Wednesday, February 25, 2009

bab 28 to 30

Bab 28

L
INDA menghempaskan tubuhnya di atas kerusi.Hari ini dia masuk ke pejabat lebih awal.Wajahnya mencuka.Setiap pekerja yang keluar masuk dari biliknya akan menjadi mangsa maki hamunnya pagi itu.Bayangan perkahwinan Tengku Syahran dan Zahlia masih segar dalam ingatannya.Malah, berita berbulan madu lelaki itu dengan isterinya masih panas di telinganya.
Shit! Kurang ajar kau Alia! Berani kau rampas Syah dari aku.Tak padan dengan anak haram.Kau perempuan tak guna! Tak layak hidup dengan kerabat di raja.Aku akan musnahkan hidup kau.Jeritnya sekuat hati.Ketawanya mula nyaring memenuhi segenap ruang bilik.
Pen di tangan dicampak ke hadapan.Ketawanya masih berbunyi.Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu berkali-kali.Lamunan Linda terhenti.
“Masuk!” kuat suaranya memberi arahan.
Daun pintu terkuak.Berkeriut bunyinya.Seraut wajah lelaki terjengul di situ.Linda mengerutkan dahi.Lama dia merenung wajah itu.Akhirnya bibir halusnya membalas senyuman itu.
“Masuklah, Bernard.Sorry I tak perasan muka you.” Suara Linda cuba dikawal agar riak kemarahan tidak terluah.
“Bagaimana you nak perasan, I ni apalah sangat pada you, Linda?” usik Bernard.
Linda hanya ketawa manja.
“Have a seat.Sorrylah bilik I ni tak sehebat office you yang tiga kali lebih besar tu.” Linda membalas usikan Bernard.
“Hey, nice room what? You yang decorate kan?”
“Tak adalah. I ni siapa? Manager cabuk aje kat dalam bank ni.”
“Eh, father you kan ada title datuk.Kenapa you tak kerja kat office father you aje?”
“Well… I lebih suka berdikari.Bak kata orang, adventure cari duit sendiri.Lagipun, I tak berapa gemar guna duit father I.Rasa macam I ambil kesempatan title datuk dia pulak.”
“Em… I like prinsip you, sebab tu I rasa selesa berdampingan dengan you.Seorang yang tak suka bergantung hidup pada orang lain.”
Linda tersenyum dengan pujian itu.Hatinya ketawa gelihati.Kelakarnya! Betul ke prinsip aku tu? Hipokrit!
“Your face looks like chubby! What happened? You dah tak amalkan diet lagi ke?” teguran Bernard mematikan senyuman Linda.Peluh dingin terasa meletus di segenap liang romanya.Tiba-tiba jantungnya berdegup pantas.
“Ya ke? I tak perasan pulak.Kenapa… I dah tak cantik ke pada you?” sengaja Linda menduga.Ingin menutup getaran jantungnya yang semakin tak menentu.
“Eh, bukan macam tu maksud I.Linda yang ada depan I tetap Linda yang I kenal dulu.Good looking and pretty!”
Linda ketawa.Berjaya menutup lubang yang hampir pecah.
“So, takkan kita nak melepak macam ni aje.You tak lapar ke? Mind if I join you this lunch?” Bernard bertanya.
“Erm… that’s a good idea.Boleh jugak kalau you tak kisah.”
“I don’t mind.”
“Okay… jom!”
Linda terus mencapai beg tangannya.Mereka beredar melangkah ke Restoran Thai Kitchen yang berdekatan.Mereka menjamu selera sambil berbual panjang.Sesekali Linda menjatuhkan kepalanya di bahu Bernard.Lelaki itu hanya membiarkan.Malah, terasa bahagia diperlakukan begitu.
“Linda, you tunggu siapa sebenarnya? Sejak dari England, I dah sukakan you.Kenapa you tak nak terima cinta I? Pertanyaan Bernard mematikan khayalan Linda.
Wanita itu terus mengangkat kepalanya.Segera mencarik-carik otak lelaki cina kacukan India itu agar tertanya-tanya sendiri.
“I bukan tak sayang you, Bernard.I cuma belum bersedia lagi! Lagipun I risau famili I tak dapat terima kehadiran you sebagai ahli keluarga.You faham-faham ajelah dengan perbezaan agama kita.I perlukan masa untuk meyakinkan mereka.You boleh tunggu, kan?’
Bernard mengeluh.
“Apa yang perlu dirisaukan lagi? I dah berkali-kali beritahu you yang I sanggup tukar agama.Famili I semuanya kahwin campur.Mother I tak melarang, daddy I pun berketurunan India.And you must know yang I tak makan daging tu… I tak minum arak.Apa yang susah. I yakin I boleh jadi seorang Islam yang sejati kalau you sudi pimpin I.”
“Bernard, Islam tak bertumpu pada dua benda tu aje.You must know a lot to be a good muslim.I takut you tak sanggup menghadapi dugaan.Nanti, tak pasal-pasal I yang kena tanggung dosa you,” bantah Linda bersungguh-sungguh memadamkan api keinginan Bernard yang menyemarak.
Eleh, macam bagus sangat dengan ilmu Islam kau tu Linda! Sembahyang, puasa, zakat, kau pernah buat ke? Kata-kata itu terngiang-ngiang di cuping telinganya.
“I boleh belajar.You kan boleh ajar I.”
Linda hampir tersedak.
“You kena fikir masak-masak Bernard.Jangan buat keputusan terburu-buru.” Linda masih berusaha menyangkal permintaan Bernard.
“You ni macam tak menggalakkan I masuk Islam aje?” teka Bernard.
Linda menelan air liur.
“Eh, bukan macam tu. I cuma…” ayat itu tidak dihabiskan.
Fikiran Linda mula menumpukan perhatian pada sepasang manusia yang sedang duduk di meja yang agak jauh dari tempatnya.Bernard yang ada di hadapan dilupakan seketika.Tidak tentu arah kepalanya terintai-intai pasangan itu dari jauh.
Pasangan itu kelihatan leka berbual.Tidak menyedari langsung gelagat mereka sedang diperhatikan.
“Cuma apa Linda?”
“Syhhh…”
“Hey, what’s going on?” sergah Bernard sedikit berbisik.Masih hairan dengan situasi itu.
“Tu…” Linda memuncungkan bibir seksinya ke satu sudut.
Bernard mengalihkan matanya ke tempat yang dimaksudkan.Pandangannya tertumpu pada tiga orang manusia yang sedang menjamu selera di satu meja yang agak jauh dari tempatnya.Wajah yang tidak pernah dilihat sebelum ini.
“Kenapa?” Bernard bertanya ingin mencari jawapan terhadap persoalan yang sedang meletus di mindanya.
“Perempuan yang pakai baju warna hijau tu isteri Syah,” ujar Linda bijak menyembunyikan rasa amarahnya.
“Syah? Macam pernah dengar nama tu.”
Fikiran Bernard bercelaru.Cuba mencari-cari nama yang baru disebut oleh Linda.Serta-merta dia teringatkan rakan pengajiannya ketika di England dahulu.
“Yang selalu dengan Adli tu ke?” tanya Bernard sedikit tidak yakin.
Sewaktu belajar di England, mereka tidaklah serapat mana.Bagaimanapun, sebagai pelajar di perantauan yang datang dari tanahair yang sama, secara tak langsung wujud hubungan kekeluargaan antara mereka.
Anggukan Linda memecahkan ingatan Bernard terhadap lelaki melayu yang dikenali di England dahulu.Bernard terus memakukan perhatian kepada wanita bertudung itu.Begitu ayu di penglihatannya.
“Siapa nama dia?” tanya Bernard.
“Zahlia,” jawab Linda acuh tak acuh.
Bernard mengangguk.Aduh, jelita sungguh wanita itu.Bertuahnya lelaki setampan Syah dapat memiliki wanita seanggun itu.Jadi, tidak bertuahkah aku kerana dapat menyelami hati wanita cantik di hadapanku ini? Walaupun cintaku masih ragu-ragu untuk diterima?
Bernard terus merenung wajah Linda.Begitu jauh bezanya dengan wanita yang didakwa sebagai isteri Tengku Syahran itu.
Linda akan kelihatan cantik berseri dengan tempekan bedak tebal dan berjenis-jenis alat solek yang datang dari luar negara.Sedangkan wanita itu, tidak tercalit sedikitpun hiasan alat mekap untuk mencantikkan wajah.Kecantikannya semulajadi.Tulen dan asli.Hati lelaki Bernard terusik ketika senyuman mekar tersadai di bibir Zahlia.Aduh, menawan sungguh!
“Lawanya…” tanpa diduga perkataan itu lahir dari mulut Bernard.
“What?” terbeliak biji mata Linda.Dia hampir melenting mendengar pengakuan Bernard.
Pujian sebegitulah yang menyakitkan hati, menembak-nembak dirinya untuk terus mengepung rasa cemburu yang menggila.Kurang asam kau Alia! Jeritan itu bergema di dalam dirinya.Linda mendengus marah.
“Hei, jangan macam tu sayang! Selawa mana pun dia, you tetap cantik pada mata I.” ungkapan Bernard bermaksud untuk memujuk.
Namun, di hati kecilnya sungguh-sungguh memprotes kata-kata yang baru terluah tadi.Sekelip mata pendiriannya berubah.Wanita sehebat Zahlialah yang sepatutnya dibuat isteri.Bukan seperti wanita di hadapannya yang gemar berpakaian seksi.Mempamer tubuh untuk santapan lelaki yang ghairah mengejar alam dunia yang tidak kekal.
Bernard membuat andaian sendiri.Sedikit sebanyak dia mengetahui tentang Islam.Dia telah berhasrat untuk menukar agama.Harapannya bersinar ketika bertemu dengan Linda.Berharap wanita itu sudi memimpinnya ke arah kebenaran.Rupa-rupanya dia tersalah anggap.Linda seolah-olah menjadikan dirinya sebagai teman ketika sunyi. Dia yang dungu kerana tertipu dengan pujuk rayu wanita itu.
Linda kelihatan tersenyum.Tidak menyedari ungkapan Bernard tadi hanya lahir dari mulut namun tidak terdetik walau sedikit di dalam hati.Senyuman menggoda Linda sedikitpun tidak menggoyahkan iman Bernard kali ini.Hatinya bagaikan mati untuk wanita itu.Sepantas tiupan puting beliung.Segala-galanya karam untuk wanita itu.
“Bernard, I rasa mereka itu macam ada affair aje.” Kata-kata berbaur tuduhan itu disambut dingin oleh Bernard.
Siapa tak kenal Linda yang pandai menyebar fitnah? Hai, kenapalah dulu aku terlalu buta? Tidak langsung menyedari yang wanita ini memang suka mereka cerita.
“Kenapa cakap macam tu? Tak elok Linda, berprasangka pada orang,” Bernard cuba menyangkal kata-kata itu.
Linda naik berang mendengar kata-kata Bernard.Tiba-tiba sahaja perangai Bernard berubah.
“You mana tau.Perempuan macam dia tu tak boleh dibuat bini.Merampas kekasih orang dia taulah.” Linda terus menuduh.
“Linda, mereka duduk bertiga.Dua perempuan, satu lelaki.Bukankah Islam yang meletakkan syarat sebegitu dalam pertemuan untuk mengelakkan timbulnya fitnah.” Kata-kata itu terasa berbahang-bahang di dinding telinga Linda.
Terasa cetek pengetahuannya tentang Islam.Siapa lelaki beragama kristian itu untuk menasihatinya tentang Islam sedangkan dia lebih dahulu makan garam dengan agamanya sendiri.Kurang ajar!
“You ni kenapa Bernard? Kenapa tiba-tiba you berpihak pada dia?” Linda meledakkan api kemarahan.
Bernard kelihatan tenang.Mungkin dengan cara itu dia akan selamat dari rasa bersalahnya pada mama dan papanya.


“MAMA tak suka Ben berkawan dengan Linda tu.She’s not suitable for you.” Kata-kata mamanya malam tadi masih terngiang-ngiang lagi.Papanya hanya diam membisu.Mungkin di dalam hati setuju dengan penerangan isterinya.
“But, I love her mama.I love her since I met her in England.I love her so much!” Bernard masih memujuk.Berharap benar agar hati orang tuanya itu setuju dengan pilihannya.
“So, you think by loving that woman, it can make your life happy? Ben, mama tak kisah kalau Ben nak kahwin dengan orang melayu.Mama tak halang kalau Ben nak tukar agama sekalipun.Itu hak Ben tapi mama tak rasa perempuan yang Ben pilih untuk jadikan isteri tu sesuai.Dia sekadar rapat dengan Ben sebab dia tak ada teman.Trust me, Ben.Mama pernah nampak dia bermesra dengan lelaki lain.”
Mungkin kata-kata mamanya benar.Dia sahaja yang buta menilai kasih sayang yang sebenarnya kusam tanpa balasan.Dia tersepit antara kehendak dan cinta.Kehendaknya untuk memperolehi nur Islam seperti abang sulungnya dan cintanya pada Linda yang tidak bertepi.
Aku masih belum terlewat untuk menggenggami nur Islam itu.Mungkin ada insan lain yang sudi menghadiahkanku nur itu.Selamat tinggal Linda! Bisik hati kecilnya.
Ucapan itu terpelanting di benaknya bersama-sama tindakan refleks di kaki Bernard.Melihatkan Bernard yang tiba-tiba meninggalkannya, Linda terasa gunung kemarahannya kian memuncak.
Fikirannya mula memasang angan-angan.Ligat benar hatinya yang penuh bertampal titik-titik hitam memasang jerat.Jaga kau, Alia! Linda tersenyum sendiri.
“AUNTIE!” suara lunak manja seorang wanita yang membingitkan telinga memaksa Tengku Syahran untuk melihat siapakah gerangannya.
Demi terpandangkan wajah itu, Tengku Syahran disembur dengan rasa jengkel dan meluat.Namun, di sebalik hatinya terselit pingat emas kemenangan kerana berjaya menolak permintaan emaknya untuk memperisterikan wanita itu.
Linda tersenyum menggoda.Konon-kononnya dengan senyuman itu, lelaki kacak di hadapannya akan duduk melutut dan menurut segala kehendaknya.Bagaimanapun, angan-angan Linda hancur terkubur.Suara tengkingan Tengku Syahran kedengaran menampar-nampar telinganya.
“Apa you buat kat sini?” Tengku Syahran bertanya dengan lagaknya yang bersahaja.
Linda cuba mengawal kemarahannya.Sikap angkuh Tengku Syahran dipandang dengan sedikit cebikan yang sengaja diselitkan dari panahan matanya.Berlagaknya dia?
“Hai, Syah! Lama tak jumpa you? Sihat?” Linda menyoal sambil melangkah masuk ke Villa Sakura tanpa segan silu.
“You nak apa?” tanpa menjawab persoalan Linda, Tengku Syahran menghamburkan persoalan lain.
“Saja-saja datang nak tanya khabar pengantin baru.Takkan tak boleh?” Linda menjawab berani.
“Oh, ya ke? I tak perasan pun yang you mempunyai sikap prihatin yang tinggi untuk mengetahui khabar I dan Alia secara tiba-tiba?” Tengku Syahran sengaja mengundang rasa kebencian di hati Linda.
“Syah, you jangan ingat I datang ni sebab I nak terhegeh-hegeh kat you tau.Tolong sikit.Lelaki macam you tak pernah I impikan untuk hidup bersama.I ni kalau petik jari, tak payah tunggu lama.Bersusun-susun menunggu I di mana-mana.” Hati Tengku Syahran bagaikan digeletek mendengar pengakuan berani wanita itu.
Perasannya kau perempuan! Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.Cuba cermin diri dahulu sebelum membuat andaian sendiri.Aku yang lelaki ni pun tidak langsung menunjukkan minat terhadap wanita murah seperti kau.Kau manusia yang tidak layak memegang gelaran wanita.Gelaran yang diagung-agungkan oleh Rasulullah S.A.W. untuk seorang wanita yang suci menjaga maruah.Bukan wanita seperti kau.
“Kenapa you senyap? Kalah dengan kata-kata I?” sergahan itu mencetuskan sedikit ketawa yang menyakitkan hati Linda.
“Siapa datang Syah?” satu suara wanita yang tiba-tiba muncul di pintu dapur mencacatkan perbualan dingin itu.
Linda menapak ke arah Tengku Badariah yang menjadi punca mengapa dia berkunjung di Villa itu.Serta-merta dia merangkul tubuh itu.
“Assalamualaikum auntie.Apa khabar?” sapanya apabila pelukan dileraikan.
Tengku Badariah hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman kecil.Tidak semesra dulu.
“Waalaikumussalam.Linda dari mana ni? Tak kerja ke?” soal Tengku Badariah cuba mencari suasana untuk beramah.
“Dari pejabat auntie.Saja nak singgah jenguk auntie sekejap.” Kata-kata itu hanya dibalas dengan senyuman lagi.
“Mama sihat?” tanya Tengku Badariah pendek.
Modalnya untuk berbual dengan Linda bagaikan sudah habis.Tiba-tiba dia jadi kelu untuk beramah mesra dengan wanita itu.
“Sihat.Errmmm… Alia mana auntie?”
Suara yang sengaja diperlahankan menimbulkan curiga di hati kecil Tengku Badariah.Wajah Linda ditenung dalam-dalam.
Mungkin kedatangan Linda ini sengaja memancing minatnya untuk mendengar cerita yang tidak enak didengar seperti dulu.Tengku Badariah terbayang lagi ketika cerita tentang cek yang berjumlah puluhan ribu itu menjadi habuan telinganya.Adakah kali ini cerita dari pokok yang sama sengaja digoyangkan demi menggugurkan daun-daun kepercayaannya terhadap menantu yang kian disayanginya itu?
“Dia kerja.Kenapa?” jawapan dan soalan itu hambar terkeluar dari bibir Tengku Badariah.
“Linda nak beritahu auntie sesuatu.Tapi, auntie mesti janji jangan beritahu sesiapa tentang hal ni?”
Tengku Badariah sudah agak cerita buruk yang bakal digembar-gemburkan lagi.Moga-moga kali ni ceritanya tidaklah sehebat mana.Doanya di dalam hati.
“Apa halnya?” Tengku Badariah pura-pura tidak mengerti.
“Tadi, masa Linda keluar makan dengan kawan, Linda ternampak Alia dengan seorang lelaki.Berdua aje!” bermulalah satu pembohongan yang tercipta dari bibir Linda yang tidak takut bercerita.
“Kamu biar betul Linda.Salah orang agaknya!” Tengku Badariah membalas dingin.
“Tak auntie.Linda nampak dengan mata ni sendiri.Mereka tengah makan, bukan main mesra lagi!”
“Auntie bukannya apa Linda.Alia tu biasa keluar makan dengan kawan-kawan pejabatnya. Agaknya itu kawan dialah tu.” Tengku Badariah tetap berpihak kepada menantunya.Linda mengancing gigi.Tanda geram.
“Tapi, takkan sampai berpegang tangan auntie, bertepuk-tampar? Itu dah lebih dari kawan!” ungkapan fitnah mula bersinar.Memberi peluang kepada syaitan untuk berdansa gembira.Satu umat Adam telah terkena!
Tengku Badariah menghentikan kerja.Cerita seperti itulah yang tidak enak didengarnya.Dia sebenarnya masih tidak yakin dengan cerita yang dibawa itu.Namun, naluri jahatnya terkinja-kinja menari-nari mengikut rentak lagu yang dinyanyikan Linda.Sedikit sebanyak jiwanya terusik.
“Kau cakap betul-betul Linda.Auntie rasa Alia bukan perempuan yang macam tu!” Tengku Badariah masih mencari lubang kepastian.
“Itu perasaan auntie.Manusia ni tak boleh dijangka auntie! Kita tak boleh percaya seratus peratus.Entah-entah sebelum ni, lagi teruk perangai dia.Who knows?” Linda masih berlagak tenang.Setenang hati syaitan yang ketawa kerana berjaya memperdayakan seorang umat Adam.
Tengku Badariah terasa nafasnya sedikit sesak.Prasangka yang kian mendarat ke sanubari dibiarkan berjuntai-juntai di dahan hati.Nalurinya berbelah bahagi.Antara percaya atau tidak.Kata-kata Linda memang masuk akal.
“Auntie rasa macam tak percayalah.Dia nampak baik.”
“Itu satu lakonan untuk menutup kelakuan yang macam syaitan.Suka hati auntielah nak percaya ke tak.Linda cuma beritahu apa yang Linda nampak.At least dosa Linda dah lepas.Dan lebih tepat lagi Linda nak cakap yang Linda tak sampai hati tengok penderitaan Syah yang tak habis-habis.Dulu sebab Nazirah, sekarang kalau Alia buat hal pulak macam mana?”
Dumm!!! Bunyi hempasan pintu yang kuat memecah keheningan yang bertapa hari itu.Bagaikan nak tercabut jantung mereka dibuatnya.
Linda ketawa jahat di dalam hati.Dia tahu Tengku Syahran mendengar perbualan itu.Ketawa Linda terus bergema.Bergemersik suaranya menyanyikan lagu kejayaan di dalam hati.Mungkinkah kemenangan akan berpihak padanya akan datang?
“Bunyi apa tu Linda?” persoalan Tengku Badariah mematikan impian Linda.
“Entah.Tak apalah auntie, Linda nak balik dulu.Nanti mama risau pulak anak dia tak balik lagi!”
Linda mencapai beg tangannya dan tanpa disuruh, wanita itu melangkah keluar.Tengku Badariah terdiam.Alia ada pasang lelaki lain? Tak mungkin! Alia bukan perempuan seperti Raja Jasmin.Alia bukan begitu! Jerit Tengku Badariah di dalam hati.
Tak mungkin!
























Bab 29

Z
AHLIA berasa gelisah.Sekejap duduk sekejap berdiri.Kemudian dia melangkah ke tingkap.Melihat suasana suram.Tiada bintang-bintang yang berkelipan di langit.Jam dinding sudah berdetik sebanyak sebelas kali.Batang hidung suaminya masih belum kelihatan.Di manakah dia sekarang ni?
Sesekali Zahlia membetulkan rambut yang kusut ditiup angin malam.Udara sejuk mula terasa.Rasa mengantuknya tadi tiba-tiba sahaja hilang dan ianya diganti dengan perasaan yang tidak tenteram.Kini, tangannya mula memegang rantai leher pemberian Tengku Syahran.
Bibirnya mengukir senyuman manis.Tiba-tiba dia teringat peristiwa di mana dia dipaksa mengurut Tengku Syahran hingga dia terlena.Begitu selesa dia memeluk suaminya seolah-olah tubuh sasa itu adalah bantal peluknya.Nasib baik tidak berlaku apa-apa.Kalau tak...
Zahlia mengeluh.Dia masih belum dapat menerima perasaan yang wujud di dalam dirinya untuk Tengku Syahran.Entahlah Zahlia sendiri kurang pasti.Mengapa sukar untuknya membalas cinta dan kasih sayang yang tulus dari suaminya itu.
Tiba-tiba pintu terkuak luas.Muncul Tengku Syahran.Zahlia tersentak dari lamunan.
“Masuk bilik tu bagilah salam dulu.Buat orang terkejut aje!” marah Zahlia sambil mengurut dada.Terasa hendak gugur semangatnya tiba-tiba.
Tengku Syahran menutup daun pintu.Dia tidak berkata apa-apa.
“Awak ke mana Syah? Berjam-jam saya tunggu.Lain kali kalau nak balik lambat, telefonlah rumah dulu.Ni, ikut sedap dia aje.Tak tau orang dekat rumah ni risau ke tak,” sambung Zahlia dengan nada kemarahannya yang masih belum reda.
Tengku Syahran duduk di sisi isterinya.Bebelan yang terluah dari bibir halus isterinya itu tidak langsung mengusik hati kecilnya.Mindanya masih mengingati kata-kata Linda yang dianggap sebagai tuduhan petang tadi.
Tengku Syahran terlalu marah pada Linda yang seolah-olah sengaja mencari kesalahan isterinya.Tengku Syahran takut dengan dakwaan Linda.Dia tak sanggup kehilangan Zahlia sepertimana alongnya kecewa disebabkan sikap Raja Jasmin.
“Syah, awak dengar tak apa yang saya cakapkan ni?” Zahlia mengawang-awangkan tangannya di hadapan lelaki itu.
Tengku Syahran mengeluh.Berat mulutnya mahu bertanya bagaikan ada pohon emas yang bergayutan di situ.Tetapi, sampai bila hatinya boleh memendam perasaan?
“Alia, tengah hari tadi Alia makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran.
Zahlia menoktahkan bebelan.Berkerut dahinya.
“Kenapa?” Zahlia berasa hairan.
Tengku Syahran merenung Zahlia.Tiada kata-kata yang diucapkan dan hanya menanti jawapan dari Zahlia.

Zahlia berfikir sejenak.Baru dia teringat yang dia makan tengah hari bersama Razif dan Fatimah.
“Alia makan dengan siapa?” soal Tengku Syahran lagi.
“Macam biasalah saya makan dengan kawan-kawan saya.”
“Dengan Razif?” teka Tengku Syahran.
Zahlia hanya mengangguk.Tidak langsung ambil peduli perasaan suaminya yang makin diburu resah.
Tengku Syahran hanya mengetap bibir.Nafasnya berombak-ombak.Hatinya mula menunjukkan reaksi untuk memberontak.
“Kenapa Syah?”
“Alia makan dengan Razif, berdua aje ke?”
“Berdua?” Zahlia terdiam seketika.
Tengku Syahran terus menanti dengan penuh sabar.
“Tak adalah.Kami makan bertiga.Saya, Razif dan Fatimah.” Zahlia menyambung.
Tengku Syahran hampir tersedak.Biar betul? Harap-harap apa yang diluahkan oleh isterinya benar belaka!
“Betul ke?” Tengku Syahran masih meminta kepastian. Zahlia mengerutkan dahi.Anehnya lelaki ini! Seperti sedang mengesyaki sesuatu saja.Lambat-lambat Zahlia mengangguk.
Alhamdulillah! Kalimah itu berkali-kali keluar di bibir Tengku Syahran.Tanpa menunggu lama, Tengku Syahran meraih tubuh Zahlia ke dalam dakapan.Tergamam Zahlia dengan tindakan yang sepantas kejutan elektrik itu.
Bara cemburu Tengku Syahran semakin padam dari ingatan apabila panas tubuh isterinya terasa begitu menenteramkan jiwanya.
“Kenapa ni Syah?” Zahlia meleraikan rangkulan.Rimas dirinya dengan tingkah-laku suaminya yang tiba-tiba.
Tengku Syahran melepaskan keluhan kecil.Segala-galanya menjadi lega semula.
“Syah?” Zahlia bertanya lagi.
“Maafkan abang Alia! Abang dah tersalah sangka terhadap Alia.Abang terlalu melayani perasaan cemburu.Abang takut apa yang…”
“Syah, what’s going on? I don’t understand what are you talking!” Zahlia memintas percakapan Tengku Syahran.
“I’m sorry.” Ucapan pendek itu terkeluar dari mulut Tengku Syahran.
“For what?” Zahlia hairan.
“Everything.”
“Everything? I still don’t get it, Syah?” Zahlia semakin dipalu rasa tak mengerti.
“Sebenarnya fikiran abang tengah kacau sebab perempuan tu.”
“Perempuan? Siapa?”
“Linda.Dia ada datang rumah ni tadi.Dia beritahu mak cerita tentang Alia yang tak sedap didengar pada abang.Abang sungguh-sungguh berharap hati abang tak terusik dengan tuduhan itu.Tapi, abang rasa berdosa sebab naluri abang tetap ragu-ragu dengan kejujuran Alia.You’re right that my jealously is not on the point.I’m sorry.”
Zahlia menyandarkan badan ke belakang.Terdiam serta-merta.
“Apa yang Linda beritahu pada mak?” soal Zahlia dalam nada sayu.
“Just forget about it, honey! This is not important now.” Tengku Syahran tidak mahu memanjangkan cerita.Baginya biarlah perkara itu berakhir di situ.Muktamad.
“Tapi…”
“Alia, dengar sini! Alia tak perlu mengetahui semuanya.Abang percaya pada Alia.Abang yakin dengan tindak-tanduk Alia.Abang berjanji, abang takkan cemburu lagi.Maafkan abang, ya?” potong Tengku Syahran tangkas membantutkan mood Zahlia untuk bersuara.
Zahlia terkaku.Kelu lidah apabila anak mata Tengku Syahran memanah tepat ke dasar anak matanya.Bagaikan petir Zahlia melarikan pandangan dari terus ditenung.
“Abang penatlah.Sakit-sakit badan abang ni memandu kereta dari sini ke Perak lepas tu patah balik.” Tengku Syahran sengaja mengalih topik.Zahlia yang mendengar pengakuan Tengku Syahran terus membeliakkan mata.
“Awak pandu kereta ke Perak? Buat apa?”
“Cemburu punya pasal, apa-apa boleh jadi pada abang,” ujar Tengku Syahran sambil mengurut tengkuknya.
Mata lelaki itu sengaja dilirikkan ke arah isterinya.Zahlia faham maksud suaminya itu.Nak suruh aku urutlah tu! Perasan… jangan harap aku nak tunduk dekat kaki kau lagi! Getusnya di dalam hati.
“Saya nak tidur dululah,” ujar Zahlia sambil bangun dan melangkah pergi.Hanya beberapa langkah, dia berhenti dan berpusing menghadap suaminya.
“Haa… satu lagi, esok saya nak ke rumah mak saya.Ada hal sikit.” Zahlia memberitahu dan mula mengorak langkah.Tiba-tiba, tangannya ditarik.Zahlia hampir terpelanting.
“Syah, apa ni? Sakit tau!” tengking Zahlia sambil mengusap-usap pergelangan tangan.
“Sorrylah sayang.Abang tak sengajalah.Boleh tak sayang tolong picitkan belakang abang?”
“Tak boleh!” Laju Zahlia berkata membuatkan Tengku Syahran mengetap bibir.
“Tak apalah.Good night.”
Tengku Syahran bangun dan mengucup lembut dahi Zahlia.Tubuh sasanya direbahkan kembali di atas kerusi yang kini menjadi tilam untuknya berehat saban malam.Zahlia masih berdiri di hadapan Tengku Syahran.Tidak sampai pula hatinya melihat wajah suaminya itu.Eeee… lelaki ini sengaja nak buat hati aku terharu.Geramnya!
“Okeylah, saya urut tapi dengan satu syarat!”
Tengku Syahran membuka kelopak matanya semula.
“Awak tak boleh tidur atas katil.Saya akan picit awak dekat sini.”
Tengku Syahran tersenyum mendengarnya.
“Kenapa Alia tak kasi abang tidur atas katil? Alia takut peristiwa malam tu berlaku lagi ke?” sengaja Tengku Syahran berkata begitu dan membiarkan Zahlia tertunduk malu.
Zahlia menggeleng laju.
“Habis tu, kenapa?” usik suaminya lagi sambil tersengih.
Zahlia tidak menjawab.Hanya memeluk tubuhnya.Tak kuasa nak melayan!
“Awak nak ke tak nak? Kalau tak nak senang aje, saya boleh terus tidur.Tak payah susah-susah.” Zahlia bertanya sedikit angkuh.
Kali ini dia yakin, Tengku Syahran akan mengikut telunjuknya.Nak action sangat! Hari tu, bukan main kau kenakan aku.Sekarang, turn aku pulak! Hati Zahlia ketawa besar.
Tengku Syahran memandang lama wajah wanita yang tiba-tiba menjadi berani untuk mencabarnya.Ada senyuman kecil terukir di bibir lelaki itu.Penuh makna tersirat yang hanya diketahui oleh Tengku Syahran.Tetapi pantas Tengku Syahran menggeleng.
“Apa maksud awak dengan gelengan tu?” Zahlia cuba menenangkan rasa gementar yang kian merusuh.
Tengku Syahran bangkit dari duduk.Berdiri bertentangan dengan wanita yang terlalu disayangi.Kini, hanya jarak satu kaki yang memisahkan mereka.Zahlia diburu resah.Dapat dirasakan degupan jantungnya yang laju bergendang.Memainkan lagu yang tidak diketahui iramanya.Tapak kaki Zahlia seolah-olah tidak jejak ke bumi.Terasa di awang-awangan.
Anak mata Zahlia cuba melawan renungan mata lelaki itu.Batinnya bagaikan dipancing dengan satu perasaan aneh.Zahlia dengan pantas melarikan anak mata ke arah lain.Bimbang kalau-kalau batinnya tiba-tiba menjadi sukar untuk dikawal.
“Pandang mata abang ni, Alia! Kenapa bila abang bercakap, Alia tak pernah tenung mata abang lama-lama?”
Tengku Syahran menarik wanita itu hampir kepadanya.Zahlia hanya mengikut langkah kaki yang bergerak.Wajahnya tetap dibiarkan ke sudut lain.Kalau diturut kemahuan lelaki itu, pasti Zahlia merana akibat menanggung kasih sayang yang mula mengintai naluri wanitanya.
“Alia!” Tengku Syahran memanggil.
Zahlia menggeleng lagi.Dia tidak mahu memandang wajah itu.Dia gementar.
“Kenapa? Alia takut jatuh cinta, kan?” soal Tengku Syahran.
Zahlia tetap menggeleng.
“Jangan hipokrit Alia! Abang tahu Alia cuba sembunyikan perasaan tu.Kenapa mesti seksa perasaan sendiri?” kata-kata Tengku Syahran dibiarkan tergantung.
“Sampai bila kita nak hidup begini, Alia? Cuba fikirkan! Abang dah cukup menderita memikirkan penghujung perkahwinan kita.Abang tahu Alia pun mesti tak terlepas untuk memikirkannya.Paling tak pun mesti terlintas sikit, kan?”
Zahlia mengetap bibir.Seboleh mungkin dia ingin menyimpan jawapan kepada persoalan itu sebagai rahsia.Mata Zahlia masih di sudut lain.
“Alia!!!” bahu wanita itu digoncang kuat berserta sergahan yang mampu menggugurkan semangat.
Namun, Zahlia terus menggeleng.Nafas Zahlia terasa bagaikan gelombang yang kian mengganas.Jantung Zahlia berdenyut kencang.Segera matanya dipejam rapat.Kosong pemandangannya.Tiba-tiba…
Cupp!! Ada satu ciuman hinggap di pipi Zahlia.Sentuhan itu telah memaksa Zahlia untuk membuka kelopak mata.Kepalanya tegak ke hadapan semula.Tanpa disuruh, mata Zahlia dan Tengku Syahran bersabung pandang.
“Abang menang,” ujar lelaki itu dalam nada ceria.
Zahlia mendengus kecil.Berkerut-kerut dahinya menahan marah kerana dipermainkan.
“Abang nak beritahu jangan sesekali Alia cuba mencabar kelelakian abang.Kalau Alia tak mahu kena lebih teruk dari ciuman tadi, ikut kehendak abang.InsyaALLAH semuanya akan berjalan lancar! All right honey?” sambung Tengku Syahran dengan senyuman sakatnya.Zahlia menjeling.
“Janganlah macam tu sayang.Tak elok tau menjeling begitu depan suami.Berdosa! Alia kan nak jadi isteri yang solehah.Kalau Alia picit-picitkan kepala abang ni, kan dapat pahala.Boleh berdampingan dengan abang bila akhirat nanti.” Tengku Syahran berkata lagi.
Hati Zahlia kembali sejuk.Kembang pulak terasa apabila mendengar ucapan lelaki itu yang kedengaran ikhlas.
“Dahlah.Abang nak merasa urutan Alia lagi.Boleh mulakan sekarang?”
Tengku Syahran beredar ke katil.Langkahnya santai dan bersahaja tanpa mempedulikan riak Zahlia yang seperti terkejut melihat jasad Tengku Syahran jatuh ke atas katil yang diselaputi selimut tebal.Dia hendak tidur kat atas katil lagi ke?
“Sayanggggg, cepatlah!” suara Tengku Syahran kedengaran seperti merengek.
“Syah! Tadi, awak kata awak takkan tidur kat sini kalau saya picitkan awak.” Zahlia mula menengking.
Tengku Syahran pura-pura tidak mendengar tengkingan Zahlia.Tubuhnya manja dengan kedinginan tilam yang membelai badan.
“Syah!”
“Bila abang cakap? Abang tak ada buat apa-apa perjanjian pun dengan Alia!” mendatar bunyi perkataan itu diucap.Zahlia mengancingkan gigi.
“Awak jangan nak mengada-ngada Syah! Kalau awak tidur sini, saya tak nak urut awak.” Zahlia seperti mengugut.
“Tak nak urut dah.Abang tak payahlah izinkan Alia keluar pergi rumah mak esok.Padan muka Alia! Kalau Alia tak nak picitkan abang, abang tak paksa.Tapi, jangan lupa! Nabi Muhammad S.A.W. tak nak mengaku umat kalau seorang isteri tak nak ikut cakap suaminya.” Tengku Syahran sudah mengeluarkan hujah.Semata-mata hendak menakutkan Zahlia dengan ilmu Islam yang pernah dipelajari.
Zahlia semakin geram.Lelaki itu sengaja menggunakan modal yang sama untuk memaksanya membuat sesuatu yang tidak digemari.
Kebisuan yang melanda Zahlia, memberi peluang Tengku Syahran untuk turut diam.Kedinginan tilam yang mencucuk-cucuk tubuhnya mengundang ketenangan yang teramat.Dia cuba menutup mata.Berdoa ketenangan itu akan sudi bergayut selamanya di situ.
Tengku Syahran terasa ada belaian mesra di ubun-ubun kepalanya.Dia membuka mata.Terlihat wajah Nazirah yang tersenyum manis sedang memangku kepalanya.Sudah lama Tengku Syahran tidak berjumpa dengan wajah itu.Tengku Syahran membalas senyuman Nazirah.Mencapai jari-jemari halus di kepalanya lalu dikucup penuh kasih.Rindunya pada Nazirah hanya ALLAH yang tahu.
Keindahan yang dirasakan sesungguhnya bukan milik Tengku Syahran yang akan kekal selamanya.Bayang-bayang wajah Nazirah semakin kabur dan berbalam-balam.Senyuman manis gadis itu semakin kelam melayang dari sangkar ingatan.Sentuhan mesra seorang kekasih yang erat bertaut di tapak tangan juga kian longgar.
Tengku Syahran tidak mahu bayang itu pergi.Dia mahu gadis ayu bertudung itu mengusap rambutnya seperti selalu.Dia rindukan saat itu.Terlalu rindu.
“Nazirah!” dia menyebut sepotong nama itu.
Wajah yang kelihatan nyata tadi sudah pun pergi dibawa angin lamunan.Meninggalkan Tengku Syahran ruang kesepian yang disapa rasa sebak yang menikam.Kolam matanya berair.Perlahan-lahan kolam yang ditakungi air jernih itu akhirnya mengalir ke wajah.Air itu bagaikan faham dengan kepiluan yang merayap ke segenap naluri Tengku Syahran.
“Syah!” lembut suara yang memanggil Tengku Syahran berjaya meruntuhkan tiang-tiang lamunan yang kian menjauh.
Tengku Syahran pantas mengelap air matanya.Menyedari Zahlia berada bersama-sama di ruang kamar yang sunyi.Lenyap terus bayangan Nazirah bertukar dengan jasad realistik Zahlia yang sedang berdiri di hadapan.Zahlia tidak bercekak pinggang.Wanita itu nampak terkejut memandangnya.
Tengku Syahran menarik nafas dalam-dalam.Memaksa diri mengumpul kekuatan untuk merelakan bayangan Nazirah pergi bertukar ganti dengan rasa cintanya pada si isteri yang kian mencurah-curah.Biarlah bayangan wajah itu tersimpan rapi dalam halaman kamus hidupnya yang telah menjadi sejarah.Itu sudah suratan.Tengku Syahran hanya menyerah.
“Syah!” panggilan itu bergema lagi.Sayup-sayup menusuk jiwa yang ketandusan.
Buat kesekian kalinya Tengku Syahran tersedar dari menungan yang seolah-olah mahu mengkhayalkan diri.Tengku Syahran bangkit.Matanya terus dipancing untuk merenung wajah lembut yang bersudut tegak di hadapan.
“Abang nak tidur dululah.Abang dah letih.” Suara Tengku Syahran seakan bergayut rahsia tersembunyi pada pendengaran Zahlia.Apakah dia?
Tengku Syahran beredar dari katil untuk menuju ke tempat peraduannya.Longlai langkah itu seolah-olah meninggalkan tanda tanya pada benak Zahlia.Terbit rasa bersalah dalam diri Zahlia.Barangkali Tengku Syahran berkecil hati dengan tengkingannya tadi! Mungkin juga lelaki itu sedang dibebani masalah pejabat!
Tapi, air mata itu? Mungkinkah ada sesuatu yang disorokkan? Nazirah… siapa Nazirah? Berbagai-bagai soalan yang bermukim di kotak fikiran Zahlia tetapi tidak berupaya merembeskan jawapan yang memuaskan hati.
Entah apalah kuasa yang tiba-tiba mempengaruhi kepala Zahlia untuk bertindak.Improvisasi yang spontan! Pantas jari-jemari runcing Zahlia menyabit pergelangan tangan Tengku Syahran.Kukuh terikat tanpa tali yang tersimpul.Serta-merta membuatkan langkah yang dihayun oleh Tengku Syahran terhenti.Kaku tanpa tindakan refleks untuk membantah.
“Syah, kenapa ni? Awak marahkan saya ke?” pertanyaan Zahlia menyentuh jiwa Tengku Syahran.
Tengku Syahran memalingkan tubuh.Serentak itu, dia mengelus pipi Zahlia dengan sebelah tangan.Kali ini, Zahlia berani menentang pandangan lelaki itu.Zahlia dengan rela hati sudi memecah tradisi hidupnya untuk menyelam ke dasar anak mata lelaki yang redup menyembunyikan sesuatu di situ.
“Saya minta maaf sebab menengking awak tadi kalau itu yang membuatkan awak….” ayat Zahlia mati di situ.
Jari telunjuk Tengku Syahran melekat di bibirnya.Lelaki itu menggeleng.Memberi isyarat agar jangan menyambung percakapan.
“Abang tak marah.Cuma ada sesuatu yang mengganggu fikiran abang sekejap.Tapi, Alia jangan risau.Bukan Alia puncanya.Sekarang, abang dah letih.Abang nak berehat.” Tengku Syahran menarik tangannya.
“Syah… janganlah begini.Saya rasa bersalah.”
“Abang betul-betul penat Alia.Abang nak berehat.”
“Ermm… saya urutkan awak?” laju kata-kata itu menapak gegendang telinga Tengku Syahran.Lelaki itu menggeleng.
“Tak payahlah.Alia pergilah tidur.Abang izinkan Alia pergi ke rumah mak esok.Kirimkan salam abang pada mak,” ujar Tengku Syahran dan melangkah setapak lagi.
“Abangg… er… Syah.” Zahlia terkedu.Tidak menyedari perkataan keramat yang cuba dikawal dari bibirnya boleh terkeluar akhirnya.
Tengku Syahran memusingkan badan kembali.Sedikit berbunga mendengar lajakan kata dari mulut Zahlia.
“Abang selalu mengharapkan panggilan itu dari Alia.Terima kasih kerana menyebutnya hari ini.Sekurang-kurangnya abang tak kempunan.” Tengku Syahran berkata.
Zahlia menunduk.
“Esok, temankan saya ke pasar?” tanya Zahlia lembut.
Tengku Syahran sempat mengangguk dan berlalu.
Zahlia terkedu lagi.Dia rasa bersalah.Gerak geri Tengku Syahran cukup memelikkan.Sekejap ceria, sekejap muram.Mengapa? Apa dah berlaku? Bukankah dia sedang mengusikku tadi? Tapi, air mata itu! Nazirah! Siapa? Arrghh… hati Zahlia bagaikan ingin menjerit.Dia cemburu tiba-tiba.



Bab 30

P
ETANG Sabtu itu, Tengku Syahran pulang lewat dari pejabat.Sebaik sahaja sampai di pekarangan Villa Sakura, kedengaran suara riuh rendah di ruang tamu.Dengan pantas dia melangkah masuk.Kelihatan Tengku Hakimi dan Sofea sedang bergurau senda bersama Tengku Murni.
“Bila sampai along, Kak Sofea?” tanya Tengku Syahran sambil duduk di kerusi.
“Baru sekejap,” jawab Tengku Hakimi.Sofea hanya tersenyum.
“Angah, kenapa balik lambat? Kan pagi tadi angah dah janji nak bawa Kak Alia ke pasar?” celah Tengku Hafizah tiba-tiba.
Tengku Syahran lantas teringatkan wajah lembut si isteri yang belum ditatapnya sejak pagi tadi.Rasa berdosa bersimpul kerana membiarkan fikirannya melupakan kewujudan Zahlia di rumah itu.
“Sampai hati angah buat Kak Alia macam tu! Nasib baik Fiza tak ada kelas hari ni.Boleh jugak Fiza temankan Kak Alia ke pasar tadi.Kalau tak, bagaimana Kak Alia nak menjijit semua barang? Eee… angah ni, buat Fiza geram aje!” marah Tengku Hafizah lagi.
Tengku Syahran mencari-cari wajah Zahlia.Tidak kelihatan di situ.Rindunya kini membuak-buak.Di manakah dia? Hati Tengku Syahran berteka-teki.
“Mana Kak Alia?” terpancut soalan itu dari bibir Tengku Syahran yang sejak tadi tidak banyak bersuara.Tengku Hafizah menghentikan bebelan.
“Ada kat dapur.Pergilah pujuk, takut dia merajuk,” jawab Tengku Hafizah sambil memuncungkan mulut.
Bagaikan disengat tebuan, Tengku Syahran bingkas bangun dan beredar dari ruang makan menuju ke dapur.Ketika kakinya melangkah ke dapur, dia ternampak belakang Zahlia yang leka membuat kerja.Tengku Syahran memberi isyarat kepada Salmah dan Siti supaya meninggalkan mereka.Kedua-duanya tersenyum bagaikan mengerti.
Tengku Syahran melangkah mendekati Zahlia.Berharap agar wanita itu belum menyedari kewujudannya.Apabila mendapati tiada tindak balas, laju tangan Tengku Syahran memeluk tubuh Zahlia.
“Aaaaa!” Zahlia hampir menjerit kuat.
“Hei, abanglah!” ujar Tengku Syahran separuh berbisik.
Zahlia mengeluh kecil.Pecah berderai segala lamunan yang entah apa-apa.Terasa tubuh sasa Tengku Syahran merangkul pinggang Zahlia kemas.Timbul rasa berang di dalam hati dengan kesempatan yang diambil.Tengku Syahran selalu begitu.Bila berada di hadapan keluarga sungguh berani merangkul tubuhnya.Kalau diikutkan perasaan Zahlia, mahu sahaja ditolak tubuh gagah itu dari melekat rapat di belakang badannya.
Namun, apa dayanya.Zahlia takut Salmah dan Siti mengesyaki sesuatu.Lalu, dibiarkan pelukan mesra itu menyulam ke segenap pinggang.Sehingga merimaskan diri Zahlia yang sedang kepanasan.Zahlia sengaja menyibukkan diri dengan mengacau bubur keledek yang masih belum masak sepenuhnya.
“Bila abang sampai? Alia tak perasan pun?” Zahlia memaksa untuk berbicara.
“Baru aje.Abang penatlah.”
“Banyak sangat kerja ke?” Zahlia sekadar berbasa-basi.
“Hmm… penat sangat.Malam nanti boleh picitkan abang tak?”
Permintaan Tengku Syahran menyakitkan hati Zahlia.Sempat Zahlia menjeling.Mengada-ngada betullah dia ni! Rungut Zahlia di dalam hati.Tetapi lain pula jawapan yang terluah.Zahlia setuju bagaikan lembu dicucuk hidung.Tengku Syahran tersenyum gelihati.Rancangannya menjadi.
“Maafkan abang sebab tak dapat temankan Alia ke pasar tadi.Abang baru perasan tentang tarikh due tender yang perlu abang siapkan tu tinggal dua minggu aje lagi.”
Penerangan Tengku Syahran menyejukkan hati Zahlia.Tadi hatinya benar-benar sakit menanti kepulangan Tengku Syahran.Mujurlah Tengku Hafizah sudi menemaninya ke pasar membeli barang-barang untuk majlis keluarga itu.
“Alia merajukkah?”
“Tak adalah.Nasib baik Fiza ada temankan Alia.Kalau tak… jaga abang!”
Kata-kata Zahlia yang berbau ugutan itu hanya melahirkan kuntuman bahagia dalam diri Tengku Syahran.Hai, manisnya bibir itu mengungkapkan perkataan yang aku tunggu-tunggu ketika duduk berdua!
Ah, Zahlia masih belum sedar yang ketika itu mereka sedang berdua di dapur.Kalau tidak, jangan harap Zahlia mahu menuturkan perkataan selembut itu.Semalam… aku baru terdengar dia memanggil aku dengan panggilan ‘abang’.Hari ini… pasti susah mahu mendengar lagi.Keras kepala!
“Alia masak semua lauk tu?” pertanyaan Tengku Syahran dibalas dengan anggukan kecil.
“Pandai isteri abang.” Pujian itu mengembangkan hati wanita yang mula ditambat angin sepi.Zahlia tersenyum kecil.
“Kenapa? Selama ni abang ingat Alia tak tahu memasak ke?” soal Zahlia meminta kepastian.
Tengku Syahran ketawa di mana bunyinya kedengaran dekat dengan telinga Zahlia.Rangkulan yang masih melekat diperkemaskan lagi.Zahlia semakin berdebar.Pergilah! Cepatlah pergi dari sini! Ungkapan rayuan itu merayap-rayap di lubuk jiwa Zahlia.
“Abang lupa nak tanya, apa tujuan Alia ke rumah mak semalam?”
“Alia belajar buat kuih.” Jawab Zahlia acuh tak acuh.
“Kuih? Kuih apa?”
“Kuih pelita.Kan abang suka kuih pelita!”
Tengku Syahran menoleh sekejap ke arah kuih yang bersusun di atas kabinet.Makin mekar terasa kasih sayangnya terhadap Zahlia.Terlekat satu ciuman kudus di bahu Zahlia.
“Baguslah Alia cuba belajar sesuatu tentang diri abang.Abang pun dah banyak belajar tentang diri Alia.” Ayat itu semakin dekat di telinga.
“Apa yang abang tau?” suara Zahlia mulai mesra.
Zahlia mula merasakan kehadiran Tengku Syahran seolah-olah mempelawa sedikit kebahagiaan di sudut hati.Tadi, sebelum Tengku Syahran pulang, Zahlia tidak banyak berbual dengan Salmah dan Siti.Zahlia sibuk dengan kerjanya.
“Macam-macam.Abang tahu Alia peminat setia penulis novel Norhayati Berahim dengan Fauziah Ashari, kan?” Zahlia tersenyum dan mengangguk.
“Lagi?”
“Emm… suka menengking.” Sayup-sayup terdengar bisikan itu di cuping Zahlia.
Zahlia ketawa kecil.
“Lagi?”
“Emm… Alia suka tidur atas katil seorang diri dan biarkan abang tidur kesejukan di atas kerusi.” Bunyi sebaris ayat itu sedikit kuat.
Zahlia tersedar.Segera dia memusing dan mendapati dirinya hanya berdua dengan Tengku Syahran.Tiada Salmah dan Siti di ruang dapur itu.Cisss… dia gunakan taktik kotor! Sepantas kilat, tubuh Tengku Syahran ditolak jauh.Zahlia terpedaya dengan segala tindakan Tengku Syahran tadi.
“Apa awak buat ni? Tak sedar diri ke?” deras perkataan itu diucapkan dalam suhu kepanasan yang meledak-ledak.
Zahlia sakit hati apabila peluang yang diberi telah diambil kesempatan oleh Tengku Syahran.Panas terasa wajahnya kerana merelakan tubuhnya sesuka hati dipeluk dan dicium Tengku Syahran.Seorang lelaki yang sentiasa ligat dengan tindakan yang tersendiri.
“Abang tengah sedarlah ni, sebab tu abang nak suruh Alia tolong sedarkan.”
“Tengku Syahran memeluk Zahlia ke dalam dakapannya semula.Lebih kuat dari tadi.Betul-betul menyelitkan perasaan benci dalam sanubari Zahlia yang bersungguh-sungguh menepis dada bidang yang kian mendekati itu.
“Syah, jangan macam nilah! Cuba senonoh sikit boleh tak?”
Zahlia masih cuba mengelak wajahnya dari menjadi ciuman Tengku Syahran yang kian menggila hinggap di pipi.Pantang ada ruang yang terbuka.
“Tak… abang dah tak boleh nak senonoh! Abang tengah geram ni!”
“Hisy… janganlah.Saya tak suka.Lepaskan saya Syah.Ingat syarat perjanjian!”
Tengku Syahran menghentikan perbuatannya.Dia membiarkan tangannya memeluk Zahlia tetapi wajahnya tidak lagi menggila seperti tadi.
“Abang nak tanya Alia.Alia ada ikut syarat yang abang kemukakan tu?” soal Tengku Syahran.
“Ada! Saya panggil awak panggilan yang awak nak, kan? Saya sebut perkataan tu depan famili awak.”
“Tunggu dulu! Abang ada cakap tak yang Alia perlu guna panggilan di hadapan keluarga abang aje? Hmm?”
Lidah Zahlia kelu.Terdiam seketika.Zahlia sudah terlupa tentang syarat tersebut.Benarkah begitu? Zahlia tidak ingat!
“Abang mahu Alia panggil abang dengan panggilan yang abang kemukakan tu, tak kira di mana mulai sekarang.”
“Tak nak!”
“Betul?”
Zahlia mengangguk.
“Baik.Abang akan batalkan perjanjian kita.Jaga-jagalah dengan syarat Alia yang ketiga tu.Abang tak benarkan menyentuh Alia, ya? Emm… tengoklah nanti! Bukan sentuhan biasa tapi yang lebih dari biasa pun abang boleh buat.”
Zahlia mengerutkan dahi.Air liurnya terasa kelat dan kesat.Beranikah lelaki ini? Oh, tidak!
“Jangan nak mengada-ngada Syah! Kalau awak lakukan macam tu, saya menjerit.Tak kisah orang nak tau atau apa.” Zahlia cuba memberanikan diri untuk membalas.
Tengku Syahran tersenyum.
“Berani ke?”
Tengku Syahran mula mendekatkan wajah.Zahlia berusaha menepis.Dia meronta-ronta dalam diam.Sebenarnya dia memang takut untuk menjerit.Nanti apa kata ahli keluarga yang lain?
“Lailahaillallah… dia mengacau kat sini.Bertuah punya budak! Badan berpeluh-peluh, terus memeluk isteri. Pergi mandi dulu.Kamu dah sembahyang ke belum?” suara yang kedengaran nyaring di muka pintu pantas menghangatkan kembali suasana suami isteri yang tadinya dingin.
“Alah mak, hari-hari menantu mak ni mencium bau badan suami dia.Takkan sebab peluh sikit ni, dia nak mengamuk pulak.Kalau nak mengamuk, awal-awal lagi dia dah halau Syah keluar! Kan Alia?” Tengku Syahran membalas kata-kata emaknya sambil tangannya erat merangkul tubuh Zahlia yang semakin lemas.
Zahlia sesak.Semakin dilayan, semakin gila jadinya!
“Yalah tu! Tadi mak nampak tangan Alia yang dok menepis-nepis muka kamu tu apa? Syah, mak ni seorang isteri jugak.Bukannya mak tak tau perangai orang perempuan ni.Takut nak tolak kemahuan suami.Nanti dikata berdosa,” ucap Tengku Badariah selamba.
Zahlia menahan ketawa melihat wajah kelat Tengku Syahran yang tersenyum kambing.Tengku Syahran mengetap bibir.Mencari jalan lain untuk mengusik Zahlia lagi.
“Tapi, mak tengoklah sekarang ni.Siapa yang peluk siapa? Menantu mak atau anak mak?”
Tengku Syahran meleraikan rangkulannya di tubuh Zahlia.Gerakan pantas itu membuatkan Zahlia hampir terjatuh.Segera tapak tangan Zahlia memaut lengan Tengku Syahran.Erat dari tersungkur.Di waktu yang sama, Tengku Badariah menoleh ke arah pasangan itu.Zahlia terperangkap.
Tengku Badariah tersenyum melihat gelagat pasangan anak-menantunya yang tidak jemu-jemu menyemai kasih.Teringat zaman mudanya yang indah sewaktu memadu kasih bersama Tengku Ismail.Lelaki yang dikenali atas pilihan keluarga.Ah, begitu cepat masa berjalan.Kenangan itu telah terlipat dan tersimpan rapi dalam kabinet hidupnya.
“Dahlah tu Syah! Pergi naik, mandi.Hisy… mak yang tengok ni pun rasa lemas.Kalau mak jadi Alia, dah lama mak tolak badan kamu tu jauh-jauh.Belengas,” ujar Tengku Badariah meleraikan perasaan malu di benak Zahlia.
“Itu kalau mak yang jadi Alia.Masalahnya, sekarang Alia tak jadi mak.Sebab tu, dia tak mahu berpisah dengan Syah.Nanti merajuk.Konon-kononnya kita tinggalkan dia, padahal rindu.Tapi, malu nak cakap.”
Zahlia terasa wajahnya kebas.Ucapan Tengku Syahran telah mencabar naluri kewanitaannya.Nak kenakan akulah tu! Kurang ajar! Jaga kau!
“Dengarlah cakap abang tu mak.Dia tu yang sebenarnya tak sedar diri.Mengada-ngadanya tak kena tempat.Manjanya berlebih-lebih.Kadang-kadang sampai tak tau macam mana Alia nak layan karenahnya lagi.Ini baru seorang, kalau dah ada anak nanti, lagi teruk agaknya!” Zahlia berkata berani.
Tengku Syahran ternganga mendengar pengakuan berani dari mulut Zahlia tadi.Wah, sudah pandai bermain tarik tali nampaknya!
Tengku Badariah menggeleng dan perlahan-lahan menyusup keluar dari pintu dapur.Biarlah mereka di situ!
Zahlia segera menepis cengkaman tangan Tengku Syahran.
“Tak malu ke biar mak tengok? Jangan nak ambil kesempatan! Kawal sifat gatal tu sikit boleh tak?”
Zahlia melepaskan rasa rimas yang berselirat dalam benteng hati.Jika diturutkan rasa benci, ingin dicekik batang leher Tengku Syahran sekuat yang boleh.Bengkak terasa hatinya melihat senyuman nakal yang terbentuk di wajah lelaki itu.Sabar… sabarlah wahai hati.
“Abang bukan malaikat yang dicipta tanpa hawa nafsu.Abang manusia biasa yang ada sembilan akal dan satu nafsu.Kalau ikutkan hati abang yang tak tahan ni, sekarang jugak abang nak terkam lepas tu dukung Alia bawa masuk bilik.Tapi, sebab abang cuba kawal sifat abang nilah, abang berjaya menenangkan nafsu abang yang bergelora ni tau!” sayup-sayup suara itu bergemaung di telinga.
Zahlia terdiam.Ombak yang kian mengganas di dalam dada mematikan hasrat untuknya menjawab setiap tutur kata Tengku Syahran.Zahlia gugup dengan bisikan romantis di telinganya tadi.
“Fikirkanlah apa yang abang cakapkan tadi.Abang nak tengok sejauh mana Alia mampu kawal sembilan nafsu Alia tu.Jangan sampai suatu waktu, Alia yang menyerah kalah! Time tu Alia hanya mahu melihat wajah abang sahaja bila Alia membuka mata.”


SETELAH menunaikan solat Maghrib berjemaah, ahli keluarga Tengku Ismail mula menjamu selera.Sambil menikmati masakan kampung yang terhidang, Tengku Ismail banyak berbicara tentang tujuan mesyuarat tersebut diadakan.Terselit juga pujiannya pada menantu kerana masakan yang memuaskan hati.Kembang hati Zahlia mendengarnya.
Kini, Zahlia membeku di sisi Tengku Syahran.Rupa-rupanya begini acara makan besar dalam keluarga ini.Ingatkan acaranya formal.Nasib baik tak pakai lawa-lawa.Berdetik hati Zahlia.
“Bila ayah dan mak nak pergi?” suara garau Tengku Hakimi memecahkan segala angan-angan yang beraja di hati Zahlia sekejap tadi.
“Lambat lagi.Mungkin lima atau enam bulan lagi.Tengoklah kalau tak ada aral melintang.Ayah sengaja beritahu awal sebab nak bersedia awal sikit,” ujar Tengku Ismail.
“Ayah pergi lama ke? Berapa hari?” sampuk Tengku Farhana.
“Mungkin sebulan setengah.”
“Sebulan setengah? Lamanya?”
“Ayah nak melancong.Sambil-sambil tu nak berbulan madu sekali lagi dengan mak kamu.Untung-untung boleh menambah ahli keluarga baru.” Gurauan itu membeliakkan mata Tengku Badariah.
“Dah tua-tua pun gatal lagi?” marah Tengku Badariah.
Anak-anak yang mendengar ketawa gelihati.Termasuk Zahlia yang tercuit hatinya melihat kemesraan itu.
“Mak, ayah! Kimi pun ingat nak ajak Sofea dengan Murni berjalan.Dah lama benar tak bercuti.Kimi ingat nak ke Cherating,” celah Tengku Hakimi di tengah-tengah suasana yang rancak dengan gelak ketawa.
“Habis tu, Seri Nilam bagaimana?”
“Kimi pergi dalam dua minggu aje.Nak jumpa kawan.Sementara tu, suruhlah Taib tolong uruskan.Tak pun Syah kan ada.Neraca Holdings biarlah Adli tengok-tengokkan sekejap,” jawab Tengku Hakimi beria-ia.
“Suka hati kaulah.” Akhirnya Tengku Ismail bersuara.
“Alaa… kalau semua bercuti, takkan kami nak tinggal berdua aje dalam rumah ni.Tak bestlah!” suara manja Tengku Hafizah kedengaran bersama-sama anggukan Tengku Farhana.
“Eh, kan Kak Alia dengan angah kamu ada.Apa yang tak bestnya?” soal Tengku Badariah pelik.
“Tak bestlah nak kacau daun.Mak ni macam tak faham-faham pulak dengan privacy orang yang baru kahwin ni! Kan angah?”
Tengku Syahran ketawa besar.Namun, disatu sudut batin Zahlia terjentik perasaan tergamam dengan aksi spontan kedua-dua adik ipar dan Tengku Syahran.Semuanya bagaikan dirancang.Di mana harus Zahlia mencari kekuatan untuk menolak dakwaan itu.Zahlia terasa bagaikan digam.
“Tapi ayah…” belum sempat Zahlia berbicara, pinggangnya telahpun dirangkul oleh Tengku Syahran.
“Apa Alia?” wajah hairan Tengku Ismail singgah di dinding wajah Zahlia.
Tengku Syahran semakin kuat merangkul pinggang Zahlia.Memberi isyarat kepada isterinya supaya jangan bersuara.Zahlia terkedu.
“Macam ni ayah, sebenarnya Ana dengan Fiza ada berjanji nak ajak Alia berjalan ke kampung kita.Syah rasa biar Syah ajelah yang temankan Alia nanti.So, kalau Ana dengan Fiza nak pergi berjalan masa semua tak ada nanti, pergilah! Lagipun, mereka sedang bercuti waktu tu.”
Demi mendengarkan ucapan itu, Zahlia mengerutkan dahi.Dia ingin membuka mulut untuk memprotes.Tetapi, sekali lagi dia tewas.
“Lagipun, betul jugak kata Fiza tu.Syah pun nak ambil peluang duduk berdua-duaan dengan isteri sendiri bila Villa ni kosong! Terasa alam rumah tangga sikit.Betul tak Alia?”
Ayat itu bagaikan mencarik-carik tulang belulang Zahlia.Lemah segala sendi yang selama ini ketat diskru.Tetapi, entah apa yang menyantau akalnya untuk bersetuju dengan pernyataan itu, dia sendiri tidak tahu.Yang pasti lidahnya bagaikan dikekang untuk membalas rasa tidak puas hatinya yang mula bersarang di dalam jiwa tatkala itu.
Tengku Ismail dan Tengku Badariah tersenyum.Setuju dengan setiap rancangan anak-anaknya.
“Pak Ngah, nanti masa Pak Ngah pergi jalan-jalan dengan Mak Ngah, belikan Kak Long buku colour-colour tau!” ayat yang keluar dari mulut Tengku Murni menyentakkan ke semua mulut yang rancak bersembang.
Tengku Syahran berpaling ke arah anak buah tunggalnya sambil tersenyum.Tengku Hakimi memandang Sofea pelik.
“Aikk, sejak bila Uni pandai bahasakan diri dengan Kak Long ni?” tegur Tengku Syahran sambil meriba Tengku Murni ke pangkuannya.
“Kat sekolah Uni ada budak lelaki tu panggil kawan Uni, Kak Long.Bila Uni tanya, dia kata budak lelaki itu adik dia.Uni pun nak adik lelaki jugak.Boleh buat kawan.” Kata-kata itu mencetuskan ketawa yang panjang dalam villa itu.
Kecerdikan bicara si anak kecil kian terpampang jelas di penglihatan penghuni Villa Sakura.Zahlia tersenyum.Rasa marah pada Tengku Syahran cuba diletak ke tepi.Dia tidak mahu merosakkan moodnya yang kian pulih.
“Kalau Uni nak adik lelaki, suruhlah mama Uni lahirkan adik.Lepas tu, mintalah berapa banyak adik lelaki pun, mesti Uni dapat,” usikan Tengku Syahran itu sengaja ditujukan kepada Sofea yang sedang ketawa dengan keletah Tengku Murni.Tengku Hakimi turut ketawa.
“Alaa… mama Uni lahirkan adik lambat lagi.Uni nak adik lelaki yang ada dalam perut Mak Ngah!”
Gulp! Rasa kelat air liur yang ditelan.Buat beberapa saat, Zahlia terasa dunianya sunyi.Jarum jam juga bagaikan terhenti berdetik.Suara di sekeliling senyap dan bisu serta-merta.Zahlia tergemap di tempat duduknya.Dia tersedar apabila jari-jemari Tengku Syahran menjalar-jalar di pahanya.
“Em, tengok tu Alia.Budak sekecil tu pun mahu perubahan.Inikan pulak kami yang memang dah lama mengidam nak menimang cucu lelaki.Kamu dah berkahwin lebih dua bulan, takkan tak ada tanda-tanda lagi?” Tengku Badariah bersuara.
Air liur yang perit tersalur ke anak tekak Zahlia ditelan sedaya mungkin.Dia kehilangan punca bicara.Sempat melirik ke arah Tengku Syahran di sisi meminta bantuan.Tengku Syahran mengukir senyuman nakal.Mengerti dengan pandangan Zahlia yang sedang menggelabah mencari alasan.
Itulah, dulu lagi aku dah cakap jangan bagi harapan.Sekarang, apa nak jawab? Sentuhnya pun tak, nak ada tanda-tanda konon!
“Belum ada lagi mak.Tapi, semenjak dua menjak ni Alia ada mengadu yang tekaknya rasa tak sedap.Loya katanya.” Tengku Syahran membuka mulut.Sengaja dipukul hati Zahlia dengan usikan itu.
Zahlia mengerutkan dahi.Geram juga dengan Tengku Syahran yang tidak habis-habis mahu menipu.Wajah Zahlia asyik menahan malu kalau terus-terusan begitu.Tetapi, apa alasan yang harus diberikan kalau Tengku Syahran tidak terlebih dahulu menuturkan kata? Ah, terlalu banyak pembohongan yang telah berlaku!
“Betulkah Alia? Alhamdulillah kalau macam tu!”
“Mak jangan berharap sangat.Itu cuma tekaan aje.Abang belum bawa Alia ke klinik lagi untuk check.Kalau ada rezeki, adalah mak!” tiba-tiba Zahlia terpanggil untuk bercakap.Tengku Syahran menoleh sekilas ke arah Zahlia.
Tiba-tiba pipi Zahlia terasa hangat dikucup oleh emak mentuanya.Zahlia tersipu.Tersentuh jiwanya.Rasa bersalah menguasai dirinya.Namun, adegan pendek itu diganggu dengan bunyi loceng yang berdering di muka pintu.Tengku Farhana bangun dan melangkah ke muka pintu.
Tidak lama kemudian, Tengku Farhana melangkah di ruang makan bersama seorang tetamu wanita.Wajah yang tidak pernah diundang oleh kamar hati Zahlia untuk ditatap.Kenapa wanita ini hadir di saat-saat aku sedang terawang-awang dengan duniaku sendiri?
Kacau! Hilang segala impian yang melambung tinggi.Luruh segala perasaan bahagia yang baru ingin menyapa.
“Kau anak haram! Kau anak luar nikah! Perempuan jalang.” Hati Zahlia pedih kembali.Kata-kata yang cuba dilupakan itu, mengejar-ngejar mengisi ruang mindanya.Zahlia tertekan.Bibirnya terkunci rapat.
“Maafkan Ida sebab mengganggu akak.Ida ada kecemasan sekarang ni.Nak balik kampung.” Suara lunak si wanita itu mengganggu fikiran Zahlia.Melayang pergi kata-kata perih itu dari ingatan.Yang tinggal hanya bekas-bekas luka yang masih berparut.
“Kenapa Ida?” soal Tengku Badariah cemas.
“Mak Ida sakit kat kampung.Jadi, Ida nak minta tolong akak uruskan mesyuarat persatuan hari esok.Kalau Ida sempat, dua tiga hari lagi Ida balik.Tapi, kalau penyakit mak Ida tak sembuh, mungkin minggu depan Ida balik.Akak tolong uruskan ya?” ramah kedengaran namun perit menerajang Zahlia.
“Yalah! Tapi, terlanjur Ida datang ni, jamahlah dulu,” pelawa Tengku Badariah.
Raja Khalida menggeleng.
“Tak apalah kak.Ida takut lambat sampai.” Bantah Raja Khalida.
“Tak baik begitu Ida.Bak kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.Makanlah dulu.Ni, semua Alia yang masak!”
Bagaikan magnet, gerak kaki Raja Khalida laju berjalan ke meja.Seraut wajah lembut yang dirindui bagaikan memberi semangat untuk Raja Khalida melangkah.Terpancar sedikit cahaya iras wajah suaminya di dalam anak mata milik Zahlia.Anak mata yang bundar dan berwarna hazel itu menggamit-gamit naluri keibuan Raja Khalida untuk merenung Zahlia tanpa jemu.
“Angah, Abang Adli telefon!” sayup-sayup terdengar suara Tengku Hafizah memanggil Tengku Syahran.Zahlia tidak sedar bila telefon berdering.
Tengku Syahran berlalu pergi.Tidak lama kemudian, Tengku Syahran kembali semula.
“Mak, ayah! Syah nak ke hospital.Anis dah bersalin!”
Zahlia mengalihkan pandangan ke arah Tengku Syahran yang kalut mencapai kunci kereta.Lama dia memandang sambil berfikir sesuatu.
“Abang, Alia nak ikut.” Tanpa diduga, ayat itu lahir dari bibir Zahlia.Tengku Syahran menggantungkan langkah sambil mengangguk gembira dengan permintaan Zahlia.
“Baguslah Alia kalau kau nak pergi.Manalah tau terkena badi si Anis tu, cepatlah mak dengan ayah menimang cucu.” Sempat ungkapan Tengku Badariah mengena cuping telinga Zahlia.Zahlia tersenyum kecil.Tidak semesra tadi.
“Kirimkan salam mak pada Anis.Kalau ada masa nanti, mak datang jenguk.”
Tengku Syahran mengangguk dan melangkah keluar dari Villa itu bersama Zahlia.

1 comment: