Suatu hari sebuah kereta api meluncur laju
menghampiri sebuah perkampungan. Di
perkampungan itu ada seorang wanita penjual kuih
tinggal berhampiran landasan tersebut yang baru
sahaja selesai membasuh kain lapnya yang warna
merah. Selesai membasuh.. dia mengibaskan kain
tersebut untuk dijemur di pagar berhampiran
landasan.
Dari jauh, pemandu kereta api terlihat seorang
wanita dengan kain lap yang berwarna merah yang
dikibas-kibaskan. Kerana menyangka perbuatan
wanita itu sebagai isyarat bahaya..terus pemandu
keretapi membrek dengan mendadak hingga
menyebabkan para penumpang keretapi
terpelanting dengan dahsyat sekali.
Apabila keretapi berhenti tepat di depan wanita
tersebut... pemandu keretapi terus bertanya "Ada
apa Puan?" Dengan selamber wanita itu
menjawab..."...yang tinggal cuma karipap dan pulut
panggang aje..."
Thursday, April 30, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment