Assalamualaikum, Meskipun berita ini sudah agak outdated tapi rasanya ada manfaatnya utk ditimbulkan semula agar keinsafan yang mengintai-intai di pintu hati kita terus masuk ke dalamnya.
Petikan Berita Harian 20/5/2005 - Kasih Ibu Dan Anak :Wanita hidap Parkinson pangku mayat anak 2 hari
Oleh Johan Afandi dan Zulhazri Abu Bakar
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang membujang kerana mahu menjaga ibunya yang menghidap Parkinson, ditemui mati di pangkuan wanita itu di kediaman mereka di Flet Kos Sederhana Rendah Fasa 13, Jalan Padi Malinja, Bandar Baru Uda di sini, semalam.
Membujang? Ya Allah inilah bukti kasihnya seorang anak terhadap ibunya. Betapa hebatnya pengorbanan seorang anak sanggup melupakan nikmat sebuah perkahwinan utk kebahgiaan ibunya. Tapi aku..dulu baru di Universiti setahun dua, duit makan hari2 pun bergantung kat mak bapak dah gatai nak kawin, lepas kerja setahun dua, duit tak cukup pun dah nak kawin, ntah bila teringat nak bantu ibu bapa? Ntah bila teringat nak bantu adik-adik? Ntah bila teringat nak balas budi baik ayah bonda? Yang diingat selalu birthday makwe, valentine day, dating, tapi tak pernah pun ingat birthday mak bapak, adik-adik. Sanggup himpun duit yang mak bapak bagi utk beli hadiah, sanggup makan sehari sekali tapi utk ayah ibu apa yang sanggup? Ya Allah ampunilah dosa-dosaku, dosaku kepada ibu bapaku, dosa ibu bapaku terhadapMu Ya Allah! Tempatkanlah mereka dalam rahmat dan kasih sayangMu!
Abu Bakar Hamzah Mohamad, 41, dikenali sebagai Halim di kalangan jirannya dan bekerja kilang di kawasan perindustrian Ungku Mohsin di sini, dipercayai mati di pangkuan ibunya, Aishah Sulaiman, 65, sejak dua hari lalu.
Kematian Abu Bakar hanya disedari oleh jiran dua beranak itu pagi semalam apabila menjenguk mereka dan mendapati, Aishah, yang tidak dapat bercakap kerana penyakitnya, dilihat memicit Abu Bakar, tanpa menyedari anaknya itu sudah mati. Lihat betapa tinggi kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya. Walaupun diri sendiri menderita namun utk seorang anak yang taat si ibu tetap berusaha memicit anaknya dengan penuh harapan. Inilah bukti keredhoan seorang ibu terhadap anaknya. Redho Allah adalah juga atas redho seorang ibu..Adakah ibuku meredhoi diriku ini?
Aishah, yang kematian suami sejak lima tahun lalu bergantung penuh kepada Abu Bakar untuk menyuap nasi dan memandikannya setiap hari kerana penyakit Parkinson dihidapinya. Bayangkanlah sejak 5 tahun! Alangkah bahgianya Puan Aishah memiliki anak yg taat sebegini. Bagi aku kadang-kadang utk berada 5 hari bersama ibunda tercinta pun sudah dirasakan lama, asyik teringat nak balik rumah je, apatah lagi dengan keadaan kesihatan yg begitu. Balik cuti sehari dua dah rasa lama, mak ayah suruh urut/garu belakang pun malas, apatah lagi untuk menjaga ibu yang sakit! Selama 5 tahun!
Pengusaha kedai runcit di flet itu, Saim Arif, 48, berkata pagi Selasa lalu, dia ternampak Halim menunjukkan reaksi seperti sedang menanggung kesakitan, sebelum terjatuh berhampiran motosikalnya.
"Halim biasa keluar kira-kira jam 6 pagi dan pagi itu dahinya berdarah selepas jatuh dekat motosikalnya. Penduduk yang nampak berkata, sebelum itu Halim duduk di meja di bawah blok seperti orang sakit.
"Saya tanya dia sama ada nak dibawa ke klinik tapi dia tak mahu. Jadi saya cuma tolong dia balik ke rumah," katanya. Ingatan beliau terhadap ibunya melebihi kesakitan yang dihadapi. Mungkin masa tu beliau rasa kalau ke klinik akan memakan masa, bagaimana dengan ibunya? Sapa nak tengok? Kalau kena masuk hospital macammana? Biarlah dia menderita asal ibunya dapat makan, asal ibunya dapat mandi.
Saim berkata, selepas dua hari tidak melihat Halim keluar bekerja, beliau menyuruh seorang penduduk flet menjenguk rumah dua beranak itu. àBaguih jugak Si Saim ni kira prihatin jugak la..Inilah peranan seorang jiran.
“Ketika dia tiba di rumahnya, pintu tidak berkunci dan apabila diselak, Halim yang tertiarap di ruang tamu sedang dipicit oleh ibunya. Apabila diperiksa, Halim sudah tidak bernyawa, lantas dia menghubungi polis,” katanya.
Seorang lagi jiran, Kalsom Mohd Ali, 52, yang terkejut dengan kematian itu berkata, hubungan dua beranak itu memang rapat, malah Halim tidak pernah lekang bertanyakan makan minum ibunya. Inilah bukti betapa Halim seorang yang benar-benar bertanggungjawab. Kalau seseorang tu meninggal dunia dan orang lain bercakap tentang kebaikannya maka bersaksilah bahawa orang itu memang benar-benar baik
"Mereka duduk dua beranak saja di rumah sebelah dan mak cik tak sangka Halim dah meninggal dunia. Sebab itulah dah tak nampak dia. Tengah malam Selasa lalu, ada dengar bunyi batuk Halim kuat, lepas itu bunyi orang jatuh tapi tak adalah kami sangka yang bukan-bukan," katanya.
Kalsom yang menyedari kematian itu berikutan kehadiran anggota polis kira-kira jam 8 pagi semalam berkata, Halim mesra dengan penduduk di rumah pangsa itu dan ibunya bergantung hidup padanya.
Tengok, dengan jiran tetangga pun beliau disenangi. Aku camna? Jiran depan rumah pun jarang bertegur sapa, apatah lagi yang lain. Apatah lagi yang 40 buah rumah dikeliling? Ya Allah! Jauhkanlah aku daripada sifat sombong dan bongkak! Ya Allah berikanlah aku kekuatan utk menunaikan hak jiran-jiranku Ya Allah!
"Makan minum ibu, Halim suapkan. Dia tidak beristeri dan selalulah kami dengar ibunya ditanya “mak nak makan”, “mak nak pergi bilik air” ketika menjaga maknya itu. “Mak mai makan” , “Mak, nak kencing habaq!” Beza sungguh akhlak beliau dengan akhlak aku!
“Apabila ada yang bertanya kenapa tidak berkahwin, Halim menjawab takut nanti isterinya tidak dapat menerima keadaan kesihatan ibunya yang memerlukan perhatian penuh,” kata Kalsom. Kasihnya ibu….membawa ke syurga. Kasihnya saudara..masa berada. Teruskan lagu ini berputar..
Jenazah Halim dibawa ke rumah mayat Hospital Sultanah Aminah (HSA) oleh anggota polis Tampoi untuk dibedah siasat sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Alif dekat sini, petang semalam.
Ketua Balai Polis Tampoi, Cif Inspektor Mazlan Osman, berkata pihaknya menolak sebarang unsur jenayah sebagai punca kematian Halim.
Quote: “Kasih seorang anak menjaga ibunya yang sakit/tua berbeza dengan kasih seorang ibu terhadap anaknya sedari kecil kerana seorang anak mengharapkan ibunya meninggal lebih cepat supaya hilang segala penderitaannya walhal seorang ibu mengharapkan anaknya terus hidup agar menjadi seorang yang berguna”
Rasanya Halim bukannya termasuk dlm golongan ini. Semuga Allah SWT memberikan rahmat dan hidayah kepada kita semua. Al-fatihah!
Harap dapat memberi manfaat!
Wallahu a’lam
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment