Thursday, April 30, 2009

Kasihnya ALLAH pd wanita

"Keistimewaan yang Tuhan berikan kepada wanita
terlalu

banyaknya". "Kasihnya Tuhan kepada wanita!"
Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan
untuk menggambarkan 'layanan' istimewa terhadap
wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak akan
ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama
lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu
baik sepertimana Islam melayan wanitanya. Malah,
kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik
pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini
untuk menambah hak dan pengiktirafan buat
mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf
kemuliaan serta layanan baik yang Allah SWT
tawarkan buat seorang wanita di dalam Islam.

Namun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini.
Lantaran itu kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu
sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan
atau larangan tertentu yang digunakan ke atas
wanita Islam seperti amalan menutup aurat,
larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita
menjadi pemimpin dan lain-lain lagi. Mereka cukup
takut dan gerun dengan kesemua amalan atau
larangan yang dianggap sangat menindas wanita.
Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau
larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah
dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.

Lalu kita melihat apa yang diperjuangkan oleh
pejuang-pejuang hak wanita ialah mereka kalau
boleh tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke
atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah.
Sedangkan manusia sendiri banyak membuat
peraturan-peraturan serta larangan itu dan ini, atas
alasan hendak menjaga keselamatan diri atau
masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-
lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang
manusia buat seperti jangan memandu melebihi
had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning,
mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah,
mesti hidupkan lampu selepas pukul 7 malam dan
berbagai-bagai lagi. Kalau dalam bidang sekecil ini
pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah
tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan
lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh
lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan
Akhirat.

Tuhan sebenarnya sangat kasih dan memuliakan
kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang
Tuhan kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan
tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan
dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan
untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah
dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat
satu persatu pengiktirafan yang diberikan
olehTuhan kepada wanita, sama ada setara
langsung atau pun tidak.

i) Gelaran bagi `isteri' di dalam Al Quran

Perkataan yang Allah SWT gunakan di dalam Al
Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah
perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-
bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan
untuk isteri menggunakan dua perkataan yang
berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris,
perkataan untuk suami ialah `husband' manakala
perkataan untuk isteri ialah `wife'. Sementara
dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk
suami ialah `mari' manakala perkataan `femme'
untuk isteri.

Tetapi di dalam Al Quran, suami dan isteri tidak
disebut dua perkataan yang berbeza `zaujuh' dan
`zaujati'. Hanya satu perkataan yang digunakan
untuk kedua-duanya iaitu `zaujuh' yang bermakna
`pasangan'. Islam melihat suami dan isteri adalah
pasangan, penutup dan juga pelindung buat yang
lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan
berasingan. Sudah tentulah ini bermakna yang
kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih
mulia daripada kaum wanitanya. Apabila kita
mengatakan sepasang kaca mata, sepasang
stokin atau sepasang baju, tentulah kita
menganggap mereka setara dan tidak dapat
dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah
tentulah kita tidak menganggap yang stokin kanan
lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata
kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah
tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam
seperti yang tercatat di dalam Al Quran.

Namun, gelaran zaujuh ini hanya diberikan kepada
isteri yang sama beriman. Bagi isteri yang tidak
beriman, mereka tidak disebut zaujuh. Contohnya,
isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam Al
Quran, mereka disebut 'imraah', kerana isteri
sebegini tidak dianggap pelengkap, pelindung atau
penutup kepada suaminya.

ii) Pembelaan Rasulullah SAW Terhadap Wanita

Rasulullah SAW ada banyak menyatakan Hadis-
Hadis yang menunjukkan betapa wanita itu
dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

a. "Syurga di bawah telapak kaki ibu." Apakah
wanita tidak rasa mulia dengan Hadis ini?
Mengapa Rasulullah SAW memilih perkataan "di
bawah telapak kaki" dan bukan "di dalam tangan"
atau "di sisi" seorang ibu? Sudah tentu ini sangat
menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam
Islam. Seorang yang faham tentu akan sangat
memandang mulia, menghormati, membela serta
berlumba-lumba untuk berkhidmat dan
meng'hamba'kan diri kepada ibunya (dengan syarat
segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat).
Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam
Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan,
malah akan sentiasa dibela, dihormati dan
dimuliakan oleh anak-anaknya.

b. "Orang yang paling baik dari antara kamu itu
ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan
aku ini orang yang paling baik dari antara kamu
kepada isi rumahku."

c. "Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan
melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina
akan perempuan-perempuan melainkan orang yang
hina."(Hadis riwayat Ibnu `Asakir)

d. "Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu
dengan cara yang sopan. Kemudian bila kamu
tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah)
kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang
banyak."

e. "Janganlah seorang mukmin lelaki membenci
kepada seorang
(isterinya yang) mukminah, kerana walaupun ada
satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi
(tentu) ada lain perangainya yang is suka."(Hadis
riwayat Ahmad dan Muslim)

Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita
yang diberi oleh Islam. Dalam satu masyarakat
yang bertaqwa, kaum wanita tidak perlu bimbang
yang mereka akan diperleceh, dipermain atau
diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya
mereka boleh yakin bahawa pihak lelaki akan
sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan
membimbing mereka dengan ikhlas.

iii) Bahagian Tubuh Wanita Dianugerahkan Nama
yang Mulia

Dalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi
nana yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini
diambil dari nama Tuhan, yang bermaksud `Maha
Penyayang'. Sudah tentulah Tuhan tidak akan
memberikan nama yang semulia ini kepada
sesuatu yang hina di sisi- Nya. Sudah tentuTuhan
akan memilih sesuatu yang mulia juga untuk
dianugerahkan nama yang begitu mulia. Tuhan
tidak berikan nama yang semulia ini kepada
bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya
kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang
merupakan penghubung kepada makhluk. Di dalam
rahimlah, wanita menjaga ciptaanTuhan dan
memberi makan kepada apa yang Tuhan ciptakan.

Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu
kepada Tuhan kerana memberi penghargaan yang
begitu tinggi kepada mereka. Siapa boleh nafikan
kepentingan rahim untuk kewujudan manusia?
Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah
cukup untuk membuktikan akan mulianya wanita di
sisi Tuhan.

iv) Diberi Pahala yang Berterusan

Wanita disebut `kurang dari sudut agama', tetapi
ini bukan bermaksud yang wanita itu kurang dari
sudut iman dan taqwanya. Mereka cuma kurang
bersolat ketika datang haid dan nifas. Namun, oleh
kerana di waktu-waktu lain mereka sentiasa
bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu,
Tuhan tetap memberikan juga pahala solat
sekiranya mereka dapat bersabar dengan
keadaannya yang tidak selesa itu.

Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan
anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti
seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala
solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas.
Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan
melayan kerenah anaknya pula, makin banyaknya
pahala yang Tuhan sediakan untuknya.

Aduh! Maha Pemurahnya Tuhan kepada wanita.
Maha Baiknya Tuhan kepada golongan yang sering
dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah wanita-
wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali
ganjaran- ganjaran yang Tuhan berikan kepada
seorang wanita mukminah, pastilah mereka akan
meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-
apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang
wanita mukminah. Yang Tuhan tawarkan itu pun
sudah terlampau banyaknya.

No comments:

Post a Comment