Bab 55
Z
AHLIA duduk termenung di ruang makan.Sudah dua minggu dia berada di rumah Adli dan selama dua minggu itu jugalah Tengku Syahran menghilang.Di manakah suaminya itu menghilang? Rasa rindu mula membuak-buak datang.Tetapi Zahlia hanya pendamkan di dalam hati.Sesungguhnya itu adalah keputusannya.
Adli ada memberitahu Zahlia yang Tengku Syahran tidak lagi ke pejabat semenjak berakhirnya malam itu.
Tiba-tiba Anissa muncul di ruang makan sambil mengendong bayi perempuannya.Anissa melangkah mendekati Zahlia dan melabuhkan punggungnya di sisi Zahlia.Zahlia melemparkan senyuman hambar.
“Kenapa Alia? Ada masalah ke?” tanya Anissa lembut.
“Tak adalah.Saya okey,” jawab Zahlia sambil menyenduk nasi goreng yang terhidang di atas meja ke dalam pinggan.
Anissa hanya memerhatikan gelagat Zahlia.
“Are you sure?”
“Yes.”
Keadaan sunyi kembali.Zahlia kelihatan berselera mengunyah nasi goreng.Dia sudah mempelawa Anissa makan tetapi wanita itu hendak menidurkan anaknya dahulu.
Selepas habis makan nasi goreng, Zahlia mencapai seketul karipap pula.Kemudian mengambil lagi.Begitu berselera nampaknya.Ketika karipap itu tinggal lagi sedikit barulah Zahlia sedar tingkah-lakunya telah diperhatikan oleh Anissa.
“Kenapa Anis pandang saya macam tu?” tanya Zahlia.
“Saya tengok Alia kuat makan sekarang.Is there something wrong?” tanya Anissa penuh senyuman mengusik.
“Mana ada! Anis ni… merepek ajelah!” jawab Zahlia selamba.Cawan berisi air Nescafe dihirup perlahan-lahan.
“Entah-entah tekaan Syah tu betul tak? Kalau Alia betul-betul pregnant bagaimana?” tanya Anissa beria-ia.
Zahlia tertunduk.Wajahnya terasa panas tiba-tiba.Dia menjungkitkan bahu membuatkan Anissa ketawa melihat respons Zahlia yang lucu.
“Nanti kita ke klinik.Buat check up.”
“Ehh, tak usah.Saya tak apa-apa Anis.Selera saya memang macam ni!”
“Saya tak percaya.”
“It’s up to you.”
“Okey… Alia ada datang bulan sejak kebelakangan ni?” tanya Anissa.
Zahlia terdiam.Memikirkan hal itu.Perlahan-lahan dia menggoyangkan kepala.
“Dah berapa lama?”
“Lebih kurang dua bulan,” jawab Zahlia takut-takut.
“Haa… it shows that you’re pregnant.I think better kita pergi check jugak.Apa-apa kemungkinan, boleh kita bersedia dari awal,” cadang Anissa.
Zahlia mengerutkan dahi.Cepat-cepat dia menggeleng.
“Saya punya period memang tak pernah teratur.Anis tak payah risau.I’m not pregnant,” ujar Zahlia sambil membawa pinggan dan cawan kotor ke sinki.
“Okeylah… kita tutup soal tu.Tengah hari ni, kita nak masak apa?” tanya Anissa sambil mengikut Zahlia dari belakang.
“Saya ada cadangan.Sejak dari semalam saya terfikir nak buat benda ni.Tapi saya tak tau,” ujar Zahlia dengan senyuman manis.
“Apa dia?” tanya Anissa.
Zahlia ingin menjawab tetapi dia tidak jadi.Wajah Anissa ditenung lagi.
“Saya ni menyusahkan Anis ke?”
“Hei, kenapa cakap macam tu?”
“Yalah… saya rasa macam saya ni menyusahkan hidup Anis dan Adli sahaja,” ujar Zahlia sambil mencuci pinggan kotor.
“Syah kan kawan kami.Amanah dia perlu kami turuti,” beritahu Anissa tenang.
Zahlia termenung di sinki dapur.Memandang pemandangan luar.
“Saya fikir nak cari rumahlah, Anis.Menyewa! Tak payah menyusahkan Anis dan Adli lagi.” tiba-tiba Zahlia memberi pendapatnya.Anissa terkejut.
“Alia nak duduk di mana? Kan rumah ni dah ada! Lagipun Alia dah berhenti kerja.Susah nak tinggal menyewa ni.” Anissa membantah.
Zahlia terus membuang pandang ke luar tingkap.
“Saya boleh cari pekerjaan lain.Kan banyak kat luar? Lagipun, saya tak pernah gunakan ijazah saya tu.Saya boleh cari kerja yang elok,” ujar Zahlia bersungguh-sungguh.
“Jangan… kalau Syah tau, dia akan kecewa dengan kami,” celah Anissa.
“Saya ada hak buat keputusan saya sendiri.”
“Alia, Syah sayangkan Alia.Dia akan kecewa kalau tau Alia berada jauh darinya,” pujuk Anissa penuh kelembutan.
“Itu lebih baik untuk dia dan saya saling melupakan.Hubungan kami tak direstui.”
Zahlia memandang tepat wajah Anissa.Dia berharap Anissa faham dengan permintaannya.
“Beginilah, saya akan bincang hal ni dengan Adli.Kalau Adli setuju, saya akan beritahu Alia.Tapi, kalau Adli tak setuju… you must stay here sampai keadaan betul-betul dah stabil.” Ucapan Anissa membuatkan Zahlia tersenyum.
“Terima kasih Anis!”
“Saya berdoa Adli tak setuju,” beritahu Anissa berterus-terang.
Zahlia hanya tersenyum manja.Tiba-tiba wajahnya berubah kelat.Zahlia mengurut tekaknya.Anissa pelik melihat Zahlia.
“Alia, kenapa?” soalnya.
Zahlia tidak menjawab.Dia tidak tentu arah.Memusingkan tubuh ke arah sinki dan membongkokkan kepala di situ.Terus mulutnya memuntahkan bahan-bahan yang memualkan tekaknya.Habis keluar segala makanan yang baru dijamah tadi.Warna mukanya turut berubah merah.
Anissa terkejut.Mendekati Zahlia dan menggosok-gosok tubuhnya.
“Peritnya…” Zahlia menggosok tekaknya.
“Nak muntah lagi?”
Zahlia menggeleng.Melangkah ke ruang hadapan.Anissa menurut dari belakang.Dia ingin menyatakan sesuatu tetapi tidak jadi.Dia terus diam.
“Saya rasa nak makan Laksa Johorlah.Anis tau masak Laksa Johor tak?” soal Zahlia lalu duduk di atas kerusi.
Anissa mengangguk.Dia semakin pelik.Menurut Tengku Syahran, Zahlia tidak berapa gemar dengan makanan itu.Mungkinkah…
“Anis ajar saya boleh? Saya teringin nak makan sejak semalam,” ujar Zahlia penuh harapan.
Anissa tidak terus menjawab.Fikirannya terasa ingin menduga wanita itu.
“Boleh, tapi bukan hari ni.Saya ajar Alia esok… okey? Hari ni… saya nak masak nasi ayam.Kita makan nasi ayam.”
Dahi Zahlia berkerut.Air mukanya berubah terkilan.Dia ingin membantah tetapi takut dikata memerintah di rumah orang.Akhirnya Zahlia diam membisu.Anissa berlalu ke dapur.Sejurus selepas Anissa berlalu, Zahlia mengesat air matanya.Hatinya terusik.Tekaknya terlalu inginkan Laksa Johor.Tetapi dia perlu bersabar sehingga hari esok.
Anissa kembali semula dengan buah oren yang sudah dipotong lalu dihidangkan di atas meja.
“Makanlah buah tu dulu.Tekak Alia masih loya, kan?”
Anissa duduk di sisi Zahlia.Zahlia segera mencapai sepotong buah oren dan mengunyahnya perlahan.Tekaknya terasa lega sedikit.
Anissa mengeluh.Dia mencapai gagang telefon dan menekan nombor pejabat Adli.Zahlia hanya memerhatikan tingkah Anissa sambil menggigit sepotong lagi buah yang terhidang di atas meja.
“Helo bang! Anis ni… abang balik sekarang boleh tak? Kita bawa Alia ke klinik.”
Zahlia menghentikan kunyahan.Memandang Anissa yang juga sedang merenungnya.
“I think she’s pregnant.” Anissa menyambung.
Zahlia terpana.Anissa meletakkan gagang kembali.Dia membalas pandangan Zahlia yang terkedu di sisinya.
“Apa maksud Anis sebenarnya?” Zahlia cuba bertanya.
Anissa mengeluh lagi.
“I think he’s right!”
“Who?”
“Syah! You’re pregnant Alia.You gonna be a mom.”
“ I don’t think so.”
“Trust me.Saya pernah lalui saat sebegini.”
Zahlia terus diam seribu bahasa.
“CONGRATULATIONS!! Your test shows that you’re pregnant.”
Zahlia terdiam mendengar kata-kata doktor wanita itu.Seakan-akan tidak percaya.Anissa yang berada di sisi terus merangkul tubuhnya.
“Alhamdulillah.Dah berapa bulan doktor?” tanya Anissa.
“Hmmm… about two months.She needs more rest and sleep.May I see her husband?” tanya doktor itu.
Anissa memandang Zahlia.Dia menoleh ke arah doktor itu semula.
“Suami dia outstation.Saya yang jaga dia sekarang,” jawab Anissa bagi pihak Zahlia.
“Anak pertama?” soal doktor itu.
Zahlia mengangguk.Doktor itu terdiam.
“Sayangnya.Sepatutnya suami puan perlu berkongsi berita ini bersama-sama.Tapi tak apalah,” ujar doktor itu.
Zahlia menoleh ke arah Anissa.Rasa sebak mula menunjal.
“Beginilah, kandungan puan masih belum stabil.Puan nampak lesu dan letih.Saya akan bagi vitamin dan puan kena makan ikut peraturan sehingga habis.Rehat mesti cukup.Jangan buat kerja-kerja yang boleh menyebabkan keguguran.”
Zahlia tidak mampu bersuara.Dia tidak pasti sebenarnya! Dia gembirakah? Tetapi dalam waktu yang sama dia sebak.
“Alia, dengar tak doktor cakap apa?” tegur Anissa.
Zahlia mengangguk.
“Doktor, dalam sebulan berapa kali saya kena buat medical check up?” akhirnya Zahlia bersuara.Ada riak gembira.
Doktor itu tersenyum.Faham dengan setiap gelagat wanita yang bakal bergelar ibu.
“Saya akan beritahu tarikhnya setiap kali puan ke sini.Ia tak kerap tapi bergantung kepada keadaan si ibu,” jawab doktor itu lagi.
“Terima kasih doktor,” ujar Zahlia pendek.
“Puan boleh ambil ubatnya di luar ya?”
Anissa dan Zahlia bangun serentak.Mereka keluar mendapatkan Adli yang sedang menanti bersama si kecil.Adli memandang Anissa yang sedang tersenyum ke arahnya.Tertanya-tanya.
“Positive,” beritahu Anissa.
Adli hampir ternganga.Dia pandang Zahlia pula.
“Really?” tanyanya seakan tidak percaya.
Zahlia mengangguk.
“Alhamdulillah.” Adli bersuara.
Nama Zahlia kedengaran di kaunter.Zahlia terus melangkah ke situ.
“Bagaimana dengan Syah bang? Dia patut tau!” Anissa berbisik kecil.
“Abang tengah ikhtiarkan.Abang tak tau dia ada kat mana sekarang ni.Abang ada jugak cuba telefon rumah dia… adik dia kata dah dua minggu dia tak balik.”
Adli menyerahkan anaknya kepada Anissa apabila bayi itu merengek kecil.
“Dia tak ada call abang?”
Adli menggeleng.
“Kasihan dia.Abang risau kalau-kalau dia lakukan perkara-perkara bodoh.Dia terlalu sayangkan Alia.”
“Hisy… selisih malaikat empat puluh empat.Syah takkan buat benda bodoh bang.Abang kan dah lama kenal Syah.Dia mesti ada kat satu tempat.”
“Dah selesai.” Tiba-tiba Zahlia muncul.
Adli dan Anissa menghentikan bicara mengenai topik Tengku Syahran.
“Jomlah… kita pergi makan dulu.Anis dengan Alia tak makan lagi kan?” soal Adli.
“Kita balik ajelah bang.Anis nak masak Laksa Johor!”
“Laksa Johor? Rajinnya isteri abang.”
“Bukan isteri abang.Itu ibu baru tu teringin nak makan Laksa Johor dari semalam,” usik Anissa.
Zahlia tertunduk malu.
“Kalau menyusahkan tak payahlah Anis.Saya tak kisah pun.” Suara Zahlia tenang.
Anissa tersenyum.
“Saya pernah rasai perasaan tu, Alia.Jangan jadi macam saya dahlah.Nak makan buah durian belanda pun susah sangat.Sampai merajuk-rajuk baru dapat,” peril Anissa sambil menjeling suaminya.
Adli ketawa besar.
“Yalah… dia minta buah tu bukan musimnya.Mana nak cari?” balas Adli bersama ketawanya.Zahlia turut ketawa.Mereka melangkah menuju ke kereta Adli.
Di dalam kereta, suasana bungkam.Hanya ditemani bunyi lagu di radio.Anissa entah bila terlena bersama bayinya.
Sesekali terdengar keluhan terkeluar dari bibir Zahlia.Tidak tahu kenapa saat gembiranya terganggu dengan kehadiran wajah Tengku Syahran.Sekejap-sekejap dia meletakkan tangan di perutnya.Seakan terasa benih lelaki itu sedang bercambah di dalam rahimnya.
Zahlia mengeluh lagi.Lebih kuat dari tadi sehingga Adli yang sedang memandu memandangnya melalui cermin pandang belakang.
“Kenapa?” tanya Adli.
Zahlia tersentak.Terlupa dirinya masih di dalam kereta.
“Tak ada apa-apa, Adli.Tiba-tiba teringatkan dia…” Zahlia berterus-terang.
Adli senyap seketika.Sebenarnya dia turut memikirkan hal Tengku Syahran.Dia masih tertanya-tanya di mana lelaki itu menghilang sehingga tidak langsung mengirim khabar berita.
“Dia ada telefon Adli?” Zahlia memberanikan diri untuk bertanya.
“Tak.Saya pun tak tau di mana dia tinggal sekarang ni! Kenapa? Alia nak beritahu dia pasal hal ni ke?” soal Adli cuba memancing.
Zahlia membiarkan jari telunjuknya bermain-main di hujung tudung.
“Dia berhak tahu sebab anak ni, anak dia jugak,” Zahlia menjawab perlahan.Penuh berhati-hati agar Adli tidak mengesyaki yang sebenarnya dia merindui lelaki itu.
Adli tersenyum.
“Baguslah kalau Alia fikir macam tu.Dia mesti gembira kalau dapat tau berita ni!”
“Saya pun harap begitu.”
Zahlia menyepi kembali.Tiba-tiba dia teringatkan mamanya.Sudah dua minggu wanita itu tidak diketahui khabarnya.Sejak Zahlia meninggalkan Villa Sakura, segala-galanya bagaikan telah mati dari hidupnya.
“Esok, saya nak ke rumah mama saya.” Zahlia membuka mulut lagi.
Adli dan Anissa sudah mengetahui tentang hal itu.Mereka juga sudah maklum yang Zahlia adalah dua pupu kepada Tengku Syahran.
“Pergilah.Dia mesti risau kalau Alia terus diam macam ni,” jawab Adli tenang.
Suasana kembali sepi sehingga mereka sampai semula di rumah dua tingkat itu.
Bab 56
Z
AHLIA berulang kali menekan loceng pagar rumah Raja Khalida.Dia menanti dengan penuh debaran.Tidak lama dia berdiri di situ, dia sudah nampak kelibat Raja Khalida berlari-lari anak ke arahnya.
Sejurus selepas pintu pagar dibuka, tubuh Zahlia terus lemas dalam pelukan Raja Khalida.Wanita itu menangis teresak-esak di bahunya.Sementara Zahlia masih berlagak selamba dan tenang sekali.
“Puteri pergi mana? Dah dua minggu tak telefon mama,” tanya Raja Khalida sebaik sahaja pelukan terlerai.
Zahlia tidak menjawab.Mereka berjalan ke arah rumah dua tingkat itu.
“Mama risaukan Puteri.Puteri hilangkan diri sekelip mata,” sambung Raja Khalida apabila mereka duduk di ruang tamu.
“Maafkan Puteri, mama! Fikiran Puteri buntu.” Zahlia bersuara perlahan.
Raja Khalida terkejut dengan kata-kata Zahlia.Puteri? Dia pelik.Tetapi malas mahu bertanya.
“Puteri tinggal kat mana sepanjang dua minggu ni?” soal Raja Khalida lagi.
“Rumah kawan.”
“Dengan Syah?”
“Tak.Puteri sorang.”
“Syah pergi mana? Kalau dia tak ada dengan Puteri, dia ada dengan siapa?”
Zahlia menjungkitkan bahu.Raja Khalida mengeluh.
“Kenapa Puteri tak balik rumah mama? Ini kan rumah Puteri jugak.”
“Puteri perlukan ketenangan.Puteri tak mahu mengganggu mama.”
Raja Khalida membisu.Pilu hatinya memandang anak tunggalnya itu kelihatan lesu tidak bermaya.Menderita sungguh kehidupan anaknya itu.Raja Khalida teringat ketika dia menerangkan segala rahsia pertaliannya dengan Zahlia.
Tengku Badariah terkejut dan benar-benar rasa bersalah.Berkali-kali wanita itu meminta maaf kerana menuduh Zahlia yang bukan-bukan.Kasihan Puteri!
“Tinggallah dengan mama, Puteri! Jangan lupa yang Puteri masih ada mama dalam dunia.Buat apa menumpang rumah orang? Puteri masih ada rumah sendiri.”
Raja Khalida merenung tepat wajah yang membiaskan memori lamanya dengan Megat Safiuddin.Rindunya terubat.
“Puteri sedang merancang untuk mencari kehidupan Puteri sendiri.Mama janganlah risau.Anak mama kan dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri.Puteri tak mahu susahkan mama.Biar Puteri merasa hidup berdikari,” jawab Zahlia penuh ketenangan.Entah dari mana perasaan itu hadir, Zahlia sendiri tidak tahu.
Zahlia terdengar Raja Khalida mengeluh.
“Mak mentua Puteri minta maaf.Dia tak sangka sampai begitu sekali dia terlepas cakap.Dia marah kerana Puteri dan Syah main-main dengan ikatan perkahwinan.Baliklah Puteri… dia menunggu Puteri di rumahnya,” pujuk Raja Khalida mengharapkan Zahlia termakan hati dengan kata-katanya.
Zahlia tidak tahu bagaimana mahu menjawab.Terdiam sejenak.
“Dia menyesal menuduh Puteri yang bukan-bukan.Dia risau Syah tak balik rumah sejak malam tu.Kasihan dia Puteri! Badan dia nampak kusut tunggu Puteri pulang setiap hari,” sambung Raja Khalida lagi.
Zahlia tetap diam.
“Puteri… Puteri kan dah besar.Dah boleh buat keputusan sendiri dan mesti Puteri tau mana yang baik dan buruk sesuatu perkara tu kan? Fikirkanlah… mak mentua Puteri tu tak pernah sakitkan hati Puteri.Dia cuma tersilap cakap waktu tu.Kenapa susah sangat nak maafkan dia?” pujuk Raja Khalida bersungguh-sungguh.
“Mama… Puteri tak marahkan mak lagi.Tapi Puteri jugak tak mungkin balik ke rumah tu semula.Benarkanlah Puteri hidup sendiri mama.Puteri nak merasai susah senang hidup sendiri.”
“Tapi Puteri duduk sorang-sorang.Mama risau.”
“Mama janganlah risau.Puteri takkan keseorangan lagi bila sampai masanya.”
Raja Khalida memandang Zahlia.Hairan dengan kata-kata itu.
“Mama tak faham.”
Tangan Zahlia mengusap-usap perutnya dengan senyuman.Raja Khalida memandang perbuatan Zahlia dengan perasaan aneh yang menjadi-jadi.
“Mama nak jadi nenek tak?” tanya Zahlia.
Raja Khalida terlopong.Dia sudah dapat menangkap maksud kata-kata itu.
“Puteri pregnant?” soal Raja Khalida.
Zahlia mengaku.
“Mama suka tak?”
“Of course honey.Bila Puteri tau?”
“Semalam.Puteri akan jadi ibu.Mama akan jadi nenek.”
“Syah akan jadi papa?” pintas Raja Khalida.
Zahlia telan air liur.Terdiam menggigit bibir.Memang itu yang ingin dinyatakan tadi tetapi Raja Khalida terlebih dahulu menyatakannya.
“Tinggallah dengan mama, Puteri.Mama boleh jaga Puteri,” ujar Raja Khalida tiba-tiba.
Zahlia bangun.Beralih tempat dekat dengan mamanya.
“Puteri akan jaga diri Puteri elok-elok.Mama jangan sekali-kali risau, okey? Puteri akan pastikan kesihatan Puteri, makan minum Puteri, dan pergerakan Puteri tak melampaui batas.Puteri ingat yang perut Puteri ada baby.Puteri tau Puteri akan jadi ibu.Mama jangan risau, ya?” beritahu Zahlia sambil memeluk tubuh Raja Khalida.
Raja Khalida sebak.Dibalas pelukan anaknya yang tersayang.Diangguk-angguk kepalanya tanda setuju walaupun berat hatinya mahu melepaskan anak yang sudah berbadan dua itu hidup bersendirian.
“Okeylah mama.Puteri nak balik dulu.Puteri nak pergi melawat kawan Puteri yang kat hospital tu.Mama jaga diri tau.Cucu mama ni pun nak kenal nenek dia jugak.” Zahlia berseloroh.
Raja Khalida tersenyum.Mengesat air mata yang telah mengalir lesu.
“Puteri pun sama,” pesannya.
“Rahsiakan hal ni mama.Jangan beritahu mak!”
“Kenapa?”
Zahlia tidak menjawab soalan itu.Berharap mamanya faham sendiri.Kereta Zahlia menghilang tengah hari itu.Meninggalkan Raja Khalida yang masih dilanda sebak.
“KAU pembohong Alia! Kau penipu! Mengapa kau buat begini untuk aku?” Razif membentak.
Razif marah setelah mendapat tahu Zahlia tidak lagi bekerja di Sinar Iram.Di situlah terbongkarnya rahsia perkahwinan Zahlia.
Zahlia hanya mengetap bibir memandang lelaki yang terbaring di katil besi itu.
“Aku minta maaf.Aku cuma nak tolong kau.”
“Kau buat perkara bodoh ni untuk tolong aku? Tapi kenapa?”
“Aku tak rasa tindakan aku bodoh.Aku tolong kau Razif.Pertolongan ikhlas dari aku untuk kau.” Zahlia tepat memandang Razif.Dia sedih pertolongannya tidak dihargai.
“Dengan mengahwini lelaki itu? Sumpah! Aku ingat kau berkahwin dengannya sebab cinta.Rupa-rupanya kau tipu aku.Bodohnya aku kerana mempercayai kau selama ini.”
“Aku dah agak ini penerimaan kau terhadap aku, Razif.Okay, fine! Kalau kau tak dapat memaafkan aku, tak apa.Aku tak menyesal dengan setiap tindakan aku.Sekurang-kurangnya aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai sahabat.”
Mereka menyepi.Razif tertunduk berfikir.Menyesal juga kerana menambahkan lagi penderitaan temannya.Entah bagaimanakah hidup wanita itu kini.
Razif memandang Zahlia semula.Terpancar raut kesedihan di situ.Pasti wanita itu sedang menderita dengan kehidupan yang dilaluinya.Razif menghela nafas.
“Aku tak marahkan kau sebenarnya.Aku cuma kecewa dengan tindakan kau, Alia.Mengapa kau korbankan diri kau untuk aku?”
“Sebab kau kawan aku.Aku sayangkan kau.Aku tak mahu kau tinggalkan aku dalam usia muda.Banyak yang perlu kau lalui dalam hidup ini.”
Razif ketawa akhirnya.Diikuti dengan Zahlia.
“Kau jangan sekali-kali lupa yang ajal maut di tangan ALLAH.Kalau aku dah nak mati, bila-bila masa ALLAH boleh ambil nyawa aku,” ujar Razif masih bersisa ketawa.
“Razif… jangan cakap macam tu.”
“That’s true, right?”
Zahlia terdiam.Mengangguk lemah.
“Kau maafkan aku?” tanya Zahlia mengubah topik.
Razif menggigit bibir.Lambat-lambat mengangguk jua.Zahlia tersenyum puas.
“Terima kasih.” Pendek ucapannya.
Bab 57
S
UDAH tiga bulan berlalu.Zahlia masih tinggal di rumah Adli.Tengku Syahran entah di mana hilangnya.Adli pula berhari-hari mencari maklumat berkenaan Tengku Syahran.Tetap gagal.Kini fikirannya buntu.
“Alia mana?” tanya Adli kepada Anissa yang baru duduk di sebelahnya.
“Ada kat atas dengan Fiqa.Fiqa tu, kalau dengan Anis… bukannya nak sangat.Dengan auntie dia jugak nak memerintah.Kasihan Alia! Dahlah macam tu, kena layan Fiqa lagi.” Anissa merungut dengan senyuman.
Adli hanya ketawa mendengar rungutan isterinya.
“Baby dia tak meragam?” soal Adli lagi.
Anissa menggeleng.
“Tak ada pulak Alia mengadu.Elok aje Anis tengok,” jawab Anissa.
Adli terus diam.Tidak mahu bertanya lagi.
“Syah tak ada call abang?” Anissa bertanya.
Adli mengeluh.Buntu fikirannya memikirkan masalah itu.Hampir setiap hari dia menanti panggilan telefon Tengku Syahran.Tetap hampa.Tengku Syahran terus menyepi.
“Entah mana Syah tinggal sekarang ni.Langsung tak kirim khabar.Abang kasihankan Alia tu… she was pregnant about five months already tapi Syah tak pernah tau langsung.” Adli mengeluh.
Anissa terdiam.Setuju dengan pendapat suaminya.
“Entah-entah dia ada call abang.Abang aje sembunyikan dari Anis dan Alia.” Anissa cuba menyerkap jarang.Adli membeliakkan mata.
“Pandainya dia nak tuduh orang.Abang langsung tak tau mana Syah tinggal.Duit bulan-bulan pun dia kirim dengan wang pos.Mana abang tau alamat dia.” Adli berterus-terang.
Anissa berasa bersalah kerana menuduh suaminya tadi.Terdiam.Suasana sunyi itu menjadi sedikit bising apabila telefon berdering.Adli segera menjawab.
“Helo…” senyap seketika di hujung talian.
“Helo…” Adli memanggil lagi.
“Li?” suara itu menegur.
Adli tersentak.Dia segera menoleh ke arah Anissa.
“Syah!” suara Adli hampir menjerit.Anissa mendekati suaminya.
“Kau sihat?” bunyi nada di hujung talian hambar sekali.
Lidah Adli pula bagaikan kelu untuk berbicara.Tiga bulan Tengku Syahran tidak menghubunginya.Tiba-tiba Adli seperti kehilangan idea untuk melafazkan kata-kata.
“Alhamdulillah… aku sihat.Anak isteri aku pun sihat.” Lambat-lambat Adli membuka mulut.Sengaja tidak mahu bercerita tentang Zahlia lagi.
“Kau sihat, Syah?” tanya Adli pula.
“Aku sihat…” pendek ucapan Tengku Syahran.
Keadaan sepi semula.Hanya terdengar nafas yang terhembus mengenai corong telefon.
“Kau di mana sekarang ni, Syah? Tiga bulan kau tak hubungi aku.Aku risau kat sini.Baliklah Syah,” pujuk Adli penuh riak merayu.
Tengku Syahran tidak bersuara.
“Aku ada kat satu tempat.” Hanya itu yang terucap di bibir Tengku Syahran.
“Di mana?”
“Tak payahlah kau tau.”
“Syah, Alia is pregnant.Almost five months.She needs you here.”
Tengku Syahran tidak terkejut.Dia sudah mengetahui hal itu dalam diam.Sebab itu dia tidak pernah lupa untuk mengirimkan wang untuk perbelanjaan isterinya setiap bulan.Duit yang diperoleh hasil dari makan gajinya di sebuah syarikat komputer.Mujurlah dia mempunyai sedikit ilmu dalam bidang itu.
“Aku dah poskan kunci rumah aku.Mungkin sampai esok.Nanti kau suruh Alia tinggal di rumah tu.Aku dah siapkan semuanya.Aku tak nak susahkan kau lagi.” Tengku Syahran cuba mencari peluang untuk meluahkan hasratnya.
Adli tersentak dengan kata-kata Tengku Syahran.Dia mula menyusun perkataan untuk membalas ucapan temannya.Anissa yang tidak lepas-lepas mendengar perbualan itu terdiam tanpa kata.
“Alia dah nak sarat, Syah.Takkan aku nak tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah tu.Kalau apa-apa terjadi macam mana? Lainlah kalau kau ada tengok-tengokkan dia,” bantah Adli.
Tengku Syahran terdiam lagi.Mengakui kebenaran ucapan Adli.Dia mengeluh tiba-tiba.
“Biar Alia rasa susah senang hidup sendiri.Aku nak dia kandungkan anak aku kat rumah tu.Tak payah mengganggu hidup kau lagi.Kau dengan Anissa pun mesti dah lama mahukan privacykan?” dalam serius Tengku Syahran bergurau.
Tercetus ketawa di bibir Adli setelah mendengar ayat itu.Bergabung bersama ketawa Tengku Syahran.
“Kau masih macam dulu Syah!” Adli bersuara dalam ketawanya.
“Anis, pampers Fiqa kat mana? She’s piss off!” jeritan Zahlia yang terdengar dari anak tangga mematikan ketawa Tengku Syahran serta-merta.
Rindunya dia pada suara lunak itu terlalu menggegar perasaan.Suara yang masih manja dan lembut menyapa telinga, amat-amat dirindui hampir tiga bulan lamanya.Anissa berpandangan dengan Adli sebelum masing-masing mengalihkan pandangan pada Zahlia yang sedang berdiri di anak tangga.
Zahlia yang tadi dapat mendengar gelak ketawa Adli yang kuat seolah-olah terasa pelik apabila suasana menjadi sunyi tiba-tiba.Tambahan pula dua pasang anak mata yang sedang merenung dirinya di situ membuatkan jejak kakinya terasa kekok.
“Li, aku nak cakap dengan Alia sekejap,” pinta Tengku Syahran menyedarkan Adli yang masih diam.
Adli menoleh ke arah Anissa sebelum memandang Zahlia.Gagang telefon ditunjukkan ke arah wanita itu.
“Syah,” ujar Adli.
Zahlia tersentak.Berdiri lama sebelum melangkah perlahan-lahan menuruni anak tangga dengan perut yang kian membesar.Selepas dia mencapai gagang, Adli dan Anissa berlalu ke tingkat atas.Bagaikan faham dengan situasi itu.Zahlia melabuhkan punggungnya di atas kerusi.Kemudian melekapkan lubang telefon ke telinga.
“Assalamualaikum.” Zahlia cuba mengawal nada suaranya.Dalam rindu yang sarat dengan rasa gembira.
Tengku Syahran dapat mendengar suara lembut itu.Rindunya terubat.Fikirannya berkocak membayangkan keadaan isteri tersayang yang sudah tiga bulan ditinggalkan.
“Waalaikumussalam.” Pendek ucapannya.Namun mampu membuatkan air mata Zahlia bertakung sedikit.
“Alia sihat?” tanya Tengku Syahran perlahan.
Zahlia hanya mampu mengeluh.Pada zahirnya, memang dia sihat.Tetapi… batinnya selalu merindukan Tengku Syahran.Sihatkah dia? Zahlia sendiri pun kurang pasti.
“Alhamdulillah.Abang?”
“Abang sihat.Cuma… terlalu rindukan sayang!” sempat Tengku Syahran mengusik.
Zahlia hanya diam.Menahan air mata yang kian bertambah di tubir matanya.
“Alia tak rindukan abang?” tanya Tengku Syahran pula.
Rindukah aku padanya? Soalan itu bermain-main di fikiran Zahlia.Dia tidak tahu hendak jawab apa.Tetapi dia dapat rasakan air jernih yang bertakung kian menuruni juring matanya.Zahlia menyedari dadanya mula berombak-ombak menahan tangis.Dia terdengar bunyi hembusan nafas yang meluncur ke corong telefon.
“Baby sihat tak?” Tengku Syahran menyoal lagi.Persoalan yang lain pula.
Kali ini Zahlia gagal membendung air matanya.Ia menitis jua.Mengalir laju di pipinya yang sentiasa kelihatan basah.Zahlia gagal mengeluarkan suara.Dia menggigit bibirnya.Takut lelaki itu dapat mengesani situasi tersebut.Namun pendengaran Tengku Syahran amat cekap.Tangisan kecil Zahlia yang halus mengalir ke salur pendengaran amat mengusik hati.
“Alia menangis ke?” tanya Tengku Syahran selamba.Lembut dan perlahan.
Zahlia tidak menjawab.Membiarkan air mata itu mengalir laju.Dia sudah malas mahu menyekat perasaannya lagi.Biarlah ia diketahui, asalkan beban perasaan itu tidak menyeksakan lagi nalurinya.
“Janganlah macam tu.Abang sihat kat sini.Abang sedang cuba sesuaikan diri abang dengan keadaan.Alia pun jagalah diri elok-elok.Jangan banyak bergerak.Baby pun… jangan lupa bagi makan.Beri makanan yang berkhasiat.Alia kena banyak makan sayur dan buah-buahan.Sementara waktu ni, lupakan dulu jeruk-jeruk dan asam-asam tu.Jaga kesihatan Alia dan baby kita.Kalau boleh, lahirkanlah abang anak lelaki kembar.” Panjang ceramah Tengku Syahran.
Zahlia memejamkan matanya.Sungguh! Dia rindukan lelaki itu.Terlalu… merindui.Zahlia mula tersedu.Suasana menjadi sepi semula.Suara Tengku Syahran sudah senyap di hujung talian.Zahlia membuka matanya.Dia harus berterus-terang.Hari itu… segala-galanya harus diselesaikan.Zahlia menarik nafas.Mengumpul kekuatan untuk meluahkan rahsia hatinya setelah sekian lama ditinggalkan.
“Abang baliklah! Alia perlukan abang.Baby kita pun perlukan abang.Alia dah bersedia hidup dengan abang dan anak kita.Alia rindukan abang.Sungguh! Jangan hukum perasaan sendiri lagi! Kalau begini gayanya, biarlah Alia aje yang mengalah,” ucap Zahlia penuh perasaan.
Talian Tengku Syahran tetap senyap.Tiada lagi deruan nafas yang berbunyi di situ.Zahlia telan air liur.Kebisuan itu menyesakkan nafasnya.
“Abang!” panggil Zahlia.
Talian tetap menyepi.Air mata Zahlia semakin deras menitis.
“Abang!” panggilnya lagi.Nadanya mula kalut.
“Abang!” Zahlia ingin menjerit.Tangisannya sudah kedengaran.
Zahlia kaget.Tetapi… tiada langsung sahutan.Yang kedengaran hanyalah ton talian yang sudah terputus.Menunjukkan Tengku Syahran sudah tiada di situ.Zahlia terkedu menggigit bibir.Menahan tangis yang sudah berbunyi.Lelaki itu telah meninggalkannya sekali lagi dan membiarkan dirinya merindu semula.Zahlia tertunduk dan terus menangis.
Kenapa abang tinggalkan Alia lagi? Hati Zahlia merintih pilu.
LINDA ternampak kelibat Faizal keluar dari bilik air dengan memakai tuala.Cepat-cepat Linda menutup matanya.Tidak mahu diganggu lagi.Tetapi sangkaannya meleset.Tiba-tiba dia terasa tubuhnya ditindih.Segera dia membuka mata.Tapak tangannya menghalang wajah Faizal yang ingin menghampiri.Faizal menghentikan niatnya.
“Kenapa?” tanya Faizal hampa.Dia bangun dan duduk di birai katil.
Linda tersenyum.Bangun dan menghampiri Faizal.
“I nak you tolong I satu perkara aje lagi,” ujar Linda dengan suara menggoda.
“Lagi? Kali ni apa pulak? You nak suruh I ganggu perempuan tu?” Faizal sedikit marah.
Linda tersengih.
“Tolonglah.You aje yang boleh bantu I sekarang ni.” Linda merengek kecil.
Faizal mengeluh.Rengekan itu selalu mencairkan hatinya.
“Linda… kenapa nak ganggu hidup dia lagi? Dia dengan Syah kan dah berpisah! Jangan kacau hidup mereka lagi.You dah ada I.I boleh jaga you dan anak ni.Kita kahwin.” Faizal menyatakan hasratnya.
Linda sedikit tersentak.Kahwin? Satu perkara yang membebankan! Rungut Linda di dalam hati.
“Kita kahwin, okey? I tak nak hidup kita selamanya macam ni.Kita adakan perubahan.You jadi isteri I dan I jadi suami you.You lahirkan anak untuk I dan kita jaga sama-sama.”
Linda telan air liur.Faizal sudah merancang? Linda menunjukkan muka bosannya tetapi segera dia memaniskan muka.Berlakon!
“You nak ajak I kahwin?” soal Linda minta kepastian.
Faizal mengangguk.
“Kita bertaubat.Kahwin ikut cara Islam dan lakukan segala-galanya ikut cara Islam.Kita dah jauh menyimpang, Linda.Sementara masih ada peluang hidup ni, baik kita berubah dan bertaubat.I takut kita mati nanti tak sempat nak bertaubat.” Faizal berkata lagi.
Linda mencebirkan bibirnya dalam diam.Sejak bila pulak mamat ni dah jadi alim? Ceh! Linda menyumpah dalam hati.
“Okey… okey… macam nilah.You lakukan kerja ni last untuk I.Lepas segalanya beres, I akan ikut cakap you.Kalau betul you nak kahwin dengan I, I akan setuju.Okey?” ujar Linda bersungguh-sungguh.
Faizal terdiam sejenak.Berfikir sebelum mengangguk.
“Okey.But you mesti janji dengan I.”
“I janji.” Linda mengangkat tangan seolah-olah bersumpah.
“Hmm… apa yang perlu I buat?” tanya Faizal.
“I nak you musnahkan hidup perempuan tu! Biar dia malu nak hidup lagi.”
Faizal mengerutkan dahi.Tidak mengerti caranya.
“Bagaimana?”
“You perkosa dia! I nak bila zuriat tu lahir, Syah pun geli nak pegang apatah lagi mengaku anak sendiri,” beritahu Linda penuh dengan bisikan syaitan.
Faizal mengetap bibir.Dia menoleh ke arah Linda.
“Selama ni you rasa I perkosa you ke?” soalnya.
Linda ketawa.
“Tak adalah.I yang rela sendiri,” jawab Linda masih dengan ketawanya.
Faizal turut ketawa.
“Okey.I akan lakukan kerja ni secepat mungkin.”
Faizal mencapai seluar dan baju yang bergelimpangan di lantai.Disarungkan ke tubuh.Linda hanya memerhatikan tingkah laku Faizal bersama sorakan kemenangan di dalam hati.
“I akan tunggu you,” ujar Linda dalam nada manja.
Faizal menghampiri Linda.Dikucup dahi wanita itu bertalu-talu.
“You mesti jadi milik I ,” bisik Faizal perlahan.
Faizal melangkah keluar.Beberapa saat kemudian, Linda turut menyarungkan baju tidur ke tubuhnya.Dia mencapai sebatang rokok lalu dinyalakan.Dia berjalan keluar.Berdiri di tiang tangga teratas sambil memerhatikan jasad Faizal menghilang di muka pintu besar rumah itu.
Linda rakus menyedut rokoknya.Sejurus selepas Faizal hilang, Linda ketawa besar.Bergema-gema di seluruh rumah itu.
“Bodoh kau, Faizal! Beginikah caranya nak bertaubat?” jerit Linda sekuat hati.
Linda mula melangkah ke anak tangga.Dengan ketawa yang seumpama syaitan, kakinya melangkah untuk turun ke bawah.Namun, sudah suratan agaknya, kaki Linda terpijak sehelai kain yang bersepah di anak tangga.Dia tersungkur jatuh.Berguling-guling di setiap anak tangga.
Linda terbaring di lantai bawah.Perutnya terasa sakit sekali.Dia dapat merasakan darah yang panas mengalir keluar dari celah kakinya.Pandangannya juga semakin kelam.Seluruh tubuhnya terasa amat sakit.
Linda mengerang keseorangan.Suara tangisannya yang kuat memenuhi ruang rumah yang gelap lama-lama menjadi perlahan.Akhirnya suara tangisan itu semakin kecil dan terus hilang.Tubuh Linda sudah kaku terbaring di situ.Pandangannya gelap.
Wednesday, February 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment