Sunday, February 15, 2009

perjalanan hidup seorang hamba


Aku yang masih di perjalanan hidup ini,
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia,
Menempuh jarak dan titian,rimba dan lautan..
Mencari sesuatu yang abadi…
Aku yang masih di perhentian hidup ini,
Begitu jauh mengembara ke serata dunia…
Mengejar siang dan malam,surut dan pasang,
Mencari suatu kebebasan…mencari suatu kedamaian..
Dimana berakhirnya perjalanan ku ini..
Esok dan lusa bukan milik ku oh tuhanku..
Lindungilah hamba mu yang hina ini,
Aku setia hanya padamu oh tuhanku…

taman astakona


Kita bertemu tanpa bersua,
Kita berbicara tanpa suara,
Kita bersalam tanpa bersentuhan,
Kita menangis tanpa airmata,
Dipentas alam siber inilah
Taman permainan kita
Kita menggapai awan jingga bersama sekawan unggas
Kita selami lautan merah jambu bersama sang ubur-ubur
Kau ukir putik mawar ungu yang berkelipan
Kau anyam permaidani saljudari titisan air hujan
Tiba-tiba segalanya menjadi sepi
Teman sepermainan ku kini sudah tiada lagi
Ghaib bersama bayu yang berhembus pergi
Coretan memoriku akan tetaptermeteri di sanubari
Hingga ke akhir nanti

Umbang ambing melayu


Bukan ceramah
Bukan kutbah jumaat
Hanya nukilan mengenal diri
Cuba guna mata untuk melihat,
pusing kanan pusing kiri,
Tengok depan tgok belakang…
tengok orang tengok manusia..
Yang kaya makin dijulang..
yang miskin makin dipijak..
Ada duit,ade semua….
yang betul boleh jadi salah…
Yang salah boleh jadi betul…..
kereta besar,rumah besar,
Orang besar,pangkat besar…
beli orang pakai duit,
tukang angguk, Tukang ampu
Anak muda bercumbu celah batu,
Buat anak tak ada ayah,
Sama- sama tangung malu,
Adik botak merasa nikmat…
Mane adat resam budaya melayu,
Orang timur=orang barat,
Sama pakai baju nampak pusat,

Adat resam melayu ditanam hidup-hidup
Oleh bangsa sendiri…
Budaya lain dijulang- julang..

Buy12

pelakon kepelbagaian


tanpa merasai kesedihan,
mana mampu mengerti,
merasa kegembiraan yang sebenar,

tanpa luka,
mana tahu erti bahagia

tanpa menangis,
mana tahu rasa sakit

tanpa dicaci,
mane tahu merasa kepedihan hati.

tanpa pertemuan,
mana tahu erti perpisahan.

tanpa menerima,
mane tahu erti memberi.

tanpa derita,
mane tahu erti kesiksaan.

tanpa kegelapan,
mane tahu erti cahaya.

tanpa kasih sayang,
mane tahu erti cinta.

tanpa kemiskinan,
mane tahu erti kesusahan.

tanpa kematian,
mane tahu erti kehilangan.

dengan kekayaan,
mane tahu erti belas kasihan.

dengan kemuliaan hati,
mane tahu berbohong.

dengan sikap tamak haloba,
mane tahu berkongsi,
mane tahu erti memberi.

dengan kesenangan melimpah,
mane tahu erti kesengsaraan,
mana tahu erti kesusahan.

dengan berlaku curang,
mane tahu erti kesetiaan,
mana reti bicara hati budi.

dengan didikan agama secukupnya,
mana tahu erti kejahilan dunia.

dengan kesederhanaan,
mana tahu erti mementingkan diri,
mane tahu erti tunjuk lagak.

dengan ketulusan,
mana tahu erti pengkhianatan.

dengan berkasar,
mana tahu melindungi perasaan hati orang.

dengan menghina orang,
mana tahu erti kelemahan diri.

dengan melukai,
mana tahu erti menghargai.

dengan harapan,
mana tahu erti kehampaan.