Kisah ini dipetik dari email yg diforwardkan kepada saya yang dipetikan dari majalah Mestika sebagai pedoman untuk semua.....eheekk,.. sahih & lengkap periwayatnya.
__________________________________
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun 1973. Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar , ... Jerantut. Seorang lelaki yang bernama Omar ( nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut ) . Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik , beliau akan berjaya .
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar (budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini ) . Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini. Salleh cuba mengendap dari celah lubang dinding yang agak usang . Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin . Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut . Salleh cuba mencari lubang yang agak besar . Akhir nya dia ketemu,dia mengintai dan melihat bayangan pada cermin tersebut bukan lah Omar tetapi sebatang tubuh yang sungguh ngeri wajah nya . Mata nya kelihatan tersembul dan pipi nya kelihatan berlubang . Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah . Tiba -tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya . Bulu romanya meremang . Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri . Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya .Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu dia sudah lama mengetahui perihal Omar . Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaanya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut . Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya .Bapanya berkata dia hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah.Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu, kata hatinya . Selepas makan Salleh terus masuk tidur . Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya . Dia cuba membuka mata nya tetapi berasa amat berat sekali . Salleh pun cuba bertempik untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja . Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya . Akhirnya beliau dapat berteriak memanggil bapanya. Kemudian beliau pengsan . Apabila dia membuka matanya dia dapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia melihat bapanya menghampiri nya sambil terseyum dan berkata sabar segalanya telah berakhir . Dia kembali terlelap.
Pagi besok nya apabila dia sedar dia melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid . Dia menanya bapanya apa yang berlaku .Bapanya menjawap nanti dia akan ceritakan. sebelum itu kita pergi menziarahi kubur Omar . Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Setelah segalanya selesai dia pun mengikuti bapanya . Sesampai ditanah perkuburan dia melihat orang sedang mengali kubur . Tiba - tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik ..aper ni !!! . Salleh berlari untuk melihat tetapi dihalang oleh bapanya dia cuma melihat dari jarak kaki dari kubur tesebut . Dia melihat orang - orang dewasa seperti mengangkat sesuatu . Melihat dari memek muka mereka dia berpendapat tentu benda tersebut besar .Kemudian tersembul sejenis benda yang kelihatan seperti UBI yang sangat besar.
^^^^^^^^^^^^^^^^^....................^^^^^^^^^^ jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut boleh lah menghubungi saya di talian bebas tol seperti dibawah;
603-5111055-238
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja . Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI......UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII.....hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... aku pun kena jugak.. Jangan nangis dah laaaaaa.... Aku pun kena gak.. Hampeh !!!!!!!
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment