdiri di hadapannya.
Bermimpikah aku? Persoalan itu muncul dalam benaknya.Tengku Syahran ternampak Zahlia semakin laju menuju ke arahnya.Dia juga sudah berdiri seolah-olah ingin menyambut tubuh itu ke dalam pelukannya.
Tidak lama kemudian, Zahlia sudah hilang dalam dakapan Tengku Syahran bersama-sama tangisan yang menjadi-jadi.Tengku Syahran turut memeluk tubuh itu.Malah diperkemaskan lagi agar terubat segala rindu yang menyala-nyala.
“Kenapa abang tinggalkan Alia sampai macam ni?” Zahlia menangis tersedu-sedan.Membiarkan air matanya jatuh menitis ke baju t-shirt yang dipakai oleh Tengku Syahran.
Tengku Syahran pilu mendengar pengakuan itu.Pipi Zahlia dikucup berkali-kali.Masih hangat dan lembut seperti dahulu.Tengku Syahran erat merapatkan tubuhnya ke tubuh Zahlia.
“Abang pergi mana? Enam bulan abang biarkan Alia sendirian merindui abang! Abang tak rindukan Alia ke?” Zahlia menangis lagi.Semakin laju air mata itu menderu.
Kehangatan pelukan Tengku Syahran terasa menjalar ke seluruh tubuhnya.Seolah-olah memadamkan api kesengsaraan akibat menanggung kerinduan itu.
“Abang pun sama, Alia.Abang pun rindukan Alia.” Terlepas juga ungkapan itu.Tengku Syahran turut merasakan matanya basah ditakungi air mata.
“Habis, kenapa abang tak cari Alia?”
Tengku Syahran tidak menjawab.Dia lebih rela menggunakan masa itu untuk terus berada dalam dakapan wanita kesayangannya.Tetapi Tengku Syahran terasa tubuhnya ditolak lembut.
“Abang dah tak sayangkan Alia agaknya? Abang memang benar-benar mahukan perpisahan ini?” soal Zahlia semakin galak mengalirkan air mata.
Tengku Syahran kaget apabila Zahlia mula menjarakkan diri.Dia menahan air mata yang ingin meleleh.Wajahnya ditunduk.Dia tidak mahu berpisah lagi.Itu harapannya.
Zahlia yang terasa seksa dengan kebisuan Tengku Syahran mula mengorak langkah.Dia tidak mahu jawapan lelaki itu.Dia tidak rela lelaki itu memberikan jawapan yang akan menambah penderitaan batinnya.Dia bakal menjadi ibu! Ada nyawa baru dalam perutnya yang sedang menunggu masa untuk melihat dunia yang sepatutnya diserikan bunga-bunga bahagia.Bukan kesengsaraan yang menyakitkan hati.Bukan… jerit hatinya.
“Kalau begini, baik kita terus berpisah.” Zahlia melangkah pergi.
Tengku Syahran panik.Dia tidak mahu kehilangan Zahlia lagi.
“Abang tak mahu khianati keputusan Alia.Abang takut kemunculan abang hanya akan menyebabkan Alia terus melarikan diri dari abang.” Tiba-tiba Tengku Syahran berterus-terang.
Zahlia menghentikan langkahnya.Kuyup wajahnya bersama sendu.Zahlia berpaling kembali.
“Sampainya hati abang.Hari-hari Alia menunggu abang! Takkan abang tak kenal perangai Alia? Setahun kita duduk bersama, bang! Bila Alia merajuk, selama mana Alia boleh melayani rajuk? Takkan abang tak faham,” ujar Zahlia.
Tengku Syahran mendekati Zahlia.Wajah itu semakin menawan di hatinya.
“Itulah yang abang takut nak hadapi.Bila Alia merajuk, memang senang untuk dipujuk.Tetapi bila Alia terluka? Abang takut untuk melihat air mata Alia terus-terusan keluar.Abang takut Alia terus mengungkit setiap kata-kata penghinaan tu.Abang rela kita begini kalau itu yang membuatkan Alia tak dilimpahi kata-kata tu lagi.”
“Dan kita sama-sama menderita? Abang sanggup mendera perasaan Alia begini? Anak kita bang… anak yang Alia kandungkan ni, sudah enam bulan tak kenal siapa ayahnya! Hanya gambar abang yang Alia tunjukkan.Itukah caranya yang abang mahu?” Zahlia terus menangis.Dia terasa lemah untuk terus menatap wajah Tengku Syahran.
Tengku Syahran menyeka air mata Zahlia dari terus gugur.Direnung anak mata coklat cair yang memikat.Ada kedamaian yang bermukim di dadanya.
“Abang tak tau Alia turut sama menderita seperti abang.Setiap hari abang berusaha melupakan bayangan Alia.Abang gagal! Alia tetap yang abang sayang,” ucap Tengku Syahran separuh berbisik.Dia ingin memeluk tubuh Zahlia.Tetapi tangan Zahlia menghalang.
“Abang cuba untuk melupakan Alia?” sedikit terkejut pertanyaan itu.
Tengku Syahran terdiam.Kaku tertunduk.
Nafas Zahlia terasa berombak-ombak.Dia sebak dengan pengakuan itu.
“Kalaulah Alia tau, dari dulu lagi Alia buang perasaan sayang Alia untuk abang! Agaknya sebab itulah abang tak pernah mahu bertanyakan khabar Alia dan anak kita.Setakat yang sekali tu, baik tak usah.Mana pergi tanggungjawab abang? Memang Alia tau abang hantar duit, abang sediakan keperluan semua cukup.Tapi satu yang abang lupa… kasih sayang! Alia nak kasih sayang dari abang… bukan duit!” tubuh Zahlia terenjut-enjut semula.Derita hatinya terasa menyala kembali.
Zahlia mengesat air matanya dengan belakang tangan.Menarik nafas dan mula melangkah perlahan-lahan.Tengku Syahran berlari mendapatkan Zahlia.
“Alia, jangan tinggalkan abang lagi.Maafkan abang! Abang tak tau sampai begitu sekali penderitaan Alia.”
Zahlia terperangkap lagi dalam pelukan yang menjerat.Dia terasa wajahnya ditatap dan sering dicium oleh bibir Tengku Syahran.Belaian yang sering dirindui selama ini.
“Maafkan abang, sayang.Abang tak sanggup lagi kehilangan Alia.Berilah abang peluang untuk kita membina semula rumah tangga kita.”
“Itu aje? Mudah sungguh abang tolak dan tarik perasaan Alia.Abang tau tak… kita nyaris kehilangan anak kita.Mana abang pergi waktu Alia betul-betul mahukan abang di sisi Alia? Mustahil Fiza tak pernah ceritakan kisah tiga bulan lalu kepada abang.”
Zahlia sudah kelihatan tenang.Air matanya sudah kering.Dia ingin melepaskan amarahnya terhadap lelaki itu sepuas-puasnya.Tidak langsung diketahui yang ketika dia terlantar di hospital, berhari-hari Tengku Syahran datang untuk menemani lenanya di waktu malam.Zahlia tidak pernah tahu!
Ah, Tengku Syahran pun tidak mahu menyentuh tentang itu.Dia bagaikan kehilangan suara.Biarlah perkara itu menjadi rahsia antara dirinya dengan Tengku Hafizah.
Tengku Syahran mengambil keputusan untuk menjawab setiap kata-kata Zahlia.Dia sedar kesilapannya mengabaikan keselamatan wanita itu.Dia rasa berdosa! Seandainya kandungan itu benar-benar keguguran, dialah orang yang akan rasa bersalah seumur hidup!
“Masa Alia buka mata, Alia cari abang dulu… dua hari bang! Abang buat Alia hampir-hampir putus asa.Mujur Alia masih ada iman.Kalau tak…”
“Alia… abang minta maaf sungguh-sungguh.Abang sedar segala-galanya bermula dari abang.Sejak kita bernikah lagi.”
Tengku Syahran terdiam.Mengeluh seketika mengimbau kisah silamnya dengan Zahlia.
“Abang yang menjadi puncanya!Dan abang takkan maafkan diri abang kerana pernah bertindak kejam pada Alia dulu.Tapi sungguh! Abang sayangkan Alia.Cinta abang pada Alia tak setanding cinta abang pada Nazirah.Abang sayang kedua-duanya.Tapi sayang abang pada Alia lebih hebat dari sayang abang pada insan yang sudah tiada!” sambung Tengku Syahran lagi.
Giliran Zahlia tidak menjawab apa-apa.Dia terkejut kerana lahir nama baru dari bibir itu.Dia ingat dengan nama yang pernah disebut Anissa dan nama itu jugalah yang pernah disebut oleh lelaki itu dahulu yang membuatkan dia cemburu dalam diam.Zahlia tidak pernah lupa sejak hari itu.
“Abang akui Alia adalah insan kedua yang berjaya menambat hati abang.Tapi abang nak Alia tau, tak semestinya cinta dari insan kedua tidak berjaya memikat hati abang yang dulu pernah terisi.Abang sayangkan Alia.” Panjang Tengku Syahran membongkar rahsia kisah silamnya.
Zahlia sudah kembali bertenaga.Dia ingin mendengar cerita selanjutnya.Dalam waktu yang sama, Tengku Syahran menarik Zahlia menuju ke kerusi yang ditinggalkan tadi.Mereka duduk di situ.
“Abang merana sejak kehilangan Nazirah.Dan abang berazam tak mahu bercinta lagi.Tetapi keputusan mak untuk menjodohkan abang dengan Linda telah membuatkan abang terpaksa bertindak mencari isteri pilihan sendiri.Abang tak sangka Alia yang abang pilih secara spontan.Dan yang paling abang tak sangka Alialah jugak yang berjaya membuka jendela hati abang yang telah tertutup rapat,” beritahu Tengku Syahran ikhlas sambil mengeluh kecil.
Zahlia berasa tenang kembali.Hati panasnya sudah sejuk.Melihat wajah Tengku Syahran membuatkan perasaannya kembali berbunga bahagia.
“Kerana sayang abang pada Alia yang menggila tu, abang curiga dengan setiap pergerakan Alia.Abang cemburu melihat Alia selalu ke hospital melawat Razif.Masa tu, layanan Alia pada abang jugak seolah-olah abang ni yang terhegeh-hegeh mahukan Alia.
Abang sakit hati melihat Alia dengan Bernard walaupun dalam CD.Dan yang paling abang geram, bila ternampak dengan mata abang sendiri yang lelaki itu pegang pipi Alia.Abang rasa kasih sayang abang diabaikan,” ujar Tengku Syahran sambil menghela nafas.Diraup rambutnya ke belakang dengan tenang.Hatinya lega kerana segala isi hatinya sudah terluah.
Zahlia turut mengeluh.Menyesal kerana memarahi Tengku Syahran sehingga menyebabkan lelaki itu menceritakan segala-galanya.
“Abang berjanji takkan abaikan Alia lagi.Cuma… berilah abang satu lagi peluang,” rayu Tengku Syahran penuh harapan.
Zahlia menoleh ke arah wajah itu.Benang urat di hatinya kian menyulam sesama sendiri.Menganyam perasaan bahagia yang kian terasa.
“Syarat… jangan tinggalkan Alia lagi.Kalau betul-betul terjadi, nahas abang! Jangankan nak terima abang, nak pandang muka pun Alia tak ingin.” Zahlia meluahkan saki-baki perasaan amarahnya.
Tengku Syahran tersenyum.Memerhatikan bibir yang pada awalnya tidak henti-henti memarahi dirinya.Sedar-sedar dia terasa tangannya ditampar lembut.
“Kenapa senyap? Alia tengah marah abang ni,” gerutu Zahlia dalam nada rajuknya.
Tengku Syahran melebarkan senyuman.
“Maafkan abang ya? Abang berjanji takkan buat sayang macam tu lagi.”
“Itu ajelah yang abang tahu.Maaf! Maaf! Maaf! Alia bosan.Aduh!” ucapan Zahlia terhenti secara mengejut.Tapak tangannya mula memegang permukaan perut yang dilindungi dengan pakaian mengandung itu.
Tengku Syahran yang sedang tersenyum terkejut dengan jeritan kecil itu.Dia memandang Zahlia.Dia ternampak Zahlia sedang memegang perut.
“Kenapa? Nak bersalin ke?” pertanyaan Tengku Syahran hampir membuatkan Zahlia meletuskan ketawanya.Zahlia melihat wajah Tengku Syahran yang panik.Lucu sungguh!
“Belum lagilah, abang ni!”
“Habis? Kenapa menjerit?”
“Haa… cuba abang rasa ni… cepat!” Zahlia menarik tangan Tengku Syahran ke perutnya.
Tengku Syahran hanya menurut.Tiba-tiba mulutnya sedikit terbuka.Dia membalas pandangan Zahlia yang sedang mengukir senyuman kepadanya.
“Apa tu?” soal Tengku Syahran aneh.
“Hmm… inilah baby punya siku.Anak kita dah cukup sifat,” jawab Zahlia manja.Zahlia sudah lupa penderitaan hatinya.
Tengku Syahran terdiam.Terus membiarkan tangannya di perut Zahlia.Dia pandang ke arah Zahlia yang sedang tersenyum sendirian.Isterinya itu cepat benar berubah moodnya.Tadi bukan main merajuk, sekarang… Tengku Syahran turut rasa terjebak dengan senyuman itu.Tanpa diduga, dia bangun dan menarik tangan Zahlia mengikut jejak kakinya.
Zahlia pelik dengan situasi itu.
“Abang… nak ke mana ni?” tanya Zahlia.
Lelaki itu hanya diam dan terus menarik tangan isterinya.
“Abang?”
“Kita ke rumah abang.Dekat aje dari sini.”
“Buat apa?” soal Zahlia hairan.
“Ambil semua pakaian abang.Mulai saat ini, kita takkan berpisah lagi.Kecuali ALLAH.”
Zahlia terdiam.Dia tidak membantah.Tidak juga menjawab apa-apa.Sebaliknya meneruskan langkah menuruti lelaki itu.
Bab 63
“NAH, ini untuk Alia dan cucu mak.” Tengku Badariah menghulurkan sebungkus plastik yang diikat kemas kepada Zahlia.Ketika itu, mereka sedang berada di rumah Zahlia.
Zahlia hanya tersenyum dan menggeleng.
“Buat apalah mak membazirkan duit.Kalau mak gunakan duit tu untuk keperluan mak sendiri kan elok.”
“Alah… apa salahnya.Alia kan menantu mak.Dah tu tak dapat pergi Mekah sama-sama pulak tu.Macam Sofea, dia dah ikut sekali.Mak pun dah ada belikan untuk dia.Nah, ambil ni Alia.”
Kali ini, barulah Zahlia menyambut huluran itu.Dia membelek-belek kandungan di dalam beg plastik sambil tersenyum.
“Terima kasih, mak,” ucap Zahlia.
Tengku Badariah mengangguk.
Hari itu, Zahlia terasa hidupnya sungguh bahagia.Pagi-pagi lagi dia sudah menyiapkan diri untuk menyambut kepulangan keluarga mentuanya dari Mekah.
Lagipun, ada berita gembira yang bakal disampaikan oleh Zahlia sebentar lagi.Zahlia terasa tidak sabar.Sedaya-upaya cuba disembunyikan.Sebab itulah Zahlia beria-ia minta keluarga Tengku Badariah singgah ke rumahnya dahulu sebaik sahaja sampai di KLIA tadi.
“Kandungan kamu ni nampak dah sarat.Kamu pasti ke belum masanya?” Tengku Badariah menyoal sambil tepat memandang perut Zahlia yang makin membesar.
Zahlia tersenyum kecil.
“Belum.Kalau ikut jangkaan doktor, lebih kurang dua atau tiga minggu lagi.Lagipun, tak ada pulak baby ni meragam tak tentu hala.Lagi membuatkan Alia banyak bergerak adalah,” ujar Zahlia sambil mengusap-usap perutnya.
Tengku Badariah cuba tersenyum.Entah mengapa rasa bersalah bertubi-tubi datang ke sanubarinya.Kasihan menantuku ini! Di saat menunggu hari yang paling bahagia, suami pula tiada di sisi,detik hati kecilnya.
Tengku Badariah mengeluh.Zahlia pelik mendengar keluhan itu.
“Maafkan mak kerana membuatkan kamu kehilangan Syah.Sumpah, mak tak sangka hati Syah begitu keras sekali sehingga enam bulan lamanya dia meninggalkan kamu.Mak rasa berdosa Alia.” Tangisan Tengku Badariah kedengaran tiba-tiba.
Zahlia kaget apabila Tengku Badariah memeluk tubuhnya.Lama dia membiarkan pelukan itu sebelum membalasnya sepenuh hati.
“Dahlah tu mak.Alia tak apa-apa.Perkara tu pun dah lama berlaku.Mak janganlah risau.” Zahlia cuba memujuk.
“Mak rasa bersalah.Kamu tak pernah marahkan mak.Kamu buat mak rasa berdosa.Kalau anak kamu lahir nanti, di mana kita nak cari Syah? Syah ni pun satu! Merajuknya melampau-lampau.Sampai tak ingin menjenguk kamu walaupun sekali.” Tengku Badariah sudah meleraikan pelukannya.
Zahlia mendiamkan diri.
“Maafkan mak, Alia.”
“Dahlah.Jom kita ke bawah.Mama dah siap masak agaknya.Kejap lagi, bolehlah kita makan.” Zahlia bangun sambil menarik tangan emak mentuanya.
Ketika sampai ke ruang tamu, semua ahli keluarga sedang duduk sambil berbual.Raja Khalida sedang memasak di dapur.Atau mungkin sedang menghidangkan lauk-pauk di atas meja.
Awal-awal lagi Zahlia telah dilarang menjejakkan kaki ke dapur.Dia hanya dipinta berehat dan duduk diam-diam.
Zahlia duduk bertentangan dengan Tengku Hafizah.Mata Tengku Hafizah mengisyaratkan sesuatu pada Zahlia.Zahlia hanya menjungkitkan kening seolah-olah mengerti dengan isyarat itu.Zahlia menarik nafas dalam-dalam.
“Mak, ayah! Sebenarnya hari ni ada sesuatu yang Alia nak beritahu.Alia harap mak dan ayah tak marahkan Alia kerana terburu-buru mengambil keputusan ni tanpa menunggu mak dan ayah balik dari Mekah.”
“Apa dia?” tanya Tengku Ismail seolah-olah tidak sabar.
“Sebenarnya, Alia…”
“Assalamualaikum.”
Belum pun sempat Zahlia meluahkan isi hati yang sedang berbuku di dada, kedengaran suara seorang lelaki memberi salam di luar rumah.
Suasana yang bising terus menjadi senyap.Masing-masing berpandangan sesama sendiri.Tengku Badariah tidak menunggu lama untuk mengetahui pemilik suara itu, lantas dia berlari ke muka pintu.
Tengku Badariah terpaku.Tengku Syahran turut terpaku.Zahlia yang sejak tadi hanya duduk di ruang tamu, turut bangun dan melangkah keluar rumah.Dia juga menjadi pemerhati di situ.
Tengku Badariah tidak dapat menahan sebak.Di tubir matanya, air jernih kian sarat bertakung dan perlahan-lahan air mata itu gugur ke pipi.
“Mak, ampunkan Syah, mak.Ampunkan Syah!” Tengku Syahran menerpa ke arah Tengku Badariah lalu dipeluk tubuh yang sudah berbulan-bulan ditinggalkan.
Tengku Badariah juga membalas pelukan Tengku Syahran.Kedua-duanya menangis dalam pelukan.
“Mak pun nak minta maaf dari kamu.Mak berdosa kerana bertindak kejam pada kamu dan Alia.Maafkan mak!” Tengku Badariah menangis tersedu-sedan.
Tengku Syahran sudah merungkaikan pelukan.Pantas mendapatkan Tengku Ismail pula.
“Ayah,” sapanya sambil memeluk Tengku Ismail.
Tengku Ismail turut memeluk Tengku Syahran.Simpatinya tidak henti-henti apabila melihat tubuh yang susut dan kurus itu.
Tengku Syahran berjumpa dengan adik-beradiknya pula.Bertanya khabar dan kemudian barulah dia mendapatkan Zahlia yang tidak bersuara sejak tadi.
Tubuh Zahlia dirangkul kemas.Dahi Zahlia dicium lembut.Zahlia terasa jari-jemarinya disulam.Zahlia hanya membiarkan.Malah dia membalas sulaman itu agar menjadi erat.
“Mak, ayah! Kami dah ambil keputusan untuk hidup bersama,” ucap Tengku Syahran sambil menoleh ke arah Zahlia.
Tengku Badariah memandang Tengku Ismail.
“Kalau begitu, pindahlah kembali ke Villa Sakura semula.Jangan tinggalkan rumah itu lagi,” pinta Tengku Badariah.
“Syah rasa biarlah kami merasai hidup berdikari pulak mak.Syah nak uruskan rumah tangga Syah sendiri.Lagipun Alia dah ambil keputusan tak mahu bekerja lagi.Biarlah dia menjaga keperluan Syah dan anak kami nanti.Mak tak payahlah risau.”
“Mak tak mahu kamu dan Alia berada jauh dari mak.Kalau boleh, mak mahu semua menantu dan anak-anak mak tinggal di Villa Sakura.Sekarang, semuanya dah tinggal jauh.Kamu memang tak sayangkan mak agaknya.” Tengku Badariah merajuk.
Tengku Hakimi dan Sofea ingin ketawa melihat wajah mencuka Tengku Badariah.Tengku Hafizah dan Tengku Farhana turut tersenyum.
“Mak, kami tak nak susahkan mak.Izinkanlah kami hidup sendiri.” Zahlia pula berkata.
Tengku Badariah mengetap bibir.Termakan juga hatinya dengan pujukan menantunya.Tidak lama kemudian, bibir Tengku Badariah mengukir senyuman.Tidak lagi mahu melayani rajuk.
Bab 64
T |
ENGKU SYAHRAN ternampak kelibat Zahlia sedang duduk mengelamun seorang diri di luar rumah.Bunyi bising tetamu-tetamu yang hadir di kenduri doa selamat rumahnya bagaikan tidak langsung mengganggu lamunan wanita itu.Entah apa yang mengganggu hati isterinya itu tidak langsung dapat dikesan oleh Tengku Syahran.
Timbul di sudut hatinya untuk menyakat isteri kesayangannya itu.Perlahan-lahan kakinya melangkah ke situ.Sampai di situ, segera Tengku Syahran memeluk tubuh isterinya.
“Abang! Terkejut Alia.” Zahlia bersuara sedikit marah.
Tengku Syahran ketawa kecil.Dia mencium pipi Zahlia sebelum merungkaikan pelukan.Lalu melabuhkan punggung di sisi Zahlia.
“Kenapa duduk sorang-sorang kat sini?
Zahlia membalas pandangan suaminya tanpa ragu.Bibirnya mengukir senyuman nipis.
“Alia belum lapar lagi.Abang dah makan ke?”
“Belum jugak.Kita makan sekalilah ya?” pinta Tengku Syahran.
Zahlia mengangguk.
“Tapi… baby ni tak lapar ke?” tanya Tengku Syahran seraya mengusap perut isterinya lembut.
Zahlia ketawa.
“Belumlah…” jawabnya ringkas.
“Hari ni baby boy ni meragam tak?” soal Tengku Syahran mengusap lagi perut Zahlia yang semakin membesar.
Perbuatan itu membuatkan Zahlia memandang Tengku Syahran dengan dahi yang berkerut.
“Mana abang tau yang ni… baby boy?” Zahlia sengaja manyoal.
Tengku Syahran tersenyum sumbing.
“Ikut gerak hati,” jawabnya ringkas.
“Ehh, mana boleh macam tu? Kalau nak keluar perempuan… perempuanlah.Kalau nak keluar lelaki… lelakilah,” ujar Zahlia selamba.Dia ingin ketawa dengan jawapan Tengku Syahran tadi.
“Alah, bagilah abang anak kembar lelaki,” pinta Tengku Syahran penuh harapan.
“Kembar? Alaa… penatlah Alia.Abang ingat senang ke nak lahirkan anak kembar?” Zahlia merungut kecil.
“Okeylah… kalau keluar sorang pun soranglah.Abang tak kisah.Tapi mesti lelaki tau.”
“Kalau ada rezeki ALLAH nak bagi… kita terima aje bang.Alia tak kisah apa-apa pun jantina anak kita.Lelaki dan perempuan
Tengku Syahran terdiam.Mengakui kata-kata itu.Dia sebenarnya turut tidak kisah.Apa yang lahir dari bibirnya itu hanya sekadar harapan.Kalau yang lahir bukan seperti yang diharapkan, tidak mungkin dia tidak akan mengakui zuriatnya.
Tengku Syahran menerapkan senyuman manis.Dia bahagia apabila Zahlia memeluknya sebegitu.Seakan kesepian hatinya telah terisi.Tiada lagi wajah Nazirah yang datang mengganggu seterusnya menjerat dirinya dari bercinta.Kini hanya belaian lembut Zahlia yang menjadi igauan setiap hari.Belaian yang selalu membangkitkan rindu yang berpanjangan di hati.Tanpa sedar melekat satu ciuman dari bibirnya ke pipi isterinya.
Zahlia terkejut.
“Hei, tak malu ke? Ramai orang kat sana tau!” Zahlia menjarakkan wajahnya.
Terdengar gelak ketawa suaminya itu yang bernada usikan.
“Eleh, bukannya nampak!Lagipun Alia dah jadi milik abang selama-lamanya.Abang punya sukalah.Kalau tak pun… jom kita masuk bilik,” ujar Tengku Syahran.
“Hisyy… abang ni tak habis-habis.Tak ada kerja lain ke? Kenduri ni, kat rumah kita cik abang ooiii,” marah Zahlia sedikit tersipu.
“Itu
“Ah, sudah… sudah… tak larat Alia nak layan abang kat sini.Ada aje nak dijawabnya.Alia nak pergi kat
“Alia nak pergi mana? Duduklah dulu dengan abang.”
“Alahh… Alia nak ke
Tengku Syahran mengetap bibir.Bingung melihat gelagat isteri yang sentiasa aktif.
“Alia dah lapar ke? Abang ambilkan,” soal Tengku Syahran.
“Bukan.”
“Habis? Baby yang lapar?”
Zahlia menggeleng lagi.
“Alia nak pergi jenguk mak dengan mama tu.Kesian mereka.Kenduri ni kat rumah kita, tapi mereka yang kena layan tetamu.”
“Tak payahlah risau.Fiza dengan Ana kan ada.Biar mereka yang tolong.Alia duduk diam-diam kat sini.”
“Tapi…”
“Puteri… dengar cakap abang, okey.Puteri tunggu kat sini.Abang pergi ambilkan air.”
Tengku Syahran berlalu pergi.
Zahlia duduk bersendirian semula.Memerhati Raja Khalida, Tengku Badariah dan Puan Azizah yang sedang sibuk melayani tetamu.
Zahlia tiba-tiba ternampak Fatimah sedang melayani suaminya Bernard atau nama Islamnya Ahmad Adam.Zahlia tersenyum.Jodoh mereka bertemu di depan aku rupanya! Kemudian, Zahlia terpandangkan Adli dan Anissa.Pasangan suami isteri itu dilihatnya sedang ketawa melayani keletah Fiqa.Zahlia turut tersenyum.Teringat keletah Fiqa yang rapat dengannya ketika dia tinggal di rumah Adli dulu.
Matanya beralih ke sudut lain pula.Bibir Zahlia tersenyum membalas senyuman Hazwin yang jauh melambai-lambaikan tangan sambil mengusap perutnya.Zahlia turut melambaikan tangan.Hazwin bakal bergelar ibu beberapa bulan lagi.
Zahlia bersyukur.Kemudian dia terlihat wajah ceria Sofea di sudut kecil taman rumahnya.Wanita itu nampak berseri-seri semenjak disahkan mengandung.Semua itu anugerah ALLAH.Zahlia terasa bahagia dikelilingi dengan insan yang benar-benar mengasihi dirinya.
Tiba-tiba Zahlia teringatkan Razif yang masih terlantar sakit.Razif sudah mengenali suaminya.Malah sudah berkali-kali Tengku Syahran melawat Razif sendirian apabila Zahlia kadang-kadang tidak sihat.Maklumlah berbadan dua.
Zahlia tersenyum lagi.Segala kemarau yang pernah melanda hidupnya dahulu sudah kembali pulih.Zahlia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.
Bab 65
T |
ENGKU SYAHRAN berjalan mundar-mandir di hadapan pintu wad bersalin.Bila punggungnya dilabuhkan di atas kerusi, dia rasa tidak selesa.Ingin berdiri di satu tempat secara statik pun, Tengku Syahran tetap tidak senang hati.
Hatinya gelisah.Ahli-ahli keluarganya yang lain turut sama membisu.Masing-masing mempamerkan riak kerisauan.Sudah dua jam menanti di situ,benar-benar membuatkan Tengku Syahran terasa bagaikan ingin merempuh pintu wad bersalin itu sekuat hati.Tidak sabar-sabar rasanya mahu mengetahui perkembangan diri isterinya.Selamatkah dia?
Ya ALLAH, selamatkanlah isteri dan anakku!Doa Tengku Syahran di dalam hati.
Tengku Syahran melangkah mendekati pintu wad.Cuba mengintai di celah-celah cermin kecil yang terdapat di pintu itu.Tiada langsung ruang yang membolehkan dia melihat situasi di dalam.
Tengku Syahran semakin tidak tentu hala.Dia mengalihkan pandangan pada Tengku Badariah dan kemudian pada Raja Khalida serta ahli-ahli keluarganya yang lain.
“Mak, kenapa lambat sangat?” Tengku Syahran bertanya.
Tengku Badariah yang sejak tadi duduk di sisi Tengku Ismail mula mengerling ke arah Tengku Syahran.Raja Khalida yang duduk di tepi Tengku Hafizah juga turut memandang.Hatinya turut gelisah.
“Sabarlah.Kejap lagi selesailah agaknya.” Tengku Badariah cuba bersikap tenang.Padahal hatinya turut berasa risau.
“Syah risaulah mak.Dah dua jam Alia kat dalam tu.Takkan lama sangat.”
“Itulah kamu.Isteri tengah sarat pun, sibuk dengan kerja.Kamu tengoklah apa dah jadi.”
Tengku Syahran menggaru-garu kepalanya.Cuba mengintai cermin kecil di pintu itu lagi.Kemudian Tengku Syahran duduk di tempatnya semula.Rasa bersalah timbul di sudut hati.
Dia teringat selepas dia menerima panggilan telefon dari hospital tentang keadaan Zahlia.Tengku Syahran terus bergegas meninggalkan Neraca Holdings.Kerisauannya menerjah-nerjah ketika diberitahu yang Zahlia memandu sendiri ke hospital dalam keadaan genting.Turut diberitahu yang wanita itu pengsan di hadapan pintu hospital bersama telefon bimbit yang tertera nombor telefon Tengku Syahran di tangan.
Tengku Syahran didatangi perasaan bersalah lagi.Memang sejak pagi lagi telefon bimbitnya sengaja dimatikan.Tidak langsung terfikir yang isterinya itu akan menghubunginya.
Tengku Syahran mengeluh kecil.Sepatutnya dia memohon cuti untuk menjaga isterinya dalam saat-saat menanti kelahiran anak sulungnya itu.Kenapa dia tidak terfikir semua itu?
Tengku Syahran terasa ingin menangis.Sesekali tangannya meraup rambutnya ke belakang.Bagaikan menyesali ketidakprihatinannya tadi terhadap Zahlia.Hatinya mula berdoa, berharap benar isterinya itu benar-benar selamat.
Alia, jangan tinggalkan abang, sayang! Bisik Tengku Syahran penuh harapan.
Tiba-tiba pintu wad bersalin itu terkuak.Tengku Syahran bingkas bangun.Seorang doktor wanita lengkap berpakaian jubah putih keluar sambil mencabut keluar sarung tangan getahnya.
Tengku Syahran pantas menuju ke arah doktor itu.Begitu juga ahli-ahli keluarganya yang lain.
“Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” soal Tengku Syahran cemas.
Doktor wanita itu hanya tersenyum.
“Alhamdulillah, semuanya selamat.Tahniah, encik dapat anak lelaki,” beritahu doktor itu dengan senyuman.
Tengku Syahran tersenyum lebar.Suara riuh ahli-ahli keluarganya yang lain turut kedengaran ceria.
“Boleh saya tengok isteri saya?” tanya Tengku Syahran tidak sabar-sabar lagi.
“Boleh.Tapi, encik kena tunggu kami pindahkan isteri encik ke wad dulu.Nanti, encik boleh pergi tengok dia.Buat masa ni, isteri encik sedang tidur.Dia masih lemah.”
“Terima kasih, doktor.”
“Sama-sama.Sekejap lagi, bolehlah encik azankan anak-anak encik.Pembantu saya sedang bersihkan kedua-duanya.” Doktor itu berkata dan terus berlalu.
Tengku Syahran terdiam.Anak-anak? Kedua-dua? Apa maksudnya? Tengku Syahran bagaikan terpinga-pinga.
Tiba-tiba dia melihat dua orang jururawat datang membawa keluar dua orang bayi lelaki.Tengku Syahran pelik.Anak aku ke tu? Soalnya di dalam hati.
“Eh, Syah! Apa tunggu lagi.Azankanlah yang sorang tu.Yang ni biar ayah yang azankan.” Suara Tengku Ismail berjaya mematahkan khayalan Tengku Syahran.
“Kenapa ada dua?” soal Tengku Syahran.
“Kamu tak tau ke yang Alia tu mengandung kembar?” tanya Tengku Badariah pula.
Tengku Syahran menggeleng.
“Hei, Puteri ni pun satu.Bukan nak diberitahu perkara ni pada Syah.Hisyy… budak-budak sekarang ni.” Raja Khalida menggeleng sambil ketawa kecil.
Tengku Syahran semakin hairan.
“Apa maksud mama?” tanya Tengku Syahran pada Raja Khalida.
“Pada awal kandungan lagi, doktor dah sahkan dia mengandung kembar.Dia tak beritahu kamu?”
Tengku Syahran menggeleng.
“Haa… sekarang ni, kamu dah tau
Tengku Syahran mengalihkan pandangan pada dua orang bayi di hadapannya.Lama dia merenung kedua-dua bayi tersebut dan akhirnya bibir Tengku Syahran mengukir senyuman.Tiba-tiba hatinya didatangi perasaan gembira.Segera dia bersyukur ke hadrat ILAHI atas kurniaannya itu.
“TERIMA kasih,sayang! I love you.” Tengku Syahran berkata sambil mengucup pipi Zahlia lembut.
Zahlia hanya tersenyum manis.Tangan Tengku Syahran dicapai dan digenggam erat.Ketika dia membuka mata beberapa minit tadi, Tengku Syahran sedang duduk di sisinya sambil membaca
Menyedari Zahlia sudah terjaga, terus Tengku Syahran melipat surat khabar dan meletakkan di rak khas.Ahli-ahli keluarga yang lain sudah pulang.Hanya tinggal Tengku Syahran dan Zahlia di dalam bilik itu.Anak-anaknya pula sedang diberi rawatan khas untuk mengesahkan mereka bebas dari penyakit.
“Mana anak-anak kita?” soal Zahlia sambil matanya melilau mencari anak-anaknya.
“Ada kat nurse.Mereka beri susu tadi.Dah tidur agaknya.” Tengku Syahran membalas genggaman tangan Zahlia.
Zahlia tersenyum manis.
“Anak kita comel tak?”
“Emm… macam ayahnyalah.”
“Perasan.”
Tengku Syahran ketawa kecil.Jari-jemari Zahlia dibawa ke mulutnya lalu dikucup lembut.
“Abang gembira dapat dua orang sekaligus?” Zahlia bertanya.Berniat ingin mengetahui isi hati suaminya itu.
Tengku Syahran melepaskan pandangan ke arah Zahlia.Kalau diikutkan hatinya, dia ingin menjerit sekuat hati untuk menyatakan betapa gembiranya dia dengan kurniaan itu.Biar satu dunia tahu!
“Kenapa tak beritahu abang yang kita akan dapat twins?”
“Saja nak bagi surprise,” jawab Zahlia manja.
“Nakal.”
Zahlia ketawa.
“Abang suka tak?” Zahlia bertanya sekali lagi.
Tengku Syahran mengangguk.
“Thanks honey! I love you.”
“I love you too.” Ucap Zahlia sambil tersenyum.
Tengku Syahran membalas senyuman isterinya.Tetapi senyuman yang mekar itu tiba-tiba mati apabila melihat Zahlia bangun.
“Alia nak ke mana ni?” Tengku Syahran hairan apabila Zahlia bergerak menuruni katil.
“Alia nak pergi tengok anak-anak kitalah.”
“Eh, mana boleh bergerak sesuka hati.Nanti doktor marah.”
“Alah, sekejap aje.Alia nak tengok rupa mereka,” pinta Zahlia
Tengku Syahran terdiam.Wajah penuh mengharap Zahlia dipandang sejenak.Lama dia membisu sebelum berkira-kira untuk mengeluarkan bicara.
“Alia tunggu di sini dulu.Abang pergi ambil kerusi roda.Kita pergi sama-sama, okey.”
“Tapi…”
“Dengar cakap abang.Kalau tak, jangan pergi.” Tengku Syahran bersuara tegas.Zahlia menelan air liur.
“Yalah.” Lambat-lambat Zahlia berkata.
Tengku Syahran menghilang di balik pintu dan hadir semula dengan kerusi roda di tangan.
Di waktu itu, Zahlia sedang mencapai gelas di tepi katil.Berniat untuk membasahkan tekak yang terasa kering.
“Hei, kenapa tak cakap kat abang yang Alia nak air? Biar abang ambilkan.”
Tengku Syahran berjalan ke arah Zahlia.Mencapai gelas di tangan Zahlia dan menuangkan air suam lalu disuapkan ke mulut Zahlia perlahan-lahan.
Zahlia pelik dengan kelakuan Tengku Syahran yang nampak risau dengan setiap pergerakannya.Tetapi Zahlia hanya mendiamkan diri.
“Jomlah kita pergi.Alia pun dah tak sabar-sabar nak tengok anak-anak kita.” Zahlia bangun dan melangkah ke kerusi roda.
“Elok-elok melangkah tu.Pegang tangan abang ni.” Tengku Syahran menghulurkan tangan.
Zahlia mula mengeluh.Tengku Syahran hanya bersikap selamba.
“Abang! Kenapa dengan abang ni? Alia tak apa-apa.Kan masih boleh bergerak ni.Yang abang risau sangat ni apasal?” Zahlia mengetap bibir.
Setiap tingkah laku Tengku Syahran amat merimaskan dan adakalanya melahirkan rasa gelihati di sanubarinya.Kini, Tengku Syahran pula yang mengeluh.
“Alia
Zahlia menggeleng.
“Alia taulah abang risau.Tapi janganlah sampai Alia naik rimas.”
“Alia rimas ke?”
Tengku Syahran melabuhkan punggungnya di atas katil.Sedikit sebanyak dirinya berkecil hati dengan kata-kata Zahlia.
Zahlia tersenyum kecil dengan perangai suaminya.Dah jadi ayah pun nak merajuk lagi!
“Bukan macam tu maksud Alia.Abang tu yang risau sangat.Alia okey aje,” beritahu Zahlia sambil duduk di sisi Tengku Syahran.
Tangan lelaki itu dicapai lantas digenggam.Tiada respon.Tengku Syahran hanya kaku membuatkan Zahlia menoleh pada wajah di sisinya.Juga tiada reaksi untuk suaminya membalas pandangannya.
“Okey, Alia minta maaf kalau abang berkecil hati.Alia tak bermaksud pun nak kecilkan hati abang.Cuma Alia tak mahu abang treat Alia macam budak-budak kecil.Alia tak nak menyusahkan abang.” Zahlia tunduk menyesali kata-katanya.
Tengku Syahran yang mendengar kata-kata itu tersentuh hatinya.Perlahan-lahan dia memandang Zahlia.Serentak itu, Tengku Syahran menggenggam jari-jemari yang halus di tangannya.
“Abang pun nak minta maaf sebab buat Alia rasa bersalah.Abang berjanji takkan rimaskan Alia lagi.” Tengku Syahran berkata pula.
Zahlia mengangkat wajah dan merenung ke arah Tengku Syahran.Bibir lelaki itu tersenyum seterusnya membuatkan Zahlia turut ingin tersenyum.
“Jomlah, abang tunjukkan anak-anak kita.”
Tengku Syahran bangun.Zahlia juga bangun dari katil.Ketika Zahlia ingin berjalan ke arah kerusi roda, dia terasa tangannya dipegang kuat.
Pantas Zahlia menoleh pada Tengku Syahran.Pelik dengan pautan yang terasa begitu erat.
“Tak bolehlah, Alia.” Ucapan Tengku Syahran yang tiba-tiba makin membuatkan Zahlia berasa hairan.
“Apa yang tak boleh?” soal Zahlia sambil mengerutkan dahi.
Pegangan tangan suaminya dirasakan semakin kemas.
“Bila abang tengok Alia bergerak, perasaan abang tak boleh dikawal.Abang tetap risau,” ucap Tengku Syahran sambil tersengih.
Zahlia mengetap bibir dan mendengus kecil.Namun lama-kelamaan bibir Zahlia mekar dengan senyuman.
“I love you,” luah Zahlia sambil membalas pautan tangan suaminya.
Tengku Syahran terasa bahagia.
“I love you too,” balas Tengku Syahran berserta kucupan lembut di pipi isterinya.
Terima kasih, TUHAN-ku! Kekalkanlah kebahagiaan ini.Doa Zahlia sambil menerapkan senyuman manis.Penuh kebahagiaan yang tersirat!
TAMAT
BIODATA PENULIS
Nama sebenarnya ialah Intansuhana Ramli tetapi beliau lebih gemar menggunakan nama Damya Hanna dalam menghasilkan novel-novel ciptaannya.Masih lagi menuntut di Universiti Kebangsaan
Anak kelahiran Selangor Darul Ehsan ini, dahulunya hanya menulis sekadar untuk mengisi masa lapang.Tidak ada niat langsung mahu menghantar manuskrip yang telah siap ke mana-mana syarikat penerbitan.Tetapi atas dorongan keluarga dan rakan-rakan, beliau mula bersemangat untuk menulis sejak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia.Di situlah, beliau banyak mengumpul idea yang kebanyakannya beliau perolehi dengan membeli novel-novel dari pelbagai syarikat penerbitan.
Damya Hanna pernah juga menghasilkan sebuah manuskrip tetapi gagal menarik minat editor kerana panjangnya yang tidak mengikut prosedur syarikat.Dari situlah semangatnya kembali berkobar-kobar untuk mendalami lagi bidang penulisan dan akhirnya beliau berjaya menghasilkan jalan cerita yang berjudul BICARA HATI.
BICARA HATI adalah novel sulung Damya Hanna bersama ALAF 21.Pelbagai konflik masyarakat telah dihidangkan dalam novel terbaru beliau.Elemen kasih sayang, suka, duka, cinta, dendam, keazaman dan keagamaan diselitkan dalam novel ini.Setiap watak yang ditonjolkan dalam novel ini membawa plot cerita yang berbeza.
Di masa terluang, beliau suka menulis dan membaca dan penulis idola beliau ialah Fauziah Ashari, Nor Zailina Nordin dan Norhayati Berahim.
Kerinduan
Dulu pernah aku bersumpah
Selalu setia jikaku bercinta
Masih melekat rasa itu
Saat cintamu datang padaku
Semua terwujud saat kau singgah
Kaulah si cinta untuk setia merindu
(Chorus *)
Kerinduan…
Tak akan menghilang
Tak mampu ku menghindar
Kau berikan…
Apa yang kupinta
Kau mengikatku dalam cinta
Temaniku dalam setia…(jalani hidup ini)
Aku tak pernah mengharapkan
Cinta yang datang membelaiku
Aku dapat selalu bertahan
Menahan cintamu di sukmaku
Kehadiranmu basuh jiwaku
Engkau surutkan api cinta diriku
Ulang chorus * (2X)
Shiela Majid
No comments:
Post a Comment