Wednesday, February 25, 2009

Bab 43

Z
AHLIA terjaga pukul 7.00 pagi.Dia hendak bangun tetapi kepalanya terasa berat.Tubuhnya masih dibaluti dengan selimut tebal.Zahlia sedar Tengku Syahran sudah tiada di sisinya.Sejak pagi lagi lelaki itu telah meninggalkannya.Tiada sebarang kata yang diucapkan.Zahlia tersedar yang suaminya itu telah pergi ketika terdengar bunyi hempasan pintu yang begitu kuat.
Zahlia sudah terjaga waktu itu tetapi disebabkan kepalanya berpinar-pinar dan berpusing, dia terlena kembali sehingga subuhnya terlepas begitu sahaja.Tiba-tiba Zahlia menangis.Dia terbayangkan perbuatan ganas suaminya malam tadi.Tidak disangka dalam kelembutan, rupa-rupanya Tengku Syahran memang seorang yang panas baran.
Zahlia merasa dahinya dengan belakang tangan.Panas.Dia teringat yang dia perlu bekerja.Namun, kepalanya terasa berat sekali.Pantas dia mencapai telefon di tepi katil dan menekan nombor talian Sinar Iram.
“Assalamualaikum.” Suara Zahlia kedengaran tidak bersemangat.
“Waalaikumussalam, ya?” sapa seseorang di hujung talian.
“Siapa tu?” tanya Zahlia.
“Fatimah.Cik nak cakap dengan siapa?”
“Imah… aku ni! Alialah.”
“Oh, Alia.Kenapa? Kau kat mana ni? Kenapa suara kau lain?”
“Emm… aku kat rumah ni.Aku nak minta cutilah.Aku rasa tak sihat.Puan Hajah ada?” tanya Zahlia lagi.
“Alamak… kau terlambat call! Puan Hajah baru keluar.Ada appointment dengan pegawai daerah,” beritahu Fatimah.Dia terdengar Zahlia mengeluh.
“Macam mana ni? Aku tak larat nak drive ke sana.Kepala aku pening sangat!” Zahlia berterus-terang.
Fatimah terdiam sejenak.Mencari alasan untuk membantu temannya.
“Tak apalah… macam ni, bila Puan Hajah balik nanti, aku beritahu dia.Kau tak sihat… tak payahlah nak kerja lagi.Duduk kat rumah.Tidur dan rehat,okey?”
Zahlia berasa sedikit lega mendengar penerangan Fatimah.
“Terima kasih Imah.Aku sayang kau,” ujar Zahlia sedikit bergurau.
Kedengaran Fatimah ketawa di hujung talian.
“Kau nak cuti berapa hari?”
“Aku rasa satu hari cukuplah.Tengok dulu esok macam mana.Kalau aku masih belum sihat, aku akan telefon Puan Hajah sendiri,” ucap Zahlia dengan suara yang kedengaran lemah.
“Yalah.Kau pergi klinik Alia… mana tau pening-pening ni sebab lain ke!”
Zahlia menyepi.Senyumannya mati.Dia benci mendengar usikan itu.Teringat peristiwa semalam.Tanpa disedari, ada air mata lesu mengalir di wajahnya.
“Alia?”
“Emm… tengoklah nanti!” jawapan Zahlia hambar.
Dia tidak sihat dengan tiba-tiba.Sejak dia membuka mata, tekaknya perit sekali.Mungkin akibat peristiwa semalam.Zahlia tidak akan lupa perbuatan Tengku Syahran yang mengasari tubuhnya dalam terang.Tak mungkin!
“Kau okey ke?”
Zahlia tersentak.Terlupa pula Fatimah ada di hujung talian.
“Emm… aku okey.Nanti kau beritahu Puan Hajah tau.Aku nak rehat ni.”
“InsyaALLAH.” Suara Fatimah semakin berbalam-balam.


TENGKU SYAHRAN menghempas tubuhnya di kerusi.Hatinya masih panas.Perempuan murahan! Getus hatinya tidak habis-habis sejak keluar dari rumah.
Tengku Syahran bengang ketika matanya terpandang tangan lelaki yang tidak dikenali itu mengusap-usap pipi Zahlia semalam.Patah hatinya melihat kecurangan isterinya itu.
Semalam Tengku Syahran mendapat panggilan misteri daripada orang yang tidak dikenali mengatakan yang isterinya ada temujanji dengan seorang lelaki di Hotel Crystal Crown.
Pada mulanya dia tidak percaya, tidak mungkin Zahlia berlaku curang.Lagipun, dia sudah berjanji tidak akan cemburu lagi.Itulah kata-kata pujukan ketika dia memujuk Zahlia kerana kata-kata penghinaan yang dilontarkan dahulu.
Namun, selepas menerima panggilan itu, hati Tengku Syahran melonjak-lonjak ingin tahu kebenaran panggilan misteri itu.Dia juga ingin tahu apakah aktiviti Zahlia sekiranya dia memberitahu yang dia pulang lewat kerana banyak kerja.
Tanpa membuang masa, Tengku Syahran melangkah keluar pejabat dengan wajah yang serius.Pintu bilik dihempasnya dengan begitu kuat sekali.Staf-staf yang ada di situ, terkejut melihat sikap Tengku Syahran.Bagaikan hendak luruh jantung masing-masing mendengarnya.
Tengku Syahran memandu kereta Honda Preludenya menuju ke Hotel Crystal Crown seperti yang diberitahu.Sebaik sahaja sampai, dia terus melangkah ke ruang lobi mencari Zahlia.Lobi itu penuh dengan orang ramai.Tiba-tiba mata Tengku Syahran terpaku di satu sudut.
Hati lelakinya mula terusik.Zahlia sedang tersenyum-senyum berbicara dengan lelaki itu.Tengku Syahran ternampak tangan gatal lelaki itu memegang pipi Zahlia dan kemudian menghulurkan sekuntum bunga ros kepadanya.Walaupun bunga ros itu tidak disambut, namun hati Tengku Syahran tetap membara.
Zahlia bagaikan dapat mengesan kehadiran Tengku Syahran.Dengan pantas Zahlia berlari mendapatkan Tengku Syahran.Tengku Syahran berasa seronok apabila Zahlia mendapatkannya tetapi dalam masa yang sama dia berasa kecewa apabila ternampak lelaki itu memaut erat lengan Zahlia.Zahlia memang curang padanya!


“DAMN you!!!” Tengku Syahran menendang meja kecil di hadapannya.Meja kecil yang dihiasi bunga itu terpelanting sehingga bingkai cerminnya tercabut dan pecah berderai.
Staf-staf yang sibuk melakukan kerja tersentak apabila terdengar bunyi dentuman kaca yang berderai di ruang kamar majikan mereka itu.Ada yang berpandangan sesama sendiri dan ada pula yang menjungkitkan bahu.
“Yani, kenapa dengan bos kau tu?” tanya Salina pada Yani, setiausaha Tengku Syahran.
Yani menjungkitkan bahu.Dia sendiri tidak tahu mengapa.Sejak masuk pejabat tadi, mood Tengku Syahran kurang baik.Yani tahu ada sesuatu yang merosakkan mood bosnya itu.Sapaannya juga tidak dilayan.Dia takut untuk bertanya.
Pernah dahulu, selama tiga bulan Tengku Syahran tidak banyak bercakap.Yani tidak tahu apa yang berlaku pada bosnya itu.Yang dia ingat, setiap hari pasti ada bungkusan yang dihantar kepada bosnya.
Baru seminggu mood bosnya pulih.Kini panas barannya datang lagi.Yani gementar.Jika mood lelaki itu tidak baik, pantang ada kesilapan kecil dalam kerjanya pasti ada masalah besar.Yani terus menyambungkan kerja.Malas hendak ambil tahu.
Adli yang turut terdengar bunyi kaca berderai, pantas melangkah keluar dari bilik.Dia melihat staf-staf Neraca Holdings membisu sesama sendiri.Tiada suasana riuh-rendah dan bising seperti selalu.Adli melangkah ke arah Yani.
“Kenapa? Bunyi apa yang berderai tadi?” tanya Adli.
“Err… dalam bilik Encik Syahran,” jawab Yani takut-takut.
Adli mengeluh.Pasti wujud masalah lagi.Segera Adli menuju ke bilik sahabatnya itu tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.Terkejut dia melihat bilik yang selama ini kemas tersusun, bersepah-sepah dengan kaca berderaian.Dia ternampak wajah kusut Tengku Syahran di satu sudut bilik.
“Syah!” tegur Adli.
Tengku Syahran sedang mengoyak-ngoyakkan sekeping gambar di satu sudut itu.Adli tahu itu gambar Zahlia.Dia terasa pelik.Setahu Adli, gambar itulah yang sering ditatap oleh Tengku Syahran di kala bosan.Wajah Zahlia yang dikahwini secara tidak sengaja itu dipuja-puja setiap hari.Tetapi hari ini?
Tengku Syahran buat tidak dengar dengan teguran itu.Dia lebih menumpukan perhatian pada sekeping gambar yang sedang dikoyakkan menjadi cebisan kecil.Itupun belum tentu luka di hatinya terubat dengan perbuatan itu.
“Syah, kau ni kenapa?” Adli menuju ke arah Tengku Syahran.
“Aku benci! Aku benci! Aku benci dia!” jerit Tengku Syahran kuat sehingga staf-staf Neraca Holdings dapat menangkap kata-kata itu.
“Hei, mengucap Syah! Beristighfar banyak-banyak.Kau cakap tentang siapa ni? Alia ke?”
“Huhh… dia perempuan murah! Perempuan tak guna!”
“Astaghfirullah-al-azim… sampai macam tu sekali kau menghina Alia? Mengucap dulu Syah, mengucap! Ingat ALLAH banyak-banyak,” Adli cuba menenteramkan Tengku Syahran sambil mengurut-urut belakangnya.
“Dia curang, Li! Dia curang belakang aku! Aku benci perempuan curang! Aku benci dia… aku benci nak tengok muka dia lagi!” air mata Tengku Syahran mula bergenang di kelopak mata.
“Kau jangan tuduh melulu Syah! Mana kau tahu cerita ni?” tanya Adli inginkan kepastian.
“Aku nampak dengan mata aku sendiri.Lelaki tu pegang tangan dia, pipi dia, bagi bunga… aku kecewa, Li! Sampai hati Alia.Aku sayangkan dia macam nak mampus.Rindukan dia, bagai nak gila.Ini yang dia balas? Aku dah tak boleh tahan lagi.”
“Syah, entah-entah tu kawan dia? Kau salah orang tak?”
Tengku Syahran terus menggeleng.
“Tak mungkin! Sampai bersentuh-sentuh?”
“Entah-entah ada orang nak kenakan kau.” Adli masih cuba mempertahankan kata hatinya.Dia tidak merasakan yang perangai Zahlia sebegitu rupa.
“Ah, aku malas nak dengar pasal dia lagi… aku benci!”
Wajah Tengku Syahran bagaikan ada semangat jahat yang mengganggu.Nasihat Adli tidak langsung diendahkan.Tanpa menghiraukan Adli, Tengku Syahran melangkah keluar.Tiada hala tujuan yang tertera di mindanya.Kalut fikirannya bersama langkah kaki yang tidak menentu arah.
“Kau nak ke mana, Syah?” tanya Adli kuat.
Tengku Syahran buat tidak dengar.Langkah kakinya semakin pantas.Dia hilang di sebalik pintu utama Neraca Holdings.Adli terkedu.









Bab 44

Z
AHLIA terjaga apabila jam menunjukkan pukul 1.00 tengah hari.Dia masih dalam keadaan lemah.Perlahan-lahan Zahlia terus bangun dan melangkah ke bilik air.Setelah membersihkan diri, Zahlia turun ke tingkat bawah.
Terasa sunyi Villa Sakura ini tanpa kehadiran penghuni-penghuninya.Biasanya suara Salmah dan Siti akan kedengaran berbual-bual sambil memasak.Semenjak Tengku Badariah dan Tengku Ismail pergi makan angin,Salmah dan Siti turut diberikan cuti.
Tiba-tiba Zahlia terasa sebak.Peristiwa malam tadi terbayang kembali di ruang matanya.Mungkin semua ini adalah rancangan Tengku Syahran untuk mengambil kesempatan ke atas dirinya.
Kalaulah Tengku Badariah ada, tentu Tengku Syahran tidak bertindak begitu.Dan yang paling istimewa, Tengku Syahran selalu membuatkannya terasa seolah-olah seperti seorang puteri bila berada di hadapan keluarganya.
Zahlia mengeluh.Dia takut menanti waktu malam.Apakah Tengku Syahran akan bertindak ganas seperti semalam? Hati Zahlia tertanya-tanya.


TEPAT pukul 11.00 malam, Tengku Syahran pulang.Ketika itu, Zahlia sedang menonton televisyen.Hatinya berdebar-debar apabila melihat kelibat Tengku Syahran.Tengku Syahran tidak menegurnya malah terus berlalu ke tingkat atas.Zahlia berdoa agar suaminya itu tidak turun ke bawah lagi dan terus tidur.Dapatlah dia menonton rancangan televisyen dengan aman.
Namun, tekaan Zahlia meleset.Tiba-tiba sahaja Tengku Syahran melabuhkan punggung di sebelahnya.Zahlia tersentak.Dia berkira-kira untuk melarikan diri.Tapi, hendak lari ke mana? Zahlia berdebar-debar.Dia tidak menoleh sedikitpun ke arah Tengku Syahran.Zahlia cuba berlagak tenang sedangkan hatinya gementar menahan takut.
Tiba-tiba suis televisyen dimatikan.Zahlia terkejut.Terus menoleh ke arah Tengku Syahran.Wajah itu serius dan cukup menakutkan.
“Jom… tidur!” ucap Tengku Syahran sambil menarik tangan Zahlia.Adakah itu satu paksaan?
Zahlia menarik semula tangannya.
“Alia tak mahu tidur dengan abang malam ni!” ujar Zahlia dengan nada berani.
Tengku Syahran mula berasa bengang.Keinginannya ditolak.Wajah lelaki yang berani mengusap pipi Zahlia mula terbayang di ruang mata.Tengku Syahran masih belum melupakannya.Perasaan marah mula menguasai dirinya.
“Habis, kau nak tidur dengan siapa malam ni? Lelaki tu?” tengking Tengku Syahran.
Zahlia terkejut mendengarnya.Tengku Syahran terus mencengkam tangan Zahlia.Zahlia cuba menepis tetapi tangannya ditarik kasar.Tubuhnya diseret.Tangisan Zahlia mula kedengaran.
“Diam!” Kalau kau terus menangis, aku pukul kau!” tempelak Tengku Syahran.
Zahlia tidak kisah dipukul.Tetapi janganlah memperlakukan dirinya seperti semalam.Dia tidak mahu perkara itu terjadi lagi.Esakannya menjadi-jadi.Zahlia gerun untuk terus berada di situ kalau begini layanan Tengku Syahran terhadapnya.
“Kenapa abang buat Alia begini? Lepaskanlah Alia bang… Alia tak sihat ni!” ujar Zahlia cuba berterus-terang.
“Aku peduli apa! Kau tak usah jadikan itu sebagai alasan.Tak sihat konon! Melayan lelaki tu, boleh.Melayan aku, pelbagai alasan kau bagi.”
Tengku Syahran masih menarik tubuh Zahlia menuju ke anak tangga.Belum sempat sampai ke anak tangga kedua, Zahlia memautkan tangan di tiang kayu yang tersusun di setiap tangga.Kuat pegangannya sehingga Tengku Syahran tidak mampu untuk terus mengheretnya.
“Kau jangan degil, Alia? Jangan sampai aku lakukan perkara yang lebih teruk!” gertak Tengku Syahran.
Zahlia menggeleng.Matanya dipejam rapat-rapat.Dia memeluk tiang kayu itu semakin kuat.
Tengku Syahran berasa geram.Dengan kekuatan tenaga lelaki yang ada, dia menarik Zahlia ke bawah tangga.Zahlia meronta-ronta.Pegangannya terlepas.
“Kau tak mahu naik bilik, ya? Baik!” Tengku Syahran kuat menarik Zahlia ke satu sudut.
“Kau jangan menyesal sebab tak ikut cakap aku!” ugut Tengku Syahran lagi.
Zahlia sudah gagal menahan raungannya.Tengku Syahran sudah melampau, bisiknya.Zahlia ingin menghalang perbuatan Tengku Syahran tetapi apalah dayanya.Dia terkesima apabila tubuh lelaki itu berat menghempapnya.Ya, ALLAH ! Itulah yang terucap di bibir halusnya ketika itu.
Zahlia meronta kecil.Lemah badannya sedikit menyekat setiap gerak geri.Tetapi, dia tetap menguatkan semangatnya.Dia mahu dilepaskan.Dan apa yang diperolehi dari rontaan itu adalah tamparan hebat yang berkali-kali mengenai wajahnya.Menambahkan lagi penderitaan dan tangisan yang membuak-buak.
“Abang… Alia tak sihat bang! Tolonglah faham,” ucapannya semakin lemah.Tangisannya juga semakin kurang.
Tengku Syahran tidak menghiraukan rayuan itu.
“Aku tak peduli! Kau memang patut diajar.Perempuan curang!” Tengku Syahran mendekatkan wajahnya.
“Jangan bang! Ingatlah Alia ni isteri abang.Tolonglah jaga maruah Alia!”
“Sebab kau isteri akulah.Aku nak kau layan aku.Bukan jantan tu!” bentak Tengku Syahran.
“Bukan begini caranya nak menghukum Alia.Alia tengah tak sihat sekarang ni.”
“Kau sihat atau tidak, malam ni kau kena layan aku!”
Zahlia menggeleng lemah.Tangannya yang masih bebas menumbuk-numbuk ke dada bidang Tengku Syahran.
Tengku Syahran bagaikan dirasuk.Dia semakin berani menghentak kepala Zahlia ke lantai dan menampar pipi halus itu berkali-kali.Betul-betul membuatkan Zahlia menjadi lemah.Pandangan Zahlia kian berpinar-pinar.Zahlia tidak mampu untuk melawan lagi.Matanya mula tertutup dan tiba-tiba tubuhnya terbaring kaku di sudut itu.Tengku Syahran bagaikan singa lapar yang hendak menerkam mangsanya dengan rakus sekali.


ZAHLIA membuka matanya perlahan-lahan.Dia sedang terbaring di atas katil dalam biliknya.Dia tidak tahu bagaimana dia boleh berada di situ.Tengku Syahran juga sudah tiada di sisinya.Zahlia melirik ke arah jam.Tepat pukul 6.30 pagi.Zahlia sedar dia belum menunaikan solat Subuh.Dia mahu bangun tetapi kepalanya terasa berat.Malah lebih berat dari semalam.Zahlia ingin memejam matanya semula tetapi dia ternampak kelibat Tengku Syahran memasuki bilik.Lelaki itu sedang tersenyum dan menghampirinya.
“Subuh, sayang.Waktu tinggal sikit lagi.” lembut suara Tengku Syahran.Tiada nada tengkingan.
Zahlia diam.Hanya linangan air mata menemaninya saat itu.
“Alia demam ke?” tanya Tengku Syahran lembut.
Zahlia tidak menjawab.Terus membiarkan tangan Tengku Syahran meraba-raba dahinya.
“Panas lagi ni.Alia solatlah dulu.Hari ni tak payah pergi kerja.Abang dah telefon Imah tadi.Abang pun cuti.Nanti abang bawa Alia ke klinik, ya? Tapi, Alia kena solat dulu,” pujuk Tengku Syahran.
Zahlia tidak membalas kata-kata suaminya.Dia bangun dan melangkah ke bilik air.Tidak langsung memandang Tengku Syahran.
Setelah selesai menunaikan solat Subuh, Zahlia melipat telekung.Tengku Syahran duduk di sofa sambil memandang Zahlia.Zahlia pura-pura tidak mengerti dengan pandangan suaminya.
“Alia, duduk sini kejap.” Akhirnya Tengku Syahran bersuara.
Zahlia masih berpura-pura tidak mendengar.Dia menuju ke katil semula.Kepalanya terasa berpinar-pinar.Zahlia terus merebahkan dirinya di atas katil itu.Menyelimuti dirinya yang menggigil disapa angin pagi.
Tengku Syahran menarik nafas.Dia rasa bersalah.Pagi tadi apabila dia menelefon Fatimah untuk memberitahu tentang keadaan Zahlia, Tengku Syahran sempat bersembang panjang dengan Fatimah.Dia dilabel suami romantik dan penyayang kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk wanita kesayangannya.
Pada awalnya, Tengku Syahran tidak mengerti.Tetapi,apabila bab bunga ros yang diterima Zahlia dipersoalkan, Tengku Syahran dapat meneka bahawa ada seseorang yang sedang mencemburui kebahagiaannya dengan Zahlia.
Tengku Syahran tidak pernah mengirimkan bunga itu apatah lagi mengajak Zahlia keluar makan bersama.Tidak pernah langsung seingatnya.Kalau makan berdua pun ketika di Tokyo dahulu adalah.Di Malaysia? Hanya peristiwa yang menyentuh hatinya akan diingati ketika dia merajuk dahulu.Tiada yang lain.
Tengku Syahran bangun.Dia melangkah ke arah Zahlia lalu menghulurkan ubat dan air suam kepada Zahlia.Isterinya itu hanya diam tetapi menurut.
Zahlia mula melarikan pandangan ke sudut lain.Benci rasanya mahu melihat wajah Tengku Syahran.
“Abang minta maaf, Alia.Abang bertindak kasar,” pujuk Tengku Syahran lembut.
Zahlia memalingkan tubuhnya.Tidak mahu memandang lelaki itu.Matanya dipejam.Namun, dia dapat merasai hangatnya pelukan Tengku Syahran yang rapat di tubuhnya.Zahlia dapat mendengar nafas Tengku Syahran dekat dengan telinga.Zahlia tahu Tengku Syahran sedang berbaring di belakangnya.
“Abang berjanji takkan bertindak macam tu lagi,” bisik Tengku Syahran.
Zahlia terasa matanya basah.Lantas teringatkan peristiwa dua malam yang menakutkan.Dia masih terdengar tengkingan yang kuat dan nyaring.Zahlia terasa sakit dengan setiap perbuatan kasar suaminya.Dia tidak mungkin lupa yang dia pernah dicumbui dengan sebegitu kasar tanpa kerelaan hatinya.
“Please forgive me, Alia! Abang tak bermaksud nak lakukan sebegitu kasar.”
Tengku Syahran membelai lembut rambut Zahlia.Dikucup pipi isterinya dengan penuh syahdu.Zahlia naik rimas.Dia bergerak sedikit ke hadapan.Menjauhi lelaki itu.
“Hukumlah abang,” ujar Tengku Syahran lagi.
“Tak puas lagikah abang menyeksa diri Alia? Abang paksa Alia ikut kehendak abang.Alia isteri abang, tapi abang meniduri Alia tanpa kerelaan Alia.Abang tak ikhlas menyayangi Alia.” Zahlia mula berkata-kata.
“Abang minta maaf! Abang berdosa kerana bertindak begitu.Abang tak sedar.Abang sakit hati bila nampak lelaki tu pegang pipi Alia.Abang nak tunjukkan yang abang boleh buat lebih dari itu dan abang hanya ingat benda tu aje dalam fikiran abang.”
“Abang memang kejam! Sanggup mempergunakan tubuh Alia untuk memuaskan nafsu abang.”
“Jangan cakap macam tu.Abang bukan mempergunakan tubuh Alia untuk tujuan itu, abang suami Alia.Abang cemburu bila nampak dia bersama Alia.Abang sakit hati.”
“Habis tu, abang percayalah? Abang tak yakin dengan kejujuran Alia?Abang tau tak, apa yang abang lakukan semalam dan malam kelmarin tak pernah terlintas dari hati Alia? Abang buat tubuh Alia macam binatang! Abang ingat Alia tak ada perasaan ke? Alia manusia biasa bang.Ada rasa sakit dan malu.Alia malu dengan apa yang abang buat pada Alia dalam terang.Alia malu tau tak?”
“Abang tau… kesilapan abang kerana melakukan begitu.Tapi percayalah… abang silap hanya dua malam.Yang dulu, bukan salah abang.Itu perasaan kita sama-sama.”
“Cukup! Alia tak mahu dengar apa-apa lagi.Tinggalkan Alia sendirian,” ujar Zahlia.
Zahlia akan kalah kalau Tengku Syahran terus memujuknya.Tengku Syahran bangun.Dia memandang sekejap ke arah isterinya sebelum berlalu dengan perasaan bersalah.


“ALIA, bangun sayang! Abang suapkan Alia makan.” Suara Tengku Syahran menyedarkan Zahlia dari lenanya.
Zahlia membuka mata.Dia ternampak wajah Tengku Syahran.Sedang tersenyum sambil membelai rambutnya.Zahlia terasa tenang.Perlahan-lahan dia memejam matanya semula dan lenanya bersambung kembali.
Zahlia hanya betul-betul terjaga setelah satu jam berlalu.Situasi bilik yang hening menemaninya ketika dia membuka mata.Terkebil-kebil dia terbaring di situ.Dia tercari-cari kelibat Tengku Syahran yang entah di mana.Kepalanya dipicit-picit dengan jari tangannya.Dia tidak mampu mengangkat kepalanya.
“Abang…” panggilnya perlahan.
“Abang ada kat sini sayang.”
Zahlia menoleh ke arah datangnya suara itu.
“Alia lapar.” Pendek ucapan Zahlia.
Tengku Syahran tersenyum.
“Abang suapkan Alia makan, ya?”
Zahlia mengangguk.
Tengku Syahran hilang di sebalik pintu dan datang semula membawa dulang yang mengandungi semangkuk bubur nasi dan segelas air suam.
Tengku Syahran meletakkan dulang itu di atas almari berdekatan katil.Mangkuk bubur dicapai.Baru tiga kali suapan itu masuk ke mulut, Zahlia sudah menepis suapan yang terus seterusnya.
“Makanlah banyak sikit.Perut tu kosong,” pujuk Tengku Syahran.Zahlia tetap menggeleng.
“Alia tak ada selera.Rasa nak muntah,” beritahu Zahlia.
Tengku Syahran meletakkan mangkuk bubur itu di atas dulang.Dia mencapai gelas air suam dan disuapkan ke mulut Zahlia.Wanita itu hanya meneguk sekali dua.
“Makan ubat ni.”
Zahlia menurut.Kemudian dia terbaring semula.Dia terasa tangan Tengku Syahran melekap di dahi.
“Panas lagi ni.” Ada riak risau.
Tengku Syahran bangun.Dia masuk ke bilik air dan kemudian keluar membawa sehelai tuala yang sudah dibasahkan.Tuala itu dilap-lapkan ke leher Zahlia dan bahagian tubuh itu terdedah.Tengku Syahran menuju ke bilik air lagi.Kali ini tuala itu diletakkan di atas dahi Zahlia.
Zahlia hanya membiarkan gelagat Tengku Syahran.Dalam diam dia senang dengan keadaan itu.
“Kalau tak kebah lagi, abang akan bawa Alia ke klinik,” beritahu Tengku Syahran lembut.
“Alia nak ke rumah mak esok.” Zahlia tiba-tiba bersuara.
“Tunggulah Alia dah sihat dulu,” ujar Tengku Syahran.
Zahlia terdiam.
“Alia nak tidur rumah mak dua tiga hari.”
Tengku Syahran tersenyum.
“Abang bawa Alia ya? Kita pergi sama-sama.”
“Tak apa.Alia boleh pergi sendiri.”
Tengku Syahran terdiam.Zahlia masih marah! Desisnya.Tengku Syahran mengeluh berat.Tidak lama kemudian, Zahlia terlena semula.















Bab 45

“MAMA dah lama ke tinggal kat rumah besar ni?” tanya Zahlia sambil memerhatikan setiap sudut ruang tamu yang berhias indah itu.
Ketika itu, Raja Khalida sedang meletakkan dua gelas berisi air laici di atas meja.Hati Raja Khalida sungguh gembira kerana Zahlia sudi datang ke rumahnya.
“Lepas peristiwa lama tu, mama menumpang di rumah mak mentua Puteri.Bila hidup mama dah stabil, mama carilah rumah sendiri,” ujar Raja Khalida sambil mencapai segelas air laici lalu dihulurkan kepada Zahlia.
“Minumlah,” pelawanya.
Zahlia mengangguk sambil tersenyum.
“Mama tinggal seorang aje? Kenapa mama tak duduk dengan nenek sekali?” soal Zahlia.
“Mama nak kenangkan memori lama mama dengan ayah Puteri.Sebab tapak rumah nilah, tempat rumah lama kita dulu.”
Zahlia terdiam.Turut sama memerhatikan banglo yang agak besar itu.”
“Lagipun… mama nak hidup berdikari.Mama tak nak bergantung harap pada nenek Puteri lagi,” sambung Raja Khalida.
“Mama dah tak marahkan nenek lagi?” soal Zahlia.
Raja Khalida menggeleng.
“Mama dah lupakan perkara tu, Puteri.Lagipun nenek Puteri tengah sakit sekarang.Mama tak mahu dia rasa bersalah pada mama,” beritahu Raja Khalida tenang.
Zahlia menghela nafas lega.
“Nanti, kalau mama nak balik kampung… mama beritahu Alia tau? Alia nak ikut,” pinta Zahlia membuatkan Raja Khalida berpaling ke arah Zahlia.
Tidak lama selepas itu barulah kepalanya diangguk.
“Puteri datang sini, Syah tau tak?” tanya Raja Khalida mengubah tajuk.
Zahlia tertunduk.
“Tak, mama.Alia beritahu dia yang Alia ke rumah mak,” ujar Zahlia dalam nada kesal.
Raja Khalida mengerutkan dahi.
“Kenapa tak berterus-terang aje?”
“Alia belum bersedia.Alia takut reaksi dia!”
“Suka hati Alialah!” jawab Raja Khalida dengan senyuman.
Suasana kembali sepi.Hanya kedengaran bunyi kipas yang berputar di siling.
“Mak dengan ayah mentua Puteri, bila nak balik dari bercuti?” soal Raja Khalida masih mencari ruang untuk bersembang.
“InsyaALLAH hari ni mama.Sekali dengan anak-anaknya yang lain,” beritahu Zahlia.
“Hubungan Puteri dengan Syah dah okey?” tanya Raja Khalida tiba-tiba.
Zahlia mengetap bibir.Haruskah diceritakan masalahnya pada wanita itu? Zahlia telan air liur.Tentang perjanjian mungkin boleh diceritakan.Tetapi, tentang dua malam itu tidak mungkin!
Raja Khalida masih menanti.
“Kalau Alia beritahu mama satu perkara, mama boleh sembunyikan rahsia ni tak?” takut-takut Zahlia mengeluarkan suara.
“Apa dia?”
“Sebenarnya…” Zahlia menggigit bibir.
Raja Khalida mengerutkan dahi.Tidak mengerti dengan bunyi lenggok suara Zahlia.
“Apa dia, Puteri?” soal Raja Khalida tidak sabar.
“Sebenarnya…” Zahlia masih gugup untuk bersuara.
“Kalau Puteri takut nak cakap, baik Puteri simpan rahsia tu dulu.Mama tak desak! Tapi, kalau Puteri perlukan seseorang untuk membantu Puteri menanggung beban rahsia tu, insyaALLAH mama boleh simpan rahsia tu.”
Tiba-tiba setitik air matanya gugur ke bumi.Raja Khalida sedikit terkejut melihat keadaan itu.
“Puteri…” Raja Khalida cuba memujuk.
Zahlia menarik nafas dalam-dalam.
“Sebenarnya… perkahwinan Alia dengan Abang Syah hanya lakonan semata-mata.Kami tak pernah bercinta tapi kami kahwin sebab…” Zahlia menghentikan kata-kata.
Kelihatan Raja Khalida terkesima.
“Apa yang Puteri cakapkan ni? Kenapa boleh jadi macam ni?” soalan Raja Khalida membisu.
Zahlia sudah menjangka yang mamanya akan kecewa selepas mendengar pengakuannya.Zahlia telah bersedia untuk menghadapi dugaan itu.Sekarang yang paling ditakuti adalah kekecohan yang bakal melanda Villa Sakura nanti.Pasti menggerunkan!
“Beritahu mama perlahan-lahan,Puteri.Mama dah bersedia mendengar apa sahaja alasan Puteri.” Raja Khalida mengusap lembut permukaan tangan itu pula.
Zahlia membalas dengan meramas jari-jemari mamanya.Gementar bibirnya mahu meluahkan kata-kata.
“Abang Syah meminta Alia kahwin dengannya supaya dia dapat mengelakkan diri dari dijodohkan dengan Linda.Sebagai balasan, Alia dibayar RM 30,000.”
Raja Khalida terlopong mendengarnya.
“Astaghfirullah-al-azim… kenapa Puteri setuju?”
“Maafkan Alia, mama! Alia tak mahu perkara ni berlaku sebenarnya.Tapi, Alia perlukan wang waktu tu.” Zahlia berkata dalam sedu-sedannya.
Raja Khalida merenung wajah Zahlia yang mula suram.
“Puteri perlukan wang tu untuk apa?”
“Kawan Alia sakit kanser perut.Wang tabung Sinar Iram tak mampu nak menampung rawatan dia.Alia tak ada jalan lain selain menerima tawaran Abang Syah.Sekarang ni pun kawan Alia masih ditahan di wad.Keadaan dia tenat, mama!” Zahlia menangis lagi.
Raja Khalida menarik nafas panjang.Mujurlah Zahlia sanggup berterus-terang.
“Habis, bagaimana hubungan Puteri dengan Syah sekarang?”
Zahlia tertunduk dan membisu.
“Kenapa?” Raja Khalida bertanya lagi kerana pelik melihat respons Zahlia.
“Abang Syah berjanji nak hidup bersama dengan Alia.Alia tak tau nak buat apa?” Zahlia bersuara lemah.
Raja Khalida mula tersenyum.
“Terima ajelah.”
“Alia tak tau perasaan Alia yang sebenarnya.Alia tak mahu tersilap pilih jalan.”
“Mama nampak Syah tu macam sayangkan Puteri.Terima ajelah permintaan dia tu, habis cerita!”
Zahlia telan air liur.
“Alia takut! Alia risau semua orang tau tentang hal perkahwinan kami.”
Raja Khalida mengeluh.
“Sampai masa, bukan itu aje yang terbongkar.Hal kita jugak akan diketahui orang.Mama dah bersedia sekarang.Cuma menunggu Puteri bersedia.Bila agaknya tu Puteri?” tanya Raja Khalida.
“Alia belum bersedia mama.Sampai masa nanti, kita pasti akan umumkan hal kita, ya?”
Raja Khalida mengangguk dan akhirnya tersenyum.Zahlia sudah mula tenang.Raja Khalida juga sudah lega.
Tiba-tiba telefon berdering kuat.Raja Khalida segera mencapai gagang telefon di sebelahnya.
“Helo, assalamualaikum.”
“Apa??”
“Okey… okey… Ida balik sekarang jugak.” Gagang telefon dihempas kuat.
“Kenapa mama?” tanya Zahlia cemas.
“Nenek Puteri dah nazak.Mama kena balik kampung sekarang!” ujar Raja Khalida sambil berdiri.
Zahlia terpana.
“Alia nak ikut mama?” tiba-tiba Zahlia bersuara.
Giliran Raja Khalida pula terkejut.
“Syah bagaimana?” tanya mamanya.
“Nanti Alia beritahu!” jawab Zahlia.

No comments:

Post a Comment