Thursday, April 30, 2009

Surah al kauthar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.
Wassallam,

So sweet

Girl: Do I ever cross your mind?
Boy: No
Girl: Do you like me?
Boy: Not really
Girl: Do you want me?
Boy: No
Girl: Would you cry if I left?
Boy: No
Girl: Would you live for me?
Boy: No
Girl: Would you do anything for me?
Boy: No way
Girl: What would you choose: your life or me?
Boy: My life

The girl runs away in shock and pain and the boy runs after her and says...

The reason you never cross my mind is because you're always on my mind.

The reason why I don't like you is because I love you.

The reason I don't want you is because I need you.

The reason I wouldn't cry if you left is because I would die if you left.

The reason I wouldn't live for you is because I would die for you.

The reason why I'm not willing to do anything for you is because I would do everything for you.

The reason I chose my life is because you ARE my life

Fobia

Apa itu fobia? Fobia adalah ketakutan yang tak rasional, yang tidak waras dan persisten terhadap sesuatu benda atau situasi yang memaksa seseorang itu mengelakkan diri dari apa yang ditakutinya.



Di sini disediakan senarai pelbagai jenis fobia yang diketahui...

Terdapat tiga kategori utama fobia iaitu:

Fobia yang spesifik - fobia terhadap sesuatu objek atau situasi, seperti labah-labah, ketinggian atau pun terbang.
Fobia sosial - fobia terhadap perkara yang memalukan atau dimalukan dalam suasana sosial.
Agoraphobia - gobia untuk berada jauh dari tempat yang difikirkan selamat.

Dianggarkan 18 peratus dari jumlah penduduk dewasa Amerika Syarikat menderita daripada fobia. Seseorang itu boleh mendapat fobia dari apa sahaja. Pendedahan mereka terhadap fobia mereka akan menyebabkan pernafasan yang mendadak, jantung berdegup laju, tapak tangan berpeluh, panik dan ada yang lebih teruk dari itu seperti menjadi separuh gila.

Di bawah disenaraikan jenis-jenis fobia yang diketahui dan ada diantaranya boleh dianggap pelik.


A-
Ablutophobia- Takut mandi atau dibasuh.
Acarophobia- Takut kepada kegatalan atau serangga yang menyebabkan gatal.
Acerophobia- Takut kepada rasa masam.
Achluophobia- Takut kepada kegelapan.
Acousticophobia- Takut kepada kebisingan.
Acrophobia- Takut kepada ketinggian.
Aerophobia- Fear of drafts, air swallowing, or airbourne noxious substances.
Aeroacrophobia- Takut kepada tempat terbuka yang tinggi.
Aeronausiphobia- Takut kepada muntah yang disebabkan mabuk udara.
Afrophobia- Takut atau benci dengan Orang Afrika, budaya dan keturunannya.
Agateophobia- Takut kepada kegilaan.
Agliophobia- Takut kepada rasa sakit.
Agoraphobia- Takut kepada tempat terbuka,tempat yang terdapat ramai orang. Takut meninggalkan tempat selamat.
Agraphobia- Takut kepada gangguan seksual.
Agrizoophobia- Takut kepada haiwan liar.
Agyrophobia- Takut kepada jalan raya atau melintas jalan.
Aibohphobia- Takut dengan palindromes (perkataan yang diterbalikkan bunyinya sama; malam, taat, katak, tamat...)
Aichmophobia- Takut kepada jarum atau benda tajam.
Ailurophobia- Takut akan kucing.
Albuminurophobia- Takut kepada sakit buah pinggang.
Alektorophobia- Takut kepada ayam.
Algophobia- Takut kepada rasa sakit.
Alliumphobia- Takut kepada bawang putih.
Allodoxaphobia- Takut menerima pandangan atau pendapat.
Altophobia- Takut kepada ketinggian.
Amathophobia- Takut kepada debu dan habuk.
Amaxophobia- Takut berada didalam kereta.
Ambulophobia- Takut untuk berjalan atau berdiri.
Amnesiphobia- Takut kepada amnesia (hilang ingatan).
Amychophobia- Takut kepada cakaran atau dicakar.
Anablephobia- Takut untuk memandang keatas.
Ancraophobia- Takut akan angin (Anemophobia)
Androphobia- Takut kepada lelaki.
Anemophobia- Takut dengan angin.(Ancraophobia)
Anginophobia- Takut tercekik.
Anglophobia- Takut kepada England, orang Inggeris, budaya mereka,...
Angrophobia - Takut kepada kemarahan dan menjadi marah.
Ankylophobia- Takut kepada ketidak-boleh-gerakan sendi.
Anthrophobia or Anthophobia- Takut kepada bunga.
Anthropophobia- Takut kepada orang ramai dan masyarakat.
Antidaeophobia- Takut setiap masa, dimana jua anda berada, seekor itik sedang memerhatikan anda.
Antlophobia- Takut kepada banjir.
Anuptaphobia- Takut menjadi bujang.
Apeirophobia- Takut dengan keabadian.
Aphenphosmphobia- Takut kepada sentuhan. (Haphephobia)
Apiphobia- Takut kepada lebah.
Apotemnophobia- Takut kepada orang yang kudung.
Aquaphobia - Takut akan air. Secara spesifiknya takutkan lemas.
Arachibutyrophobia- Takut kepada keadaan dimana peanut butter melekat di lelangit mulut.
Arcanophobia - Takut dengan magik
Arachnephobia atau Arachnophobia- Takut kepada labah-labah.
Arithmophobia- Takut akan nombor.
Arrhenphobia- Takut kepada lelaki.
Arsonphobia- Takut akan api.
Asthenophobia- Takut akan pengsan atau berasa lemah.
Astraphobia or Astrapophobia- Takut akan guruh dan petir.(Ceraunophobia, Keraunophobia)
Astrophobia- Takut akan bintang-bintang dan ruang angkasa.
Asymmetriphobia- Takut kepada benda simetri.
Ataxiophobia- Takut kepada ataxia. (Otot tidak seimbang)
Ataxophobia- Takut akan perkara yang tak teratur atau tidak kemas.
Atelophobia- Takut dengan perasaan tidak sempurna.
Atephobia- Takut kepada tinggalan lama (ruin).
Athazagoraphobia- Takut dilupakan, tidak dipedulikan.
Atomosophobia- Takut kepada letupan atom.
Atychiphobia- Takut kepada kegagalan.
Aulophobia- Takut akan seruling/serunai.
Aurophobia- Takut akan emas.
Auroraphobia- Takut akan fenomena 'cahaya utara' (Northern lights).
Australophobia, Novahollandiaphobia- Takut dengan Australia, rakyat dan budayanya.
Autodysomophobia- Takut kepada orang yang berbau tajam.
Automatonophobia- Takut kepada patung ventriloquist's, robot, patung lilin, patung.
Automysophobia- Takut menjadi kotor.
Autophobia- Takut akan keseorangan atau dibiar berseorangan.
Aviophobia or Aviatophobia- Takut untuk terbang.


B-

Bacillophobia- Takut kepada microbes dan kuman.
Bacteriophobia- Takut kepada bakteria.
Ballistophobia- Takut kepada peluru berpandu dan peluru.
Barleyphobia - Takut dengan barli.
Bananaphobia - Takut dengan buah pisang.
Bolshephobia- Takut kepada Bolsheviks.
Barophobia- Takut kepada graviti.
Basophobia or Basiphobia- Ketidakmampuan berdiri. Takut untuk berjalan atau jatuh.
Bathmophobia- Takut kepada tangga atau tebing curam.
Bathophobia- Takut kepada kedalaman.
Batophobia- Takut kepada ketinggian atau berada hampir dengan bangunan tinggi.
Batrachophobia- Takut kepada haiwan amfibia, seperti katak, sesumpah, salamanders,...
Belonephobia- Takut kepada pin dan jarum. (Aichmophobia)
Bibliophobia- Takut akan buku.
Blennophobia- Takut dengan lendiran.
Bogyphobia- Takut kepada bogeys atau bogeyman (Raksasa yang tinggal bawah katil anda).
Botanophobia- Takut kepada tumbuhan.
Briophobia- Takut dengan tapak kaki manusia.
Bromidrosiphobia or Bromidrophobia- Takut akan bau badan
Brontophobia- Takut kepada petir dan guruh.
Bufonophobia- Takut kepada katak dan kodok.
Button phobia - Takut dengan butang.

C-

Cacophobia- Takut kepada keburukan.
Cainophobia or Cainotophobia- Takut kepada sesuatu yang baru.
Caligynephobia- Takut kepada perempuan cantik.
Cancerophobia or Carcinophobia- Takut akan penyakit barah.
Carbophobia - Takut dengan karbohidrat (contoh: mengamalkan diet Atkin's).
Cardiophobia- Takut dengan penyakit jantung.
Carnophobia- Takut dengan daging.
Catagelophobia- Takut diperbodohkan orang lain.
Catapedaphobia- Takut untuk melompat dari tempat tinggi dan rendah.
Cathisophobia- Takut untuk duduk.
Catoptrophobia- Takut dengan cermin.
Cenophobia or Centophobia- Takut bilik kosong.
Ceraunophobia or Keraunophobia- Takut kepada petir dan guruh.(Astraphobia, Astrapophobia)
Chaetophobia- Takut dengan rambut.
Cheimaphobia or Cheimatophobia- Takut dengan kesejukkan.(Frigophobia, Psychophobia)
Chelonaphobia - Takut dengan penyu.
Chemophobia- Takut dengan bahan kimia atau bekerja dengannya.
Cherophobia- Takut dengan suasana meriah.
Chinophobia - Takut dengan orang Cina dan budaya mereka.
Chionophobia- Takut dengan salji.
Chiraptophobia- Takut untuk disentuh.
Chirophobia- Takut dengan tangan.
Chlorophobia - Takut dengan warna hijau.
Cholerophobia- Takut akan kemarahan atau takut kepada penyakit taun.
Chorophobia- Takut untuk menari.
Christophobia - Takut dengan agama Kristian.
Chrometophobia or Chrematophobia- Takut dengan duit.
Chromophobia or Chromatophobia- Takut dengan warna.
Chronophobia- Takut dengan masa.
Chronomentrophobia- Takut dengan jam.
Chrysophobia - Takut dengan warna jingga.
Cibophobia- Takut dengan makanan.(Sitophobia, Sitiophobia)
Claustrophobia- Takut dengan ruang tertutup.
Cleithrophobia or Cleisiophobia- Takut terkunci didalam ruang yang tertutup.
Cleptophobia- Takut dengan kecurian.
Climacophobia- Takut dengan tangga, mendaki tangga, atau jatuh tangga.
Clinophobia- Takut untuk tidur.
*****hrophobia or Cleithrophobia- Takut terperangkap.
Cnidophobia- Takut dengan sengatan.
Cometophobia- Takut dengan komet.
Coimetrophobia- Takut dengan kubur.
Coitophobia- Takut dengan coitus.
Contreltophobia- Takut dengan gangguan seksual.
Coprastasophobia- Takut untuk membuang air besar atau secara saintifiknya berak.
Coprophobia- Takut dengan tahi.
Coulrophobia- Takut dengan badut.
Counterphobia- Rujukan kepada seorang phobia dengan situasi phobianya.
Cremnophobia- Takut akan jurang di gunung ganang.
Cryophobia- Takut dengan kesejukkan melampau, ais dan fros.
Crystallophobia- Takut dengan kristal atau kaca.
Cyberphobia- Takut dengan komputer atau menggunakan komputer.
Cyclophobia- Takut dengan basikal.
Cymophobia or Kymophobia- Takut dengan ombak atau pergerakan berombak.
Cynophobia- Takut dengan anjing atau penyakit anjing gila.
Cypridophobia or Cypriphobia or Cyprianophobia or Cyprinophobia - Takut dengan pelacur atau penyakit kelamin.


D-

Decidophobia- Takut untuk membuat keputusan.
Defecaloesiophobia- Takut dengan pergerakan dalam usus yang menyakitkan.
Deipnophobia- Takut akan perbualan semasa makan.
Dementophobia- Takut dengan kegilaan.
Demonophobia or Daemonophobia- Takut dengan syaitan.
Demophobia- Takut dengan orang ramai. (Agoraphobia)
Dendrophobia- Takut dengan pokok.
Dentophobia- Takut dengan doktor gigi.
Dermatophobia- Takut dengan penyakit kulit.
Dermatosiophobia or Dermatophobia or Dermatopathophobia- Takut dengan penyakit kulit.
Dextrophobia- Takut dengan objek yang berada di sebelah kanan tubuh.
Diabetophobia- Takut dengan penyakit kencing manis.
Didaskaleinophobia- Takut untuk pergi ke sekolah.
Dikephobia- Takut dengan keadilan (justice).
Dinophobia- Takut dengan rasa pening.
Diplophobia- Takut dengan penglihatan dua imej (double vision).
Dipsophobia- Takut untuk minum.
Dishabiliophobia- Takut untuk membuka baju di hadapan orang.
Domatophobia- Takut dengan rumah atau berada dalam rumah.(Eicophobia, Oikophobia)
Doraphobia- Takut dengan bulu atau kulit haiwan.
Doxophobia- Takut untuk mengeluarkan pendapat atau menerima pujian.
Dromophobia- Takut untuk melintas jalan.
Dutchphobia- Takut dengan orang Belanda.
Dysmorphophobia- Takut dengan benda yang tidak terbentuk dengan sempurna (cacat).
Dystychiphobia- Takut dengan kemalangan.


E-

Ecclesiophobia- Takut dengan gereja.
Ecophobia- Takut dengan tempat tinggal.
Eicophobia- Takut dengan keadaan di sekeliling tempat tinggal.(Domatophobia, Oikophobia)
Eisoptrophobia- Takut dengan cermin atau melihat diri dalam cermin.
Electrophobia- Takut dengan elektrik.
Eleutherophobia- Takut dengan kebebasan.
Elurophobia- Takut dengan kucing. (Ailurophobia)
Emetophobia- Takut dengan muntah.
Enetophobia- Takut dengan pin.
Enochlophobia- Takut dengan tempat ramai orang.
Enosiophobia or Enissophobia- Takut akan tertuduh melakukan dosa besar atau dikritik.
Entomophobia- Takut dengan serangga.
Eosophobia- Takut dengan waktu subuh atau cahaya siang.
Ephebiphobia- Takut dengan remaja.
Epistaxiophobia- Takut dengan keadaan hidung berdarah.
Epistemophobia- Takut dengan ilmu pengetahuan.
Epistolophobia - Takut untuk menulis surat.
Equinophobia- Takut dengan kuda.
Eremophobia- Takut keseorangan atau ditinggalkan keseorangan.
Ereuthrophobia- Takut dengan perasaan malu.
Ergasiophobia- 1) Takut untuk bekerja atau berfungsi. 2) Takut seorang doktor bedah terhadap pembedahan.
Ergophobia- Takut dengan kerja.
Erotophobia- Takut dengan cinta seksual atau persoalan seksual.
Euphobia- Takut untuk mendengar berita baik.
Eurotophobia- Takut dengan organ seksual wanita
Europhobia - Takut kepada Eropah, orang eropah atau Kesatuan Eropah (EU).
Erythrophobia or Erytophobia or Ereuthophobia- Takut kepada 1) lampu merah. 2) Perasaan merah padam. 3) Warna merah.


F-

Fearaphobia - Takut dengan perkataan 'takut' (fear).
Febriphobia or Fibriphobia or Fibriophobia- Takut akan demam.
Fecophobia, Coprophobia, Scatophobia - Takut dengan tahi.
Felinophobia- Takut dengan kucing. (Ailurophobia, Elurophobia, Galeophobia, Gatophobia)
Francophobia- Takut dengan negara Perancis, rakyat dan budayanya. (Gallophobia, Galiophobia)
Frigophobia- Takut akan kesejukkan dan benda sejuk.(Cheimaphobia, Cheimatophobia, Psychrophobia)
Ferrumphobia - Takut dengan sebarang objek besi.

G

Gatophobia- Takut akan kucing.
Galeophobia - Takut dengan jerung.
Gallophobia or Galiophobia- Takut dengan negara Perancis, rakyat dan budayanya. (Francophobia)
Gamophobia- Takut dengan perkahwinan.
Geliophobia- Takut dengan ketawa.
Geniophobia- Takut dengan dagu. (ada apa dengan dagu)
Genophobia- Takut akan seks.
Genuphobia- Takut dengan lutut.
Gephyrophobia or Gephydrophobia or Gephysrophobia- Takut untuk meyeberangi jambatan.
Germanophobia- Takut dengan negara Jerman, rakyat dan budayanya.
Gerascophobia- Takut untuk menjadi tua.
Gerontophobia- Takut dengan orang tua dan menjadi tua.
Geumaphobia or Geumophobia- Takut dengan rasa (lidah).
Glossophobia- Takut untuk bercakap di tempat awam atau memulakan percakapan.
Gnosiophobia- Takut dengan ilmu pengetahuan.
Graphophobia- Takut untuk menulis atau dengan tulisan tangan.
Gymnophobia- Takut untuk berbogel.
Gynephobia or Gynophobia- Takut akan wanita.


H-

Hadephobia- Takut akan neraka.
Hagiophobia- Takut dengan wali (saints) atau benda-benda suci.
Hamartophobia- Takut untuk membuat dosa.
Haphephobia or Haptephobia- Takut untuk disentuh.
Harpaxophobia- Takut dirompak.
Hedonophobia- Takut dengan kepuasan perasaan.
Heliophobia- Takut dengan matahari.
Hellenologophobia- Takut dengan perkataan Greek atau terma saintifik yang kompleks.
Helminthophobia- Takut menghadapi jangkitan cacing.
Hemophobia or Hemaphobia or Hematophobia- Takut dengan darah.
Heresyphobia or Hereiophobia- Takut dengan perubahan radikal.
Herpetophobia- Takut dengan reptilia atau haiwan yang merayap dan menyusur.
Heterophobia- Takut dengan jantina lain. (Sexophobia)
Hexakosioihexekontahexaphobia - takut dengan nombor 666.
Hierophobia- Takut akan paderi atau benda keramat.
Hippophobia- Takut dengan kuda.
Hippopotomonstrosesquippedaliophobia- Takut dengan perkataan yang panjang. (Nama pun dah gerun)
Hobophobia- Takut dengan peminta sedekah atau fakir.
Hodophobia- Takut dengan perjalanan darat.
Hormephobia- Takut terkejut.
Homichlophobia- Takut dengan kabus.
Homilophobia- Takut denga khutbah.
Hominophobia- Takut dengan lelaki.
Homophobia- Takut dengan perasaan yang sama, homoseksual atau menjadi homoseksual.
Hoplophobia- Takut dengan senjata api.
Hydrargyophobia- Takut dengan ubatan merkurial?.
Hydrophobia- Takut dengan air atau cecair yang boleh membawa penyakit berjangkit.
Hydrophobophobia- Takut dengan cecair yang boleh membawa penyakit berjangkit.
Hyelophobia or Hyalophobia- Takut dengan kaca.
Hygrophobia- Takut dengan cecair, kebasahan atau kelembapan.
Hylephobia- Takut menjadi materialistik atau takut akan sawan.
Hylophobia- Takut dengan hutan.
Hypengyophobia or Hypegiaphobia- Takut untuk bertanggungjawab.
Hypnophobia- Takut untuk tidur atau dihipnotize.
Hypsiphobia- Takut akan ketinggian.


I-

Iatrophobia- Takut untuk berjumpa dengan doktor atau dengan doktor sendiri.
Ichthyophobia- Takut dengan ikan.
Iconophobia - Takut akan imej dan ikon.
Ideophobia- Takut dengan idea.
Illyngophobia- Takut berasa pening apabila melihat ke bawah dari tempat tinggi (vertigo).
Iophobia- Takut akan racun.
Islamophobia - Takut dengan agama Islam.
Islandophobia - Takut dengan Iceland, rakyat dan budayanya.
Insectophobia - Takut dengan serangga.
Isolophobia- Takut akan keseorangan.
Isopterophobia- Takut dengan anai-anai, atau serangga yang makan kayu.
Ithyphallophobia- Takut dilihat, difikirkan oleh orang lain atau takut kemaluan menjadi tegang (hahaha).


J-

Japanophobia- Takut dengan Orang Jepun.
Judeophobia- Takut dengan Orang Yahudi.


K-

Katikomindicaphobia - Takut dengan RNI (Resident Non-Indian).
Kainolophobia or Kainophobia- Takut dengan sesuatu yang baru.
Kakorrhaphiophobia- Takut akan gagal atau tertewas.
Katagelophobia- Takut diperbodohkan.
Kathisophobia- Takut untuk duduk.
Kenophobia- Takut dengan ruang kosong.
Keraunophobia or Ceraunophobia- Takut dengan gurh dan petir.(Astraphobia, Astrapophobia)
Kinetophobia or Kinesophobia- Takut dengan sebarang pergerakkan.
Klismaphobia - Takutkan 'Enemas'.
Kneemaphobia - Takut akan lutut membengkok kebelakang.
Kleptophobia- Takut dengan kecurian.
Koinoniphobia- Takut dengan bilik.
Kolpophobia- Takut dengan organ seks, terutamanya wanita
Kopophobia- Takut dengan keletihan.
Koniophobia- Takut dengan debu. (Amathophobia)
Kosmikophobia- Takut dengan fenomena kosmik.
Kymophobia- Takut dengan ombak/gelombang. (Cymophobia)
Kynophobia- Takut dengan penyakit gila.
Kyphophobia- Takut dengan kebongkokan.


L-

Lachanophobia- Takut dengan sayuran.
Laliophobia or Lalophobia- Takut untuk bercakap.
Leporiphobia - Takut dengan arnab.
Leprophobia or Lepraphobia- Takut dengan penyakit yang merosakkan tubuh (seperti kusta).
Leukophobia- Takut dengan warna putih.
Levophobia- Takut dengan benda yang berada di sebelah kiri tubuh.
Ligyrophobia- Takut dengan bunyi yang sangat kuat.
Lilapsophobia- Takut dengan puting beliung dan taufan.
Limnophobia- Takut dengan tasik.
Linonophobia- Takut dengan tali.
Liticaphobia- Takut dengan 'lawsuits' (Perkara bukan jenayah yang dibawa ke mahkamah seperti saman-menyaman).
Lockiophobia- Takut dengan kelahiran.
Logizomechanophobia- Takut dengan komputer.
Logophobia- Takut dengan perkataan.
Luiphobia- Takut dengan penyakit siflis
Lutraphobia- Takut dengan memerang.
Lygophobia- Takut dengan kegelapan.
Lyssophobia- Takut dengan penyakit gila atau takut menjadi gila.


M-

Macroxenoglossophobia - Takut dengan perkataan yang panjang dan pelik.
Macrophobia- Takut untuk menunggu lama.
Maimouphobia, Pithikosophobia - Takut akan monyet.
Mageirocophobia- Takut untuk memasak.
Maieusiophobia- Takut dengan kelahiran.
Malaxophobia- Takut dengan babak cinta. (Sarmassophobia)
Maniaphobia- Takut dengan kegilaan.
Mastigophobia- Takut dengan balasan atau denda.
Mechanophobia- Takut dengan mesin.
Medomalacuphobia- Takut kehilangan ketegangan (ereksi).
Medorthophobia- Takut dengan kemaluan yang tegang.
Megalophobia- Takut dengan benda-benda besar.
Melissophobia- Takut dengan lebah.
Melanophobia- Takut dengan warna hitam.
Melophobia- Takut atau benci dengan muzik.
Meningitophobia- Takut dengan penyakit otak.
Meningitophobia - Takut dengan penyakit yang disebabkan oleh onani.
Menophobia- Takut akan kedatangan haid.
Merinthophobia- Takut diikat.
Metallophobia- Takut dengan besi.
Metathesiophobia- Takut dengan perubahan.
Meteorophobia- Takut dengan meteor.
Methyphobia- Takut dengan alkohol.
Metrophobia- Takut atau benci dengan puisi.
Microbiophobia- Takut dengan microbes. (Bacillophobia)
Microphobia- Takut dengan benda-benda kecil.
Misophobia or Mysophobia- Takut terkena kotoran dan jangkitan kuman.
Mnemophobia- Takut dengan memori.
Molysmophobia or Molysomophobia- Takut dengan kotoran dan jangkitan.
Monophobia- Takut dibiarkan seorang atau takut keseorangan.
Monopathophobia- Takut dengan sesuatu penyakit.
Motorphobia- Takut dengan kenderaan bermotor.
Mottephobia- Takut dengan kupu-kupu.
Musophobia or Muriphobia- Takut akan tikus.
Mycophobia- Takut dengan cendawan.
Mycrophobia- Takut dengan benda-benda kecil.
Myctophobia- Takut akan kegelapan.
Myrmecophobia- Takut dengan semut.
Mythophobia- Takut dengan khabar angin atau cerita palsu.
Myxophobia- Takut dengan lendiran. (Blennophobia)


N-

Nebulaphobia- Takut dengan kabus. (Homichlophobia)
Necrophobia- Takut akan kematian atau takut dengan benda mati.
Nelophobia- Takut dengan kaca.
Neopharmaphobia- Takut dengan dadah yang baru.
Neophobia- Takut dengan sebarang benda baru.
Nephophobia- Takut dengan awan.
Nihilophobia - Takut dengan sesuatu yang tiada.
Noctiphobia- Takut dengan malam.
Nomatophobia- Takut dengan nama-nama.
Nosocomephobia- Takut dengan hospital.
Nosophobia or Nosemaphobia- Takut untuk jatuh sakit.
Nostophobia- Takut untuk pulang ke rumah.
Novercaphobia- Takut dengan ibu tiri.
Nucleomituphobia- Takut dengan senjata nuklear.
Nudophobia- Takut dengan perkara bogel.
Numerophobia- Takut dengan nombor.
Nyctohylophobia- Takut akan malam
Nyctophobia- Takut dengan kegelapan atau takutkan malam.


O-

Obesophobia- Takut berat badan meningkat.(Pocrescophobia)
Ochlophobia- Takut dengan keadaan ramai orang atau rusuhan.
Ochophobia- Takut dengan sebarang kenderaan.
Octophobia - Takut dengan nombor lapan (8).
Odontophobia- Takut dengan gigi atau takut dengan pembedahan pergigian.
Odynophobia or Odynephobia- Takut dengan kesakitan. (Algophobia)
Oenophobia- Takut dengan wain.
Oikophobia- Takut dengan keadaan sekeliling rumah atau dengan rumah.(Domatophobia, Eicophobia)
Olfactophobia- Takut dengan bau-bauan.
Ombrophobia- Takut dengan hujan atau takut ditimpa hujan.
Ommetaphobia or Ommatophobia- Takut dengan mata.
Oneirophobia- Takut dengan mimpi.
Oneirogmophobia- Takut dengan mimpi emisi.
Onomatophobia- Takut untuk mendengar sesuatu perkataan atau nama.
Ophidiophobia- Takut dengan ular. (Snakephobia)
Ophthalmophobia- Takut ditenung oleh orang lain.
Opiophobia- Fear medical doctors experience of prescribing needed pain medications for patients.
Optophobia- Takut untuk membuka mata.
Ornithophobia- Takut dengan burung.
Orthophobia- Takut dengan hakmilik.
Osmophobia or Osphresiophobia- Takut dengan bau-bauan.
Ostraconophobia- Takut dengan perangai pentingkan diri.
Ouranophobia or Uranophobia- Takut dengan syurga.


P-

Pagophobia- Takut ais dan fros.
Panthophobia- Takut menderita penyakit.
Panophobia or Pantophobia- Takut segala-galanya.
Papaphobia- Takut akan Pope.
Papyrophobia- Takut dengan kertas.
Paralipophobia- Takut tidak bertanggungjawab atau tidak melakukan tugas.
Paraphobia- Takut akan sexual perversion.
Parasitophobia- Takut dengan parasit.
Paraskavedekatriaphobia- Takut dengan Friday the 13th.
Parthenophobia- Takut dengan anak dara.
Pathophobia- Takut dengan penyakit.
Patroiophobia- Takut akan perkara turun temurun.
Parturiphobia- Takutkan kelahiran.
Peccatophobia- Takut melakukan dosa.
Pediculophobia- Takut dengan serangga kecil yang hidup di badan seperti kutu.
Pediophobia- Takut dengan anak patung.
Pedophobia- Takut dengan budak.
Peladophobia- Takut dengan orang botak.
Pellagrophobia- Takutkan pellagra.
Peniaphobia- Takutkan kemiskinan.
Pentheraphobia- Takutkan ibu mertua. (Novercaphobia)
Phagophobia- Takut menelan, makan atau dimakan.
Phalacrophobia- Takut menjadi botak.
Phallophobia- Takut dengan kemaluan terutama menegang.
Pharmacophobia- Takut mengambil ubat.
Phasmophobia- Takutkan hantu.
Phengophobia- Takut dengan cahaya siang.
Philemaphobia or Philematophobia- Takut dengan ciuman.
Philophobia- Takut jatuh cinta atau dicintai.
Philosophobia- Takut dengan perkara philosophy.
Phobophobia- Takut dengan fobia.
Photoaugliaphobia- Takut dengan cahaya.
Photophobia- Takut dengan cahaya.
Phonophobia- Takut dengan suara atau telefon.
Phronemophobia- Takut untuk berfikir.
Phthiriophobia- Takut dengan serangga kecil yang hidup di badan seperti kutu.. (Pediculophobia)
Phthisiophobia- Takut dengan penyakit usus.
Placophobia- Takut dengan batu nisan.
Plutophobia- Takut dengan kekayaan.
Pluviophobia- Takutkan hujan.
Pneumatiphobia- Takut dengan roh.
Pnigophobia or Pnigerophobia- Takut tercekik.
Pocrescophobia-Takut menjadi gemuk. (Obesophobia)
Pogonophobia- Takut dengan janggut.
Poliosophobia- Takut menghidap polio.
Politicophobia- Takut dengan ahli politik.
Polyphobia- Takut dengan banyak perkara.
Poinephobia- Takut dengan denda.
Ponophobia- Takut kerja berlebihan atau sakit.
Porphyrophobia- Takut warna ungu.
Potamophobia- Takut dengan sungai atau air mengalir.
Potophobia- Takutkan dengan alkohol.
Pharmacophobia- Takut dengan dadah.
Proctophobia- Takut dengan rektum.
Prosophobia- Takutkan perjalanan (progress).
Psychophobia- Takutkan fikiran.
Psychrophobia- Takutkan kesejukan.
Pteromerhanophobia- Takut untuk terbang.
Pteronophobia- Takut digelikan dengan bulu ayam.
Pupaphobia - Takut dengan boneka.
Pyrexiophobia- Takut demam.
Pyrophobia- Takutkan api.


R-

Radiophobia- Takut dengan radiasi atau sinar-x.
Ranidaphobia- Takut dengan katak.
Rectophobia- Takut dengan rektum atau penyakit berkaitan rektum seperti buasir.
Rhabdophobia- Takut didera dengan batang kayu/besi.
Rhypophobia- Takut akan defecation.
Rhytiphobia- Takut mendapat wrinkles.
Rupophobia- Takut dengan kotoran.
Russophobia- Takut dengan orang Rusia.


S-

Samhainophobia- Takut dengan sambutan Halloween.
Sarmassophobia- Takut dengan permainan cinta. (Malaxophobia)
Satanophobia- Takut dengan syaitan.
Scabiophobia- Fear of scabies.
Scatophobia- Fear of fecal matter.
Scelerophibia- Takut dengan orang jahat atau perompak.
Sciophobia Sciaphobia- Takut dengan bayang-bayang.
Scoleciphobia- Takut dengan cacing.
Scolionophobia- Takut dengan sekolah.
Scopophobia or Scoptophobia- Takut dilihat atau direnung orang lain.
Scotomaphobia- Takut dengan kebutaan..
Scotophobia- Takut dengan kegelapan. (Achluophobia)
Scriptophobia- Takut untuk menulis di tempat awam.
Selachophobia- Takut dengan ikan jerung.
Selaphobia- Takut dengan sinaran lembut.
Selenophobia- Takut dengan bulan.
Seplophobia- Takut dengan benda-benda yang mereput.
Sesquipedalophobia- Takut dengan perkataan yang panjang.
Sexophobia- Takut dengan jantina yang berlawanan. (Heterophobia)
Siderodromophobia- Takut dengan keretapi, jalan keretapi atau menggunakan keretapi.
Siderophobia- Takut dengan bintang.
Sinistrophobia- Takut dengan benda-benda di sebelah kiri atau kidal.
Sinophobia- Takut dengan kaum Cina dan budaya mereka.
Sitophobia or Sitiophobia- Takut dengan makanan atau makan. (Cibophobia)
Snakephobia- Takut dengan ular. (Ophidiophobia)
Soceraphobia- Takut dengan ibubapa mertua.
Social Phobia- Takut dinilai secara negatif dalam situasi sosial.
Sociophobia- Takut dengan masyarakat dan orang ramai.
Somniphobia- Takut untuk tidur.
Sophophobia- Takut untuk belajar.
Soteriophobia - Takut untuk bergantung atau menjadi tanggungan orang lain.
Spacephobia- Takut dengan angkasa lepas.
Spectrophobia- Takut dengan hantu.
Spermatophobia or Spermophobia- Takut dengan kuman.
Spheksophobia- Takut dengan penyengat (wasps).
Stasibasiphobia or Stasiphobia- Takut untuk berdiri dan berjalan. (Ambulophobia)
Staurophobia- Takut dengan salib atau benda bersilang.
Stenophobia- Takut dengan benda atau tempat yang sempit.
Stygiophobia or Stigiophobia- Takut akan neraka.
Suriphobia- Takut dengan tikus.
Symbolophobia- Takut dengan perkara-perkara berkaitan simbol.
Symmetrophobia- Takut dengan sesuatu yang simetri.
Syngenesophobia- Takut dengan ahli keluarga.
Syphilophobia- Takut dengan penyakit siflis.


T-

Tachophobia- Takut dengan kelajuan.
Taeniophobia or Teniophobia- Takut dengan cacing pita (yang hidup dalam perut).
Taphephobia Taphophobia- Takut ditanam hidup-hidup dan tanah perkuburan.
Tapinophobia- Fear of being contagious.
Taurophobia- Takut dengan lembu.
Technophobia- Takut dengan teknologi.
Teleophobia- 1) Takut dengan perancangan tetap. 2) upacara keagamaan.
Telephonophobia- Takut dengan telefon.
Teratophobia- Takut mendapat anak tak sempurna atau raksasa atau orang cacat.
Testophobia- Takut untuk mengambil ujian.
Tetanophobia- Takut menghidapi kancing gigi (tetanus).
Teutophobia- Takut dengan Jerman atau berkaitan Jerman.
Textophobia- Takut dengan sesuatu jenis fabrik.
Thaasophobia- Takut untuk duduk.
Thalassophobia- Takut dengan laut.
Thanatophobia or Thantophobia- Takut untuk mati atau takutkan kematian.
Theatrophobia- Takut dengan teater.
Theologicophobia- Takut dengan ilmu ketuhanan (theologi).
Theophobia- Takut dengan Tuhan atau agama.
Thermophobia- Takut dengan haba.
Tocophobia- Takut mengandung atau melahirkan anak.
Tomophobia- Takut dengan pembedahan surgeri.
Tonitrophobia- Takut dengan guruh.
Topophobia- Takut terhadap sesuatu tempat atau situasi, 'stage fright'.
Toxiphobia or Toxophobia or Toxicophobia- Takut dengan racun atau diracun.
Traumatophobia- Takut dengan sebarang kecederaan.
Tremophobia- Takut menggeletar.
Trichinophobia- Takut dengan trichinosis.
Trichopathophobia or Trichophobia- Takut dengan rambut atau bulu. (Chaetophobia, Hypertrichophobia)
Triskaidekaphobia- Takut dengan nombor 13.
Tropophobia- Takut untuk bergerak atau perubahan.
Trypanophobia- Takut dengan suntikan.
Tuberculophobia- Takut dengan penyakit batuk kering.
Tyrannophobia- Takut dengan pemerintah yang zalim.


U-

Uranophobia or Ouranophobia- Takut dengan syurga.
Urophobia- Takut dengan air kencing atau takut hendak kencing.


V-

Vaccinophobia- Takut dengan suntikan vaksin.
Venustraphobia- Takut dengan perempuan cantik.
Verbophobia- Takut dengan perkataan.
Verminophobia- Takut dengan kuman.
Vestiphobia- Takut dengan pakaian.
Virginitiphobia- Takut dirogol.
Vitricophobia- Takut dengan bapa tiri.
Vuteuthindion - Takut untuk berpicnic.


W-

Walloonphobia- Takut dengan bangsa Walloons dan bahasanya.
Wiccaphobia: Takut dengan nenek kebayan dan seninya (witchcraft).


X-

Xanthophobia- Takut dengan warna kuning atau perkataan kuning itu sendiri.
Xenoglossophobia- Takut dengan bahasa asing.
Xenophobia- Takut dengan orang yang tak dikenali atau orang luar.
Xerophobia- Takut dengan kekeringan.
Xylophobia- 1) Takut dengan benda kayu-kayuan. 2) Hutan.
Xyrophobia- Takut dengan pisau cukur.


Y-

Ymophobia - Takut dengan perkara yang bertentangan atau kontra.

Z-

Zelophobia- Takut dengan perasaan cemburu.
Zeusophobia- Takut dengan Tuhan atau dewa.
Zemmiphobia- Takut dengan tikus tanah.
Zoophobia- Takut dengan binatang.

Sayangi isteri, pandulah dgn berhemah

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni."
Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Julia. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok. Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut.Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Ha! bis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa.... jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cubamemujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang motong dia aaa...." Ahmad terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan.... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan..... BANG!!.
"Julia....bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya.
Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad mak? Macammana dengan suami saya, mak? Liza, Linda....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Julia tepat-tepat.
"Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.
PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar....... d! an Julia tersengih keseorangan.Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!

1 hari di hospital

Satu hari di klinik swasta... Kudut datang berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan sakit belakang.

Doktor: Apa hang dah buat dgn belakang hang ni?

Kudut: Saya keje syif malam. Bila saya balik umah saya kat tingkat 3 pagi tadi, saya dengar bunyi bising kat dlm bilik tido saya. Saya saspex ader org dah tido dgn bini saya. Saya tgk pintu balkoni saya terbuka. Saya berlari ke situ, jenguk ke bwh dan nampak sorang lelaki kelam-kabut lari sambil pakai baju dan seluar dia... pas tu saya trus angkat peti ais saya dan campak kat lelaki tu. Tu yg sakit belakang sampai skrg ni, doktor.

Tetiba, Chet meluru masuk ke bilik rawatan. Keadaan Chet nampak serius seolah-olah baru lepas dilanggar kereta,

Doktor: Uih! Pesakit yg saya tgh periksa ni nampak teruk. Tapi hang lagi dasyat aku tgk.... apa dah jadi?

Chet: Saya dah lama menganggur. Ari ni ari pertama keje baru saya. Tapi saya lupa set alarm semalam dan pagi ni saya dah terlambat. Tgh saya berlari ke stesen bas sambil pakai baju dan suar saya, tetiba je ada sebijik peti ais hinggap kat belakang saya, doktor!

Kemudian, Chot masuk ke bilik doktor tadi. Keadaan Chot lagi teruk daripada Chet dan Kudut. Doktor terkezut bewak...

Doktor: Hang pesal lak ni?

Chot: Saya ada kat dlm satu peti ais. Tetiba jer ader org campak peti ais tu ke bwh dari tingkat 3, doktor!!!

Sakit

Ketika waktu rehat, seorang doktor dikejutkan oleh seseorang wanita yang menangis tersedu-sedu sambil berkata

"Saya tidak mau mati lagi, Doktor".

Oleh sebab berasa kasihan, doktor kembali ke pejabatnya dan berkata

"Ada apa? cuba ceritakan masalah awak dengan terperinci!"

Lalu dengan tersedu-sedu pesakit wanita itu berkata,

"Doktor, jika saya menyentuh mana-mana bahagian tubuh saya, saya akan merasa sakit. Lihat ini doktor!"

Kemudian wanita itu menyentuh bahagian dadanya dengan tangannya, lalu menjerit kesakitan, dia menyentuh pula bahagian kepalanya dengan tangannya, kemudian ia menjerit kesakitan lagi, dia terus menjerit kesakitan apabila menyentuh bahagian anggota tubuh yang lain dengan tangannya.

Pesakit itu berkata " Lihat kan Doktor saya benar "

Lalu dengan tersenyum doktor itu berkata,

"Jari tangan awak sebenarnya yang patah

Renungan kehidupan

Renungan 1. Seseorang yang masuk kerja pukul 8:35 am sedangkan waktu mula kerja adalah 8:30 am sudah dikira lewat datang kerja TETAPI jika seseorang itu sembahyang Zohor pukul 2:00 pm atau 2:30 pm masih dikira awal waktu mengikut tafsiran umum sedangkan masuknya waktu Zohor di Semenanjung Malaysia adalah sekitar pukul 1 - 1:30 pm. Bukankah ini salah faham namanya?

2. Kita mengeji dan mengutuk Amerika terutamanya di saat perang ini TETAPI tidak kurang juga di kalangan kita yang menjadi peminat dan pembeli setia filem-filem Amerika yang kaya dengan propaganda itu terutamanya filem-filem aksi dan perang. Di satu sudut kita penentang dan di satu sudut yang lain kita penyokong dan pendokong mereka. Adakah ini maknanya benci tapi sayang ?

3. Kalau ada pelancaran skim-skim amanah saham maka berduyun-duyunlah orang pergi melabur untuk masa depan katanya TETAPI bila ada pelancaran Tabung Derma (saham Akhiratlah tu) untuk bantu siapa-siapa yang memerlukan nak mengumpul satu juta RM pun cukup payah dari rakyat Malaysia yang lebih 22 juta ini malah ada yang ambil masa berbulan- bulan walaupun mendapat publisiti meluas melalui media massa. Mana yang lebih kita cinta?

4. Kita sangat sensitif dan terharu bila mendengar atau melihat ada ibubapa yang mendera fizikal anak-anak kecil dan membuang bayi merata- rata seperti sampah TETAPI kita jarang rasa sedih dan terharu bila ramai ibubapa yang mendera anak-anak secara maknawinya dengan tidak mendidik menjadi anak-anak yang soleh seperti mengenalkannya Allah SWT, sembahyang, hormat orang tua, tutup aurat dan sebagainya agar tidak didera oleh malaikat di dalam kubur dan Neraka. Bukankah penderaan bentuk ini lebih meluas di serata dunia ? Bukankah ini satu perbuatan buang anak juga iaitu buang anak dalam api neraka? Mana lebih hina buang anak dalam tong sampah atau buang anak dalam api Neraka? Anak yang di buang dalam tong sampah belum tentu masuk Neraka kalau dia hidup tapi anak yang tidak dididik dengan sempurna akan rosak hidupnya yang kesudahannya akan ke Neraka juga.

5. Kita selalunya akan cepat-cepat ucapkan terima kasih pada sesiapa yang membantu kita dan akan kenangkan budinya sampai bila-bila TETAPI dengan Tuhan yang memberikan kita segala nikmat yang tak terhitung banyaknya, setiap detik dan setiap masa, kita jarang rasa terhutang budi dan berterima kasih setiap masa dengan cara yang dituntut-Nya.

6. Kita pasti berasa malu dan terhina bila ada orang yang mendedahkan keaiban kita TETAPI tidak pun rasa malu dengan Tuhan yang sudah sedia tahu kesalahan kita lahir dan batin, kecil dan besar.

7. Ramai lelaki memberikan alasan nak ikut sunnah Nabi SAW bila nak berpoligami TETAPI cara kehidupan dan amalannya sangat jauh dari sunnah. Ini pergunakan agama untuk kepentingan diri namanya. (Kalau perangai macam tu macam mana isteri nak bagi kahwin lain)

8. Ramai perempuan tidak rela dimadukan oleh sang suami TETAPI ramai juga yang merelakan suaminya main perempuan di luar rumah asalkan sang suami tak kahwin lain. Alangkah buruknya sikap sebegini membiarkan sang suami bergelumang dengan dosa asalkan diri tidak berkongsi suami.

9. Kahwin 4 lebih baik dari kahwin 3, kahwin 3 lebih baik dari kahwin 2, kahwin 2 lebih baik dari kahwin 1 sekiranya mampu berlaku adil dalam semua segi TETAPI kahwin 1 lebih baik 2, kahwin 2 lebih baik dari 3, kahwin 3 lebih baik dari 4 jika tak mampu untuk berlaku adil pada kedua-duanya atau ketiga-tiganya atau keempat-empatnya. Hisab dan nilai diri dahulu sebelum pilih yang mana satu.

10. Pemimpin-pemimpin selalunya meniup seruling kedamaian, bersatu dan berkasih sayang sesama manusia TETAPI pemimpin yang sama juga di pentas yang lain memalu gendang permusuhan, menyalakan obor peperangan memotong tali persaudaraan.

11. Kita selalu rasa dia salah, dia jahat, dia tak betul, dia menyeleweng dan sebagainya TETAPI kita jarang sekali rasa aku jahat, aku berdosa, aku tidak betul, aku bersalah, kerana aku dia jadi begitu sedangkan sikap-sikap ini sangat dianjurkan.

**Mati Hanya Sekali, Jadikannya Di Jalan Allah SWT**

RAHSIA perempuan yang lelaki PERLU tahu..

Ada betulnya..

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Hurm...

RAHSIA GADIS MENGEKALKAN KEAYUAN

1) Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari.


2) Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat.

3)Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti 'tolong' serta 'minta maaf'. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam.

4) Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit.

5) Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan.

6) Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas.

7) Menjaga cara berberjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar. Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah). Muka elok ditundukkan sedikit.

8) Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut.

9) Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik.

10)Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

11)Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin.

12) Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain.

Rahsia Dahi

Selalunya orang mengaitkan 'dahi licin' dengan perempuan yang cantik dan menawan. Itu sekadar ungkapan saja kan? Bercakap soal dahi ini,tahukah kamu bahawa dengan memandang dahi seseorang saja sudah terungkap lagi rahsia pada diri kamu! Bahayakan.... Jadi lain kali sesiapa yang dahinya agak luas tu cepat-cepatlah 'cover'kannyer sikit.

Kalau tidak tentu ada yang boleh menilik perangai dan tingkah laku kamu walau pun baru pertama kali bersua. Kalau kamu nak tahu apa rahsia yang tersirat mengenai dahi kamu tu hah... cubalah baca artikel ini hingga habis.Baca tau, jangan tak baca! Tapi seperti biasa, ada syarat-nya. Kenal pasti dulu bentuk dahi kamu tu! Tak susah kan? Siapa cakap susah?

Dahi Jendol (CT Nurhaliza???)
Dahinya agak luas dan seolah-olah 'benjol' ke hadapan sedikit. Tapi jangan ingat,orang yang berdahi jendol ini tak cantik tau! Kalau kena gaya rambutnya, memang cantik. Jangan pula asyik
mengikat rambut ke belakang. Dahlah dahi tu jendol. Tentu agak 'buruk' rupanya. Tapi itu tak penting. Yang penting, apa rahsia disebalik bentuk dahi itu? Sebenarnya si Jendol ni mempunyai keistimewaan tersendiri. Dahi jendol melambangkan bahawa si pemiliknya mempunyai kecergasan yang tinggi. Mereka juga rajin dan cekal dalam usaha mereka untuk mencapai apa
yang dihajati dalam hidup. Sifat tanggungjawab mereka juga cukup jelas kerana tiap tanggungjawab yang diberikan pasti akan sangat. Selain itu,mereka juga pandai bergaul danmenempatkan diri mereka didalam apa situasi sekalipun. Tiap manusia ini kan ada kelemahannya. Bagi pemilik dahi sebegini,mereka dikatakan terlalu setia pada cinta hingga boleh membuatkan diri mereka sendiri yang merana. Sekali dia jatuh cinta, sukar untuk dia
melepaskan 'burung' di dalam genggaman walaupun dia sedar pilihannya itu punya banyak kelemahan! Hai.. untunglah sesiapa yang menjadi kesayangan mereka ni. Tapi usahlah setia 'membuta' sangat. Nanti diri yang tewas dan berendam air mata! Setialah pada yang juga benar-benar setia pada kamu! Satu lagi kelemahan mereka ini, punya rasa percaya dan yakin pada
diri yang sangat rendah. Sebabitulah mereka perlukan dorongan!

Dahi sempit
Sebahagian dahinya dipenuhi dengan anak-anak rambut yang banyak hingga membuatkan ruang dahinya kelihatan kecil saja. Sifat mereka ini, suka sangat berdikari dan tak suka bergantung
pada orang lain. Bagi mereka, tak 'mati' kalau hidup seorang- seorang pun. Mereka juga tak mudah menyerah kalah dalam apa juga yang dilakukan. Nampak saja dahi sempit, tapi jiwa dan semangat tak 'sempit'! Kamu yang memiliki dahi ini tentunya
bangga bila baca rahsia dahi sebegini. Dikatakan mereka yang berdahi sempit jarang mendapat kesukaran dalam urusan pembelajarannya. Sebaliknya, entah mengapa mereka agak sukar
mencari pasangan/kekasih!

Dahi lebar
Wah! Saiz dahinya agak 'lapang' dan luas. Kadangkala mereka punya bentuk muka yang kecil tapi saiz dahi membuatkan wajah mereka agak 'lebar' di bahagian atasnya. Biasanya mereka ini lebih suka bersikap pendiam dan lebih suka membuat hal sendiri saja. Tapi ini bukan bermakna mereka ini tak suka berkawan.
Sebenarnya mereka jarang suka memulakan bicara terlebih dahulu. Kalau ada yang mulakan, boleh saja! Selain itu mereka juga sangat pakar dalam soal 'simpan menyimpan' ini. Jadi tak
hairanlah kalau mereka ini mempunyai banyak wang simpanan! Bagus lah tu, sebagai jaminan masa depan.

Dahi bersegi
Ha! Si dahi bersegi ini rupanya kuat bekerja rupanya. Segala kerja yang dilakukan itu pasti akan dilakukan dengan tekun sekali. Mungkin sebab itu juga dia pasti lebih menonjol daripada teman-teman yang lain di sekolah/pejabat. Kelemahan diri mereka pula,mereka tidak mempunyai ramai teman memandangkan sikap
mereka sendiri yang suka memilih teman. Hai..pilih bulu nampak? Mereka juga sukar menjalinkan kemesraan dengan orang lain kerana sikap mereka yang agak kaku memulakan perbualan.

Dahi berbentuk 'M' atau 'hati'
Kuat imaginasi rupanya kamu ni ye! Pantang ada kelapangan asyik nak berangan saja. Sebab itu tak hairanlah kalau mereka ini suka menyendiri. Tapi itu tak bermakna mereka tak suka bergaul
tapi mereka lebih 'serasi' dengan orang-orang yang 'sekepala' dengan mereka juga. Mereka juga dikatakan sangat beruntung dalam hidup. Ada saja 'rezeki' yang mereka dapat. Dah nasib
badankan! Kelemahan mereka pula, tidak suka menjadi ketua kerana bagi mereka ia terlalu membebankan dan tidak mampu untuk dipikul. Selain itu,mereka juga'mulut tempayan' dan sukar
simpan rahsia! Jadi awas sebelum kamu 'membuka'bicara di hadapan mereka. Kalau kamu hendak berita itu 'satu dunia tahu',bolehlah kamu khabarkan pada mereka! Rahsia sudah bukan rahsia lagi!

Dahi dengan juntaian anak rambut
Rambutnya dibiarkan berjuntaian di dahinya. Mereka dikatakan seorang yang bijak serta sangat pemurah. Mereka juga suka memberikan pertolongan kepada teman - teman yang memerlukan hinggakan kadangkala mengenepikan kepentingan sendiri. Itu menyebabkan ramai yang menyayangi mereka. Kelemahan diri pula, mereka agak boros dalam soal berbelanja. Tak hairanlah,asyik 'over budget' saja! Mereka juga sukar bersikap tegas dan lembut hati. Itu menyebabkan mereka mudah dipengaruhi hingga dipergunakan oleh orang lain!

Itu saja...sekian terima kasih

Ibu

Assalamualaikum, Meskipun berita ini sudah agak outdated tapi rasanya ada manfaatnya utk ditimbulkan semula agar keinsafan yang mengintai-intai di pintu hati kita terus masuk ke dalamnya.

Petikan Berita Harian 20/5/2005 - Kasih Ibu Dan Anak :Wanita hidap Parkinson pangku mayat anak 2 hari

Oleh Johan Afandi dan Zulhazri Abu Bakar

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.

Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan nikmat sebuah perkahwinan utk kebahgiaan ibunya. Tapi aku..dulu baru di Universiti setahun dua, duit makan hari2 pun bergantung kat mak bapak dah gatai nak kawin, lepas kerja setahun dua, duit tak cukup pun dah nak kawin, ntah bila teringat nak bantu ibu bapa? Ntah bila teringat nak bantu adik-adik? Ntah bila teringat nak balas budi baik ayah bonda? Yang diingat selalu birthday makwe, valentine day, dating, tapi tak pernah pun ingat birthday mak bapak, adik-adik. Sanggup himpun duit yang mak bapak bagi utk beli hadiah, sanggup makan sehari sekali tapi utk ayah ibu apa yang sanggup? Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!

Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.

Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati. Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?

Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya. Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!

Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.

"Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit.

"Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya. Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi. Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa, bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok? Kalau kena masuk hospital macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya dapat mandi.

Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu. àBaguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan seorang jiran.

“Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis,” katanya.

Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya. Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang benar-benar baik

"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya.

Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.

Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Aku camna? Jiran depan rumah pun jarang bertegur sapa, apatah lagi yang lain. Apatah lagi yang 40 buah rumah dikeliling? Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!

"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya “mak nak makan”, “mak nak pergi bilik air” ketika menjaga maknya itu. “Mak mai makan” , “Mak, nak kencing habaq!” Beza sungguh akhlak beliau dengan akhlak aku!

“Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh,” kata Kalsom. Kasihnya ibu….membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada. Teruskan lagu ini berputar..

Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.

Quote: “Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup agar menjadi seorang yang berguna”

Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah SWT memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!

Harap dapat memberi manfaat!
Wallahu a’lam

Cerita pokok epal

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya. Adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki itu begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.



Masa berlalu... budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut.

Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku" ajak pokok epal itu. "Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya" tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata "kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu kau dapat membeli permainan yang kau inginkan". Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

Masa berlalu... Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku" ajak pokok epal itu. "Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya" Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa. "Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu. "Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira" cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin di mamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. "Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pokok epal itu dengan nada pilu. "Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tidak bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku tak berupaya untuk belayar lagi. Aku merasa penat dan ingin berehat" jawab lelaki tua itu. "Jika begitu, berehatlah di perduku" cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak kita berfikir tentang pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Semasa kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila berada di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup. Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok epal itu tetapi itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita sementara dia masa hidup di dunia ini. Semoga kisah ini memberikan keinsafan dan kesedaran kepada kita semua

petua 4 gadis

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.


2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif ..

"Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan, mengetahui (dengan yakin, bahawa keterangan-keterangan) yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu (mengenai hari kiamat dan lain-lainnya) itulah yang benar serta yang memimpin ke jalan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Terpuji."(As Sabak: 6) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang

Perkara Yang Akan Membuatkan Kita Susah (Renungan)...

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.

Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.

1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa-apa yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makanan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.


LIMA PERKARA YANG MESTI DISEGERAKAN
Dari Hatim Al-Asom :
"Terburu-buru itu termasuk sifat syaitan, kecuali pada lima tempat" , maka ia termasuk sunnah Rasulullah SAW
1. Memberi makan tetamu, bila ia datang berkunjung.
2. Menyiapkan perkuburan mayat bila telah mati.
3. Mengahwinkan anak perempuan, bila cukup umur.
4. Membayar hutang, bila telah sampai masanya.
5. Bertaubat dari dosa! , bila ia telah melakukannya.


LIMA PESANAN DARI SYAIKH AL-BALKHI
"Ambil olehmu lima perkara kemudian amalkan :
1. Sembahlah Allah sebanyak keperluanmu kepadaNya.
2. Ambillah apa-apa dari dunia menurut keperluan selama umurmu didalamnya.
3. Lakukanlah maksiat kepada Allah, menurut kemampuanmu memikul azabNya.
4. Persiapkanlah bekal didunia untuk selama kamu tinggal didalam kubur.
5. Beramallah untuk syurga, menurut lamanya masa yang kamu inginkan untuk tinggal didalamnya."


HARTA BERTIMBUN BOLEH MENYEBABKAN LIMA PERKARA
Dari Sufyan Sauri : "Tiada berkumpul harta disisi seseorang pada zaman ini, melainkan timbul didalam dirinya lima perkara :
1. Panjang angan-angan.
2. Sentiasa tamak.
3. Sangat kedekut.
4. Berkurang waraknya.
5. Lupa kepada akhirat.


7 JENIS WAJAH MAYAT DI DALAM KUBUR
1. Mayat yang mukanya berpaling dari arah kiblat.
- Itulah petanda bahawa semasa! hidupnya telah melakukan perkara syirik kepada Allah.
2. Mayat yang mukanya berbentuk bab*.
- Itulah petanda semasa hidupnya tidak melakukan solat lima waktu, tidak menjaga solat lima waktu. Lalai dalam solatnya. Sesungguhnya solat dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
3. Mayat yang kepala menjadi batu! yang hitam legam.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya derhaka kepada kedua ibu-bapa.
4. Mayat yang perutnya buncit dan meletup.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya suka makan harta yang haram.
5. Mayat yang kukunya mencengkam dan meliliti seluruh tubuhnya.
- Itulah mayat yang semasa hidupnya suka berkelahi, mengata, menghina, mengkritik dan mengumpat orang.
6. Mayat yang keluar mata air dari kuburnya dan air itu baunya lebih busuk dari bangkai.
-Itulah mayat orang yang suka makan riba'.
7. Mayat yang wajahnya tersenyum
- Itulah mayat yang semasa hidupnya berilmu dan beramal soleh.

Wallahua'lam

Kemahuan manusia

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak:

ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi.

Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air lauttiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan.

Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu."KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. Lalu apa jawab KEKAYAAN,"Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku.

Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam.Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. "KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi,KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku.

Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN,bawalah aku bersamamu", kata CINTA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatkan.Lalu ia berdoa kepadaTuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA?

Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyotberjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya.Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi.

Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran.

"Sebab",kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......

PADA SIAPA PATUT LETAK CINTA…

Jatuh yang tidak ada orang simpati ialah jatuh cinta. Sebab jatuh cinta indah, tidak macam jatuh tangga atau jatuh pokok, sakit. Cinta banyak perkara cinta. Tidak ada siapa pun yang dapat larikan diri daripada mencintai dan dicintai. Kemuncak cinta, ada orang masuk syurga kerana cinta dan tidak kurang ramai orang yang akan dihumbankan ke neraka gara-gara cinta.. Cinta yang begaimana boleh bawa seseorang ke syurga dan kenapa ada yang masuk neraka lantaran kerana cinta?

Cinta, rasa yang ada dalam hati yang tidak boleh disukat-sukat. Hati yang merasainya, sehingga boleh terhibur atau terseksa kerananya. Datangnya dari dua sumber yakni dari nafsu dan dari Allah.

Cinta yang diilhamkan oleh nafsu berlaku apabila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak pula bertaubat.Sifat-sifat keji seperti sombong, ujub, riak, gila puji, hasad dengki dan lain-lain sifat jahat bersarang dalam hati tidak dikikis, maka ketika itu nafsulah yang akan jadi Tuhan dalam diri sehingga apa saja yang dilakukan mengikut arahan nafsu. termasuk dalam meletakkan cinta, ukuran yang diberi dan sebab jatuh cinta pun ikut selera nafsu.

Lelaki akan jatuh cinta pada perempuan yang mendedahkan kecantikannya hingga tubuh badan perempuan itu sudah tidak terlindung lagi pada pandangan nafsunya. Cinta diberi ialah untuk mengisi keinginan nafsu seks lelaki kepada perempuan. begitu juga wanita, jatuh cinta sebab lelaki kaya, handsome bergaya, ada jawatan dan lain-lain keistimewaan yang disenangi oleh nafsu. Lantas cinta diberi dengan harapan mereka dapat tumpang kemewahan dan kesenangan hidup lelaki tersebut. Jelasnya, cinta yang datang dari nafsu ditujukan untuk kesenangan nafsu semata-mata.

Bila bertaut dua cinta yang dilahirkan oleh nafsu yang punya kepentingan masing-masing maka berlangsunglah babak-babak melahirkan rasa cinta. Dari surat menyurat, telefon, ziarah, keluar makan-makan, berdua-duaan di taman bunga, dalam keadaan saling rindu merindukan.. Ketika itu tak ada lain dalam ingatan melainkan orang yang dicintai. Sehari tak jumpa atau tidak telefon rasa berpisah setahun. Sudah tidak malu pada orang sekeliling, apa lagi pada Allah yang Maha Melihat. Lagi mereka tidak ingat dan takut. Lantaran itu mereka sanggup buat apa saja untukmembuktikan kecintaan pada pasangan masing-masing.

Hatta yang perempuan sanggup serah maruah diri konon untuk buktikan cinta pada lelaki. Yang lelaki pula rela bergolok bergadai untuk memberikan kemewahan pada perempuan sebagai bukti cinta. Akhirnya bila yang perempuan telah berbadan dua, lelaki serta merta hilang cintanya. Habis manis sepah dibuang. Kalau pada lelaki pula, ada duit abang sayang, tak ada duit abang melayang. Kalau pada suami pula, isteri seorang suami disayang, bila hidup bermadu kasih pada suami melayang.

Itulah falsafah cinta nafsu yang melulu. Cintanya hanya selagi nafsu ada kepentingan. Cinta inilah yang banyak melanda orang muda yang dilambung asmara. Hingga sanggup buat apa saja, sekalipun bunuh diri,kalau kecewa dalam bercinta. Walhal sedap dan indahnya sekejap. Sakitnya lama, sakit yang paling dahsyat ialah di neraka kelak. Inilah kemuncak cinta yang paling malang dan memalukan.

Cinta nafsu kalau pun boleh bersambung sampai membina rumahtangga ia tetap akan menyeksa. Kerana suami akan cinta pada isteri selagi isteri masih muda, seksi dan manja. Yakni selagi nafsu dapat disenangkan. Bila isteri tua, kulit berkedut, tampal make-up lagi hodoh,rambut putih dan gigi pun sudah banyak gugur seperti opah, badan pun sudah kendur, maka cinta suami akan beralih pada gadis muda yang menarik. Sekaligus hilanglah cinta suami. Menderitalah isteri yang hilang perhatian suami apalagi kalau terang-terang depan mata suami kepit perempuan lain, lagilah isteri terseksa.

Begitu juga si isteri. Cintakan suami selagi suami boleh membahagiakan dan menunaikan segala keinginan nafsu. Selagi suami kasih dan sayang padanya. Andainya suami hilang kuasa, jatuh miskin, masuk penjara atau suami kahwin lagi seorang maka serta merta hilang cinta pada suami. Sebaliknya berbakul-bakul dating rasa benci pada suami yang dulu dipuja tingg melangit. Begitu mudah cinta bertukar jadi benci.Akibatnya berlakulah pergaduhan, masam muka,kata-mengata, ungkit mengungkit, suami tidak pedulikan isteri dan isteri pun hilang hormat pada suami.Rumahtangga panas dan menunggu saat untuk ditalqinkan ke kubur perceraian. Ketika itu tak ada lagi pujukrayu, *****bu mesra sebagaimana waktu cinta tengah membara. Maka doktor yang menulis pun dituduh

Itulah gara-gara cinta nafsu yang sudah menyusahkan manusia di dunia lagi.

Sebaliknya cinta yang dialirkan oleh Allah ke dalam hati, itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Cinta yang bukan diukur ikut pandangan mata, tapi ikut pandangan Allah. Ia bersebab kerana Allah dan cinta diberi pun untuk dapat keredhaan Allah. Cinta begini tiada batasannya. Tidak pula kenal jantina dan kedudukan. Dan cinta lahir hasil dari sama-sama cinta pada Allah.

Boleh berlaku pada lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, lelaki dengan perempuan, antara murid dengan guru, suami dengan isteri, sahabat dengan sahabat, rakyat dengan pemimpin, antara umat dengan Nabinya dan yang paling tinggi antara hamba dengan Tuhannya.

Kalau berlaku antara lelaki dengan perempuan yang tidak diikat oleh tali perkahwinan, mereka tak akan memerlukan untuk berjumpa, bercakap atau melakukan apa saja yang bertentangan dengan kemahuan Allah. Cinta mereka tidak akan dicelahi oleh nafsu berahi. Sebaliknya cinta itu ialah tautan hati yang berlaku walaupun tak pernah kenal atau baru kenal tapi hati rasa sayang dan rindu. Hati sedih kalau orang yang dicintai ditimpa susah, senang kalau yang dicinta itu senang. Sanggup susah-susahkan dan korbankan diri untuk senangkan orang yang dicintai.

Cinta yang begini ada diceritakan dalam hadis, iaitu seorang lelaki yang bertemu dan berpisah dengan sahabatnya kerana Allah maka mereka akan mendapat
perlindungan ‘arasy Allah di padang mahsyar nanti,hari di mana masing-masing orang mengharap sangat lindungan dari matahari yang sejengkal saja dari kepala.

Kalau berlaku antara suami isteri maka isteri akan letak seluruh ketaatan pada suami, berkhidmat dan melayan suami tanpa jemu-jemu. Sama ada waktu suami tunjukkan sayang atau masa suami marah-marah. Sama ada suami kaya atau miskin, atau suami kahwin lagi, cinta isteri pada suami tidak belah bagi. salah satu contohnya penderitaan mengundang bahagia. Kerana cintanya pada suami datangnya dari Allah hasil dari ketaqwaan isteri. Datanglah ribut taufan, angin puting beliung melanda rumah tangga, isteri tetap memberikan cintanya yang utuh dan teguh.

Begitu juga suami, cinta pada isteri tidak kira isteri itu muda atau tua. Samada pada hatinya. Selagi isteri taat pada Allah, isteri tetap dikasihinya. Kalau dia ada empat isteri, tentulah isteri-isteri akan tertanya-tanya, pada isteri manakah yang suami paling cinta? Kalau cinta itu bersumber dari Allah, tentu isteri yang paling taqwalah yang paling layak dicintai oleh suami lebih dari isteri-isteri lain. Sebagaimana Rasulullah lebih mencintai Aisyah kerana taqwa Aisyah lebih tinggi dari istei-isteri lain. Rasulullah saw akui sendiri hanya bersama Aisyah saja, dalam satu selimut baginda pernah diberi wahyu. Tapi tidak pernah berlaku semasa baginda satu selimut dengan isteri-isteri yang lain.

Sumber cinta yang datang dari Allah akan meletakkan Allah yang paling tinggi dan utama. Bila berlaku pertembungan antara cinta Allah dengan cinta pada makhluk maka cinta Allah dimenangkan. Misalnya seorang isteri yang cinta suaminya. Tiba-tiba suami larang isteri melakukan ketaatan pada Allah dalam hal tutup aurat, walhal tutup aurat itu Allah tuntut. Maka kecintaan pada Allah itu akan mendorongnya untuk laksanakan perintah-Nya walaupun suami tidak suka ataupun terpaksa kehilangan suami. Sanggup dilakukan sebagai pengorbanan cintanya pada Allah. Sebaliknya kalau dia turut kemahuan suami ertinya kata cinta pada Allah hanya pura-pura, cintanya bukan lagi bersumberkan Allah tapi datang dari nafsu.

Cinta yang datang dari Allah menyebabkan seseorang cukup takut untuk melanggar perintah Allah yang kecil, apalagi yang besar, lagi dia gerun. Seorang yang sudah dapat mencintai Allah, cinta yang lain-lain jadi kecil dan rendah padanya.

Sejarah menceritakan kisah cinta Zulaikha terhadapNabi Yusuf. Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh cinta nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf, dia sanggup hendak menduakan suaminya, seorang menteri. Bila Nabi Yusuf menolak keinginannya, ditariknya baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat dari peristiwa itu Nabi Yusuf masuk penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu cintanya kepada Yusuf.

Penderitaan cinta yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia bertukar dari seorang perempuan cantik menjadi perempuan tua yang hodoh. Matanya buta kerana banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan dari Allah terhadapnya. Lalu Allah mewahyukan agar Nabi Yusuf mengahwini Zulaikha setelah Allah kembalikan penglihatan, kemudaan dan kecantikannya seperti di zaman gadisnya. Peliknya,bila Zulaikha mengenal Allah, datanglah cintanya pada Allah sehingga masanya dihabiskan untuk bermunajat dengan Allah dalam sembahyang dan zikir wirid sehingga terlupa dia hendak melayan kemahuan suaminya Yusuf yang berhajat kepadanya. terpaksa Nabi Yusuf menunggu Zulaikha menghabiskan sembahyangnya, hingga hamper hilang kesabaran Nabi Yusuf lantas ditariknya baju Zulaikha sehingga koyak; sebagaimana Zilaikha pernah menarik baju Nabi Yusuf seketika dulu.

Begitulah betapa cinta yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan bila dia kenal dan cinta pada Allah.Cinta Allah ialah taraf cinta yang tinggi. Kemuncak cinta ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di syurga yang dipenuhi dengan kenikmatan.

Cinta pada Allah akan lahir bagi orang sudah cukup kenal akan Allah. Kerana cinta lahir bersebab. Kalau wanita cinta pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan dan sebagainya dan lelaki cinta wanita kerana cantik, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan rasa lebih patut dicurahkan rasa cinta pada Allah kerana segala kenikmatan itu datangnya dari Allah.

Ibu bapa, suami, isteri, sahabat handai dan siapa saja yang mengasihi dan mencintai kita, hakikatnya itu semuanya datang dari Allah. Kebaikan, kemewahan dan kecintaan yang diberikan itupun atas rahmat dan kasihan belas Allah pada kita. Sehingga Allah izinkan makhluknya yang lainnya cinta pada kita. Walhal Allah boleh bila-bila masa menarik balik rasa itu dari hati orang-orang tadi kalau Allah mahu.

Allah yang menciptakan kita makhluk-Nya, kemudian diberinya kita berbagai-bagai nikmat seperti sihat,gembira, dan macam-macam lagi. Samada masa kita ingat
pada-Nya ataupun masa kita lalai, tetap diberi-Nya nikmat-nikmat itu. Begitulah, kebaikan Allah pada kita terlalu banyak sebagaimana firman-Nya: yang bermaksud:

“Kalau kamu hendak menghitung nikmat-nikmat Allah, nescaya kamu tak terhitung.”

Besar sungguh jasa Allah dari menciptakan, menghidupkan dan memberi rezeki, suami, isteri, rumah dan macam-macam lagi yang dengannya kita boleh lalui kehidupan dengan aman bahagia. Alangkah biadapnya kita kalau segala pemberian Allah itu kita ambil tapi lupa untuk ucapkan terima kasih, lupa pada yang memberi.Walhal, Allah boleh saja menyusah dan menyenangkan kita dengan kehendaknya.

Oleh itu orang yang betul kenal dan beradab, dia malu pada Allah. malah kerana malunya itu dia tidak nampak yang lain lebih hebat dari Allah. Cintanya tertumpu pada Allah, dan penyerahan diri pada Allah sungguh-sungguh. Setiap saat menanggung rindu lalu masanya dihabiskan untuk berbisik-bisik dengan kekasihnya. Sehingga kerana terlalu mendalam cinta pada Tuhan ada hamba Allah yang berkata, “Wahai Tuhan,aku mencintai Engkau bukan kerana takutkan neraka-Mu.tapi kerana Zat-Mu, ya Allah. Aku rela masuk neraka kalau itulah kemahuan-Mu.”

Itulah rintihan hati seorang wali perempuan Rabiatul Adawiyah dalam munajatnya dengan Allah. Dia menyatakan dua cinta tidak boleh duduk dalam satu hati. Bila cinta Allah sudah penuh dalam hatinya, maka tidak ada tempat lagi untuk cinta selain dari itu.

Ada orang mangatakan: “jika kau berikan hatimu ataupun cintamu pada manusia nescaya dia akan merobek-robekkannya. tapi kalau hati yang pecah itu diberikan kepada Allah nescaya dicantum-cantumkan-Nya.Ertinya cinta dengan Allah pasti berbalas. Dan Allah tidak membiarkan orang yang dicintai-Nya menderita di akhirat.”

Jadi seorang yang bijak dan beradab akan meletakkan kecintaan yang besar pada Allah, pada Rasulullah dan barulah pada makhluk-makhluk lain di samping-Nya.Itulah perletakan cinta yang betul dan menguntungkan di dunia dan juga di akhirat. Itulah dia cinta kita pada Allah swt yang patut kita letakkan.

Minah tertipu

> >> name aku Minah
>
> >> aku ade balak
> >> name balak aku Mat
> >> kitorang dah lame kenal
> >> dah lama saling sayang menyayang
> >> kalo lepak same2 pon kadang2 dah naik bosan


> >> tapi satu hari tu
> >> kitorang keluar laa jalan2 macam biase
> >> tapi aku terase lain macam sket
> >> si Mat bawak aku pegi kedai emas
> >> die nak beli cincin
> >> hadiah untuk kakak die katenye
> >>
> >> lpas tu die bawak pegi kedai baju pengantin
> >> nak usha2 baju utk kakak die jugak katenye
> >> aku pon ikut je laaa
> >> tapi si Mat beriyer tanye aku yang mane yang aku
> >> paling suka
> >> lpas tu, kitorang pegi kedai bunga
> >> Mat beli sejambak bunga ros merah
> >> pun untuk kakak die jugak katenye
> >> aku pon malas laa nak tanye banyak2
> >> same je jawapan die dari tadi
> >> tak lama lpas beli bunga tuh
> >> tibe2 Mat berenti..
> >> die berdiri tegak memandang ke arah aku..
> >> mukanya agak kemerahan
> >> panas kot
> >> tapi die senyum2..
> >> dan tunduk memandang kasut sendiri
> >> tibe2 die 'go down on one knee'
> >> maka secara automatik aku pon teringat laa lagu
> >> avril
> >> "i want to see you go down on one knee..marry
> >> me
> >> today..."
> >> Mat memanggil nameku..
> >> "Minah..."
> >> sambil menghulurkan cincin dan bunga ros tadi
> >> aku terdiam....
> >> aku terpaku di situ...
> >> perasaanku mula bergelora
> >> sudah terbayang pelamin indah tempat kami
> >> bersanding
> >> tiba2 terbayang keluarga dan anak2
> >> tanggungjawab yang berat terhadap keluarga
> >> sudah bersediakah aku...?
> >> tetapi aku gembira
> >> dalam tak sedar, airmataku mengalir perlahan di
> >> pipi
> >> Mat masih tunduk...
> >> die memanggil namaku lagi skali
> >> "Minah..."
> >> dalam tangisan kegembiraan aku menoleh ke
> >> arah Mat
> >> dan pada masa yang sama juga Mat mendongak
> >> memandang ke arahku
> >> mata bertentang mata..
> >> Mat bersuara...
> >> "Laaaa..ni apsal nangis2 nih?? Tetibe je..gile
> >> ape??
> >> Dah laaa orang panggil banyak kali tak jawab..
> >> tolong laaa pegang bende2 ni jap..aku nak ikat
> >> tali >kasut nih..cepat laaa..panas
> >> nih..ishhhh..susah btol >orang sentimental nih..."
> >>
> >> Dan aku pon meraung bagai nak gile
> >> malunye aku
> >> hampeh ko Mat..bile nak masuk minang nih..??

Mimpi

pada suatu malam abu bermimpi didatangi oleh segerombolan syaitan..lalu abu berkata..

Abu:wahai syaitan apakah hajat kau datang ke mari?

lalu syaitan pun menjawab...

Syaitan:aku ingin mencari orang yang beriman kepada tuhanmu..

abu pun berkata lagi...

Abu:mengapa kau ingin mencari org yang beriman?

syaitan pun berkata...

Syaitan:suka-suka.tak boleh ker...?

lalu abu pun berkata...

Abu:baiklah..aku cadangkan nama abangku...

syaitan pun mengeluh

Syaitan:iiiisssshhhhh.....

abu pun hairan dan bertanya kepada syaitan..

Abu:mengapa kau mengeluh syaitan?

syaitan dengan selamba menjawab..

Syaitan:abangmu.....tak boleh..

abu menjadi hairan dan bertanya dengan tak malunye

Abu:kenaper????

syaitan pun mengusap tanduknye dan tertunduk memandang lantai

abu pun bertanya lagi..

Abu:hei syaitan jawablah kenapa?

syaitan pun memandang tepat ke arah muka abu dan terdiam..

abu menjadi berang..dan berkata

Abu:mengapa kau diam hah?

akhirnya syaitan pun menjawab..

Syaitan:kau nak tau mengapa..

abu pun menganggukkan kepala

syaitan berkata lagi..

Syaitan:kau nie betul2 nak tau mengapa..

abu pun berkata..

Abu:yes i want to know why..

syaitan pun menjawab..

Syaitan:baiklah..kau jangan terkejut pulak yerrrr

abu pun berkata lagi..

Abu:baiklah..

syaitan pun menjawab dengan confidentnye..

Syaitan:sebab abang kau tue boss kami ha..ha..ha..ha..ha..

abu pun menjerit..

Abu:tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!!!!

aduh!!
abu pun terjaga dan memandang kearah sekelilingnya issshhh aku bermimpi rupenye.

Mengenal lelaki melalui warna kesukaannya

putih---- Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbul seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.

merah ---------Melambangkan tenaga fizikal dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya .Aspek negetifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait dengan kemarahan.

jingga----------- Ia adalah campuran merah dan putih .ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan

biru------------ Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia adalah melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.

kuning -----------Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.

hijau---------- Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang menolong atau mengubati orang lain .sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehatdan menenangkan fikiran .warna hijau di kaitkan dengan cemburu.

ungu-------- Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakian warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .

hitam -------Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyusuaikan diri .

coklat----- Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Mencari kebahagiaan

Suatu ketika, kelihatan seorang pemuda duduk di tepian telaga. Dia nampak termenung. Tatapan matanya kosong, menatap hamparan air di depannya. Seluruh penjuru mata angin telah dilewatinya, namun tidak ada satu pun titik yang membuatnya puas. Kekosongan makin terasa, sehingga ada suara yang menyapanya. Rupanya ada orang lain di sana selainnya.
“Apa yang kamu lakukan di sini wahai anak muda?” tanya suara itu. Rupanya suara itu adalah milik seorang lelaki tua. “Apa yang kau risaukan?”
Anak muda itu menoleh ke arah lelaki tua itu sambil menjawab, “Saya penat pak cik. Telah berbatu-batu jarak yang saya tempuhi untuk mencari kebahagiaan, namun tak juga ditemukan rasa itu di dalam diri ini. Saya telah melewati gunung dan lembah, tapi tak ada tanda kebahagiaan yang hadir dalam diri ini. Ke manakah saya harus mencarinya lagi? Dan bilakah akan saya temukan rasa ini.
Lelaki tua itu menghampiri anak muda tersebut dan mendengar keluhannya dengan penuh perhatian. Dipandangnya wajah lelah anak muda di depannya itu. Lalu, dia mulai berbicara, “Di depan sana, ada sebuah taman. Jika kamu ingin jawapan dari pertanyaanmu, tangkaplah seekor kupu-kupu buatku,” anak muda itu memandang dengan agak kehairanan.
Mereka berpandangan dan lelaki tua itu mengulangi lagi,”Ya... tangkaplah seekor kupu-kupu untukku dengan tanganmu.”
Perlahan-lahan pemuda itu bangkit. Langkahnya menuju satu arah, taman. Tak berapa lama kemudian, dijumpainya taman yang dimaksudkan. Taman yang semarak dengan pohon dan bunga-bunga yang bermekaran. Tak hairan banyak kupu-kupu yang berterbangan di sana.
Manakala lelaki tua itu, melihat dari kejauhan, memerhati tingkah laku pemuda yang sedang gelisah itu. Anak muda itu mulai bergerak. Dengan terhendap-hendap, ditujunya sebuah sasaran. Perlahan. Namun, sasaran itu luput. Dikejarnya kupu-kupu itu ke arah lain. Dia tidak mahu kehilangan buruan. Namun lagi-lagi dia gagal. Dia mulai berlari ke sana ke sini tak tentu arahnya. Diterjang dan dirempuh apa yang ada di depannya untuk mendapatkan kupu-kupu itu. Malah semak-samun pun diredahnya juga. Gerakannya semakin liar.
Adegan itu terus berlansung, namun tidak seekor kupu-kupu pun yang dapat ditangkapnya. Si pemuda mulai kelelahan. Nafasnya memburu, dadanya bergerak naik turun dengan cepat.
Kemudian dia mendengar lelaki tua tadi menjerit, “Hentikan dulu anak muda. Istirehatlah.”
Lelaki tua itu berjalan perlahan ke arahnya. Dilihatnya ada sekumpulan kupu-kupu berterbangan di sisi kanan dan kiri lelaki tua itu. Ia terbang berkeliling, sesekali hinggap di tubuh tua itu.
“Begitukah caramu mengejar kebahagiaan? Berlari dan menerjah apa saja? Ke sana sini tak tentu arah, menerobos tanpa peduli apa yang kau rosakkan?” kata lelaki tua itu sambil menatap pemuda itu.
“Nak, mencari kebahagiaan itu seperti menangkap kupu-kupu. Semakin kau terjang, semakin ia akan menghindar. Semakin kau buru, semakin pula ia pergi dari dirimu.
Namun tangkaplah kupu-kupu itu dalam hatimu. Kerana kebahagiaan itu bukan benda yang dapat kau genggam, atau sesuatu yang dapat kau simpan. Carilah kebahagiaan itu dalam hatimu. Telusuri rasa itu dalam kalbumu. Ia tak akan lari ke mana-mana. Bahkan, tanpa kau sedari kebahagiaan itu sering datang sendiri.”
Lelaki tua itu mengangkat tangannya, tiba-tiba seekor kupu-kupu hinggap di hujung jarinya. Terlihat sayap kupu-kupu itu memancarkan keindahan ciptaan Tuhan. Pesonanya begitu mengagumkan, kelopak sayap yang mengalun perlahan, layaknya kebahagiaan yang hadir di dalam hati. Warnanya begitu indah, seindah kebahagiaan bagi mereka yang mampu menyelaminya.
Mencari kebahagiaan ibarat menangkap kupu-kupu. Sulit, bagi mereka yang terlalu bernafsu, namun mudah, bagi mereka yang tahu apa yang mereka cari. Kita mungkin dapat mencarinya dengan menerjang sana sini, merempuh sana sini. Kita dapat saja mengejarnya dengan berlari kencang ke seluruh penjuru arah. Kita pun dapat meraihnya dengan bernafsu, seperti menangkap buruan yang dapat kita santap setelah mendapatkannya.
Namun kita belajar. Kita belajar bahawa kebahagiaan tak bisa didapat dengan cara-cara seperti itu. Kita belajar bahawa bahagia bukanlah sesuatu yang dapat digenggam atau benda yang dapat disimpan. Bahagia adalah udara, dan kebahagiaan adalah aroma dari udara itu.
Kita belajar bahawa bahagia itu memang ada dalam hati. Semakin kita mengejarnya, semakin pula kebahagiaan itu akan pergi dari kita. Semakin kita berusaha meraihnya, semakin pula kebahagiaan itu akan menjauh. Cubalah temukan kebahagiaan itu dalam hatimu. Biarkanlah rasa itu menetap dan abadi dalam hati kita.
Temukanlah kebahagiaan itu dalam setiap langkah yang kita lakukan. Dalam bekerja, dalam belajar, dalam menjalani hidup kita. Dalam sedih, dalam gembira, dalam sunyi dan dalam riuh. Temukanlah bahagia itu, dengan perlahan, dalam tenang, dalam ketulusan hati kita.
Percayalah, bahagia itu ada di mana-mana. Rasa itu ada di sekitar kita. Bahkan mungkin, bahagia itu pernah ‘hinggap’ di hati kita, namun kita tak pernah mempedulikannya. Mungkin juga, bahagia itu berterbangan di sekeliling kita, namun kita terlalu acuh untuk menikmatinya.